Mengeratkan hubungan silaturahim sesama keluarga amat digalakkan dalam Islam terutama antara ibu bapa dan anak.
Hari raya waktu yang sangat sesuai bagi seisi keluarga bergembira dan dapat meluangkan masa bersama tak kira di rumah atau di luar.
Walaupun sudah lanjut usia, sifat kelakar yang ada pada chef selebriti, chef Wan yang menyakat anak-anaknya menghiburkan orang ramai.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram, chef Wan kelihatan berseloroh dengan anak perempuannya, Serina Redzuawan dan suaminya pada waktu raya.
Dalam video tersebut kelihatan anak dan menantunya sedang mengemas dan membungkus makanan yang ada di rumah chef Wan untuk dibawa balik.
“Haa.. kau tengok, anak nak balik, anak menantu nak balik.. kau tengok bagi empat biji pelam harumanis kat bapak dia, dapat balik balasan. Kau tengok.
“Bukan nak mengumpat, tengok tu macam-macam,”ujarnya.
Seronok melihat telatah anak beranak ini, chef Wan sempat bergurau dengan Serina dan suami supaya menjaganya kelak jika dia sudah uzur.
“Tak tahulah apa nak jadi sekarang. Kalau esok aku dah tua nyanyuk, tak jaga aku, korang semua (netizen) saksi tau.
“Kalau korang (anak dan menantu) tak jaga aku, tak bagi polis, security, bodyguard, nasib eh, semua saksi, semua ada tau.
“Angkut, angkut, raya dah dapat duit RM10,000 dah. Haa, lagi, kau tengok sampai bulat, tengkuk pun dah tak nampak lagi dah. Angkut, angkut, cukup tu?”selorohnya kepada Serina.
Sementara itu, chef Wan turut berkongsi tentang bagaimana dia dan keluarga menyambut raya.
Sumber: Instagram Chef Wan