Siapa je yang taknak bulu mata panjang dan lebat kan? Macam artis Bollywood. Macam Zayn Malik pon ada, mix Pakistan sikit.
Nak lebatkan bila guna makeup senang je, boleh guna maskara yang mahal atau pakai je bulu mata palsu. Kalau ada duit lebih, boleh pakai eyelash extension.
BULU MATA LEBAT SEMULA JADI
Tapi, semua tu maintenance dan perlukan kos tinggi yang berterusan. Kita boleh cuba petua-petua yang murah dan lebih efektif. Guna je bahan yang sedia ada di rumah.
Kalau rajin buat, bulu mata boleh tumbuh lebih tebal dan panjang secara semulajadi.
Antara PETUA melebatkan bulu mata:
1. Sikat Bulu Mata
Kesihatan bulu mata akan jadi lebih baik bila kita rajin sikat secara rutin. First time kan dengar bulu mata boleh disikat?
Proses menyikat dapat meningkatkan aliran darah ke bulu mata dan menstimulasikan pertumbuhan. Bulu mata akan jadi lebih cepat panjang.
Gunakan berus khas untuk bulu mata atau guna berus maskara lama setelah dicuci bersih.
Boleh juga sapu vitamin E pada berus untuk dapatkan hasil yang lebih baik. Sikat bulu mata dengan lembut selama 5 minit sebelum tidur.
Jadikan ia sebagai rutin. Mula dari akar hingga hujung bulu mata.
2. Minyak Pati Semulajadi
Minyak seperti minyak kelapa, minyak zaitun, minyak badam, minyak argan, minyak jojoba dan sebagainya mengandungi asid lemak yang dapat melembapkan.
Ads
Dalam industri kecantikkan pon, jenis minyak-minyak ini banyak digunakan. Contohnya untuk urutan muka bagi hilangkan garis kedut.
Untuk bulu mata pula, minyak ini bagi nutrisi yang diperlukan untuk menjaga kesihatan folikel bulu mata.
Sapukan antara jenis minyak ini pada bulu mata pada setiap malam sebelum tidur.
Paling sesuai ialah minyak castor sebab kandungan oleic acid dalamnya dapat beri kelembapan pada bulu mata.
GUNA BAHAN DI RUMAH
3. Petroleum Jelly Atau Vaseline
Petroleum jelly atau vaseline dapat melembapkan dan memelihara bulu mata yang kering. Vaseline pon juga mampu melembapkan kelopak mata tau.
Ambil vaseline dan sapu sedikit pada berus khas bulu mata, kemudian sikat bulu mata macam biasa. Boleh juga sapu sedikit vaseline pada kelopak mata kalau selesa.
Jika kulit sensitif, uji dahulu dengan menyapu vaseline pada tangan. Biarkan seketika untuk memastikan tidak berlaku sebarang iritasi.
Ads
4. Teh Hijau
Ramai yang suka minum teh hijau kan. Teh hijau ni bukan je menyegarkan tapi ia juga salah satu bahan utama yang terkandung dalam produk kosmetik.
Contohnya untuk perawatan rambut.
Ia ada antioksidan yang dapat pelihara bulu mata dan dapat membantu bulu mata menjadi lebih tebal dan panjang.
Celupkan kapas muka pada bancuhan teh hijau yang telah sejuk dan sapukan pada bulu mata dengan lembut sebanyak sekali atau 2 kali sehari. Nak senang, sapu je sebelum tidur.
Lebihan teh hijau boleh disimpan dalam botol kedap udara dalam peti sejuk. Bancuhan teh hijau ini boleh digunakan sehingga 3 ke 4 hari.
Boleh juga letakkan uncang teh hijau yang sejuk ke atas mata selama 20 ke 25 minit. Lakukan rutin ini 2 ke 3 kali seminggu. Lingkaran gelap bawah mata pon boleh hilang.
5. Daun Lidah Buaya
Ads
Lendiran dari daun lidah buaya sangat baik untuk lembapkan rambut dan penjagaan bulu mata.
Ambil daun lidah buaya yang segar dan picit untuk dapatkan lendirannya, gunakan hujung jari dan sapukan pada bulu mata dan biarkan ia meresap semalaman.
Atau ambil 1 sudu besar lendir dari daun lidah buaya yang dicampurkan dengan 1 sudu minyak zaitun kemudian titiskan pada berus bulu mata.
