Lama tidak mendengar khabar bidadari kecil bernama Ainul Mardhiah. Bayi kecil yang sebelum ini melakukan pembedahan pada 25 Mei 2019 yang mengambil masa selama 5 jam bagi mengeluarkan tumor seberat 200g pada mulutnya yang dikenali sebagai germ cell tumour.
Terbaru dalam satu paparan instagram milik ayahnya, adik Ainul yang kini berusia 17 bulan menunjukkan perkembangan yang baik. Menurut ayahnya, Ainul kini sudah tumbuh dua batang gigi!
Yay saya dah ada dua batang gigi! Ini pun tengah gatal lagi gusi ni.” kongsi Ahmad Safiuddin menerusi instagramnya.
Perkongsian tersebut mendapt reaksi dari netizen. Rata-rata mengakui Ainul kini semakin sihat dan montel dengan kecomelan dan pipinya yang semakin gebu.
Malah, perkembangan Ainul turut diakui oleh Dr. Amalina Che Bakri yang memuji si kecil ini semakin sihat dan tembam.
Sumber: IG ahmadsafiudinn