Sapukan campuran tadi pada bulu mata. Biarkan selama 15 minit dan bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap 2 hari sekali untuk hasil yang cepat.
Semua wanita pasti berdepan dengan masalah kulit pada wajah sepanjang kehamilan. Bukan hanya kulit rasa tak selesa bahkan langsung tak ada semangat untuk mencantikkan diri ditambah pula dengan kulit wajah yang bertukar menjadi gelap dan kusam.
Disebabkan itu ramai wanita tampil ala kadar sahaja, sekadar lengkap berpakaian tanpa aura seri ketika mengandung. Namun perkongsian Sharina Amar, ibu beranak dua ini berkongsi cara yang dilakukannya untuk tampil berseri dan paling penting kulit tak kusam. Ini yang diamalkan olehnya. Jom kita cuba!
Ini adalah mengikut pengalaman sis sendiri setelah ada 2 orang anak. Walaupun sedang hamil, kita pasti hendak nampak cantik dan muka nampak segar selalu. Jadi amalkan la tips ni!!
1. Amalkan minum air sebanyak 3 liter. Kulit di hyderasi lantas membuatkan kulit tidak kering dan nampak kusam.
2. Konsume lebih banyak buah dan sayuran. Vitamin dapat mengatasi masalah kulit tak bertenaga dan nampak kering.
3. Jangan mandi air panas terlalu lama. Air panas akan menyebabkan kulit dan perut menjadi kering dan mengakibatkan kegatalan pada kulit.
4. Pakai pelembap kulit supaya kulit sentiasa lembap tapi bukan berminyak. Kulit yang kering buat muka nampak pucat lesu dan tak berseri. Pastikan tubuh badan juga di sapu dengan minyak atau losyen.
5. Pastikan mencuci wajah sebelum dan selepas bangun tidur. Ini dapat membantu mengelakkan juga pertumbuhan jerawat yang teruk. Kulit mesti lah sentiasa bersih.
6. Elakkan kosmetik yang mengandungi merkuri dan hydroqinon kerana ia merosakkan kulit dan juga menyebabkan kulit mendapat pigmentation serta kusam.
7. Amalkan masker bercampur dengan lemon. Masker lemon mampu membuatkan kulit kita lebih segar, cerah dan tidak akan nampak kusam serta tidak bermaya. Pilih masker dua dalam satu iaitu muka dan badan yang juga yang mampu meninggalkan kesan pelembap setelah pakai.
Happy sharing uolss!
Jaga Pemakanan?
Ya..selain menjaga tubuh badan dengan sebaiknya dengan melebihkan rehat yang cukup, pemakanan sangat memainkan peranan penting dalam memastikan keadaan wanita hamil terjaga dengan baik.
* Pilihlah makanan yang segar, sihat dan kaya khasiat.
* Jangan elak minum susu. Jika tidak suka minum susu putih, pilihlah susu berperisa atau paling tidak memilih makanan yang mengandungi susu sebagai sampingan. Ini penting.
* Ambil kesemua ubat dan suplemen yang dibekalkan oleh doktor.
* Jika mabuk teruk dan tidak lalu untuk makan, banyakkan makan buah-buahan yang segar.
* Banyakkan makanan sunnah seperti kurma, kismis, delima dan aneka kacang seperti badam, walnut dan sebagainya yang baik untuk otak dan perkembangan janin.
Nikmatilah waktu-waktu yang menyeronokkan sepanjang kehamilan ini!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelik tapi benar, memang itu yang dikongsikan oleh jurusolek peribadi Kate Middleton mengenai rahsia penjagaan kulit wajah Kate. Menurut Debora Mitchell menerusi sebuah rancangan bual bicara berjudul This Morning, Kate hanya menggunakan Nutella dan gula untuk mengekalkan kesihatan pada kulit wajahnya.
Mitchell memberitahu bahawa Kate hanya menggunakan kaedah tradisional untuk menjaga kesihatan kulit wajahnya. Bahan yang digunakan ialah dengan sapuan Nutella sebagai topeng muka (face mask).
Menurut Michell lagi, kaedah yang digunakan itu adalah sebagai langkah untuk melembabkan kulit wajah. Selain itu, campuran coklat Nutella bersama gula amat bagus bagi menghasilkan kulit wajah yang halus.
Setelah mengamalkan cara ini selama tujuh atau lapan hari, anda pasti akan melihat perubahan pada kulit wajah. Tetapi harus ingat, jangan campurkan Nutella dengan air!
Debora Mitchell juga merupakan penasihat kecantikan kepada artis-artis ternama seperti Victoria Beckham dan Gwyneth Paltrow.
Kate Middleton kini mencecah umur 35 tahun tetapi penampilan serta kulit wajahnya tak menunjukkan langsung sebarang kedut.
Malah cara beliau berpakaian juga sering jadi ikutan wanita lain termasuk golongan remaja.
Sumber: Astro Awani
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Melakukan rutin harian untuk mengekalkan kecantikan dan terlihat awet muda bagi seorang wanita bergelar ibu, tidak semestinya memerlukan bajet yang besar. Apatah lagi bila mengetahui cara ini yang mana begitu mudah untuk dilakukan malah dibuktikan oleh fakta sains.
Nak tahu apakah caranya itu? Jom semak perkongsian daripada Dr. Zubaidi Hj Ahmad ini. Semoga memberi manfaat bersama untuk kekal cantik dan dalam masa yang sama tetap sihat.
AMALAN MINUM AIR SELEPAS BANGUN TIDUR
Saya pernah bertemu beberapa orang yg memberitahu saya bahawa amalan kesihatan yg mereka praktikkan kerana “diperturunkan” kepada mereka ialah minum segelas air sejuk selepas bangun pagi sebelum mulut dicuci. Mereka percaya ini menjadi salah satu sebab mereka sihat.
Baru – baru ini saya terbaca mengenai salah seorang janda Presiden Soekarno iaitu Hartini, yang terkenal sihat dn cantik sehingga usia tua beliau. Diungkapkan juga bahawa salah satu amalan sepanjang hayat beliau ialah minum air putih (air kosong ) selepas bangun pagi sebelum mencuci mulut.
Pandangan sains
Nampaknya memang amalan ini telah lama diamalkan oleh ramai orang dari berbagai bangsa dan budaya. Yang ingin saya sentuh di sini ialah aspek Sains amalan ini.
Apa khasiat air sejuk diminum di waktu pagi sebelum mulut dicuci ?
Untuk memahami khasiatnya, perlu diketahui bahawa di dalam badan kita ada suatu molekul yg tersangat penting untuk kesihatan, iaitu Nitric Oxide ( NO ). NO bertindak mengawal tekanan darah, sebagai neurotransmitter, anti-penuaan, anti-oxidant, anti-inflammatori dan banyak lagi peranan pentingnya.
Ada banyak cara Allah SWT yang Maha Pencipta, memberikan NO kepada kita,makhluknya. Salah satu cara ialah dengan ada bakteria – bakteria tertentu di dalam rongga mulut dan hidung kita yang menghasilkan NO secara semulajadi,terutamanya ketika kita tidur. NO yg terhasil itu terkumpul di dalam air liur yg terhasil semasa kita tidur itu,antaranya.
Rujuk: Jose Miguel Chatkin, MD; Wei Qian, MD; Patricia A. McClean, MSc; et al Noe Zamel, MD; James Haight, MD; Phillip Silkoff, MD. Nitric Oxide Accumulation in the Nonventilated Nasal Cavity. Arch Otolaryngol Head Neck Surg. 1999;125(6):682-685.
Maka apabila kita bangun dari tidur dan minum air sejuk, NO di dalam air liur kita itu dibawa ke dalam perut kita yg kosong dan diserap ke dalam peredaran darah kita. NO adalah sangat penting untuk kesihatan kita,kesihatan jantung terutamanya.
Dengan itu juga, adalah kurang bijak untuk mengamalkan berkumur dengan segala bentuk ubat pencuci mulut bagi orang yg tiada apa-apa penyakit mulut tetapi hanya untuk memberikan bau mulut yang menyegarkan. Ubat pencuci mulut dan segala mouthwash ini akan menghapuskan bakteria pembuat NO di dalam rongga mulut.
Kalau ada keperluan tertentu dan diarahkan oleh doktor, barulah sesuai digunakan ubat kumur pencuci mulut. Moga perkongsian ini dijadikan Allah bermanfaat.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.