Bagi kaum wanita, ketika datang bulan, mereka tidak dapat melaksanakan ibadah puasa dan tentunya amalan-amalan ibadah yang lain. Keadaan ini tentunya membuatkan kaum wanita berasa sedih dan kecewa.
Bulan Ramadan Kaum Wanita Jangan Sedih Bila Datang Bulan
Setiap kali tiba bulan Ramadan, tentunya ramai ingin mengambil kesempatan untuk menambah saham pahala. Oleh kerana bulan Ramadan hanya datang setahun sekali maka ia seharusnya tidak disia-siakan dan digunakan sebaik mungkin untuk amal ibadah.
WAHAI WANITA YANG KEDATANGAN HAID, USAH BERSEDIH PADA BULAN RAMADAN
“Aduhai, tak boleh pulak nak puasa. Ruginya rasa.”
“Ya Allah, seronoknya tengok orang lain boleh terawih ramai-ramai.”
“Cemburunya…. Semua orang berebut-rebut kumpul pahala bulan Ramadan. Aku tak boleh nak buat apa-apa.”
Sedihnya…
Beginilah antara beberapa keluhan dan luahan yang kadangkala keluar daripada mulut para wanita yang didatangi haid pada bulan Ramadan.
Haid adalah fitrah bagi seorang wanita. Saidatina Aisyah r.a. juga pernah menangis kerana kedatangan haid sewaktu ingin mengerjakan haji. Rasulullah SAW menenangkan hati
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah perkara yang telah Allah tetapkan bagi kaum wanita dari anak cucu Adam. Lakukanlah apa yang dilakukan oleh orang-orang yang haji, kecuali tawaf di Kaabah.” [HR Bukhari]
Ads
Wanita yang berada dalam keadaan haid semasa Ramadan tidak perlu bersedih, kerana ini adalah ketetapan daripada Allah SWT. Tidak boleh berpuasa bukanlah bermaksud semua ibadah semasa Ramadan tidak dapat dilakukan. Sebenarnya, masih banyak amalan yang boleh diamalkan oleh para wanita yang didatangi haid dalam bulan Ramadan.
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang.”
[Surah al-Ahzab: 41-42]
Maksudnya: Ingatlah Aku, nescaya Aku akan mengingatimu, dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur. [Surah al-Baqarah: 152]
Ads
2. MEMBERI MAKAN KEPADA ORANG YANG BERPUASA
Amalan mudah bagi seorang wanita adalah menyediakan juadah berbuka buat orang yang berpuasa.
Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid al-Juhani r.a.:
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
Maksudnya: “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.” [HR Tirmizi, hadis sahih]
Kredit foto: Pexels
3. MEMPERBANYAKKAN SELAWAT
Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:
فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا
Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [HR Muslim]
4. MEMPELAJARI ILMU AGAMA
Nabi Muhammad SAW bersabda:
وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ
Ads
Maksudnya: “Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga.” [HR Muslim]
5. MELAZIMI SEDEKAH
Wanita yang haid masih boleh melakukan sedekah di bulan Ramadan.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a.:
يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ تَصَدَّقْنَ وَأَكْثِرْنَ الْاِسْتِغْفَارَ ، فَإِنِّـيْ رَأَيْتُكُنَّ أَكْثَرَ أَهْلِ النَّارِ
Maksudnya: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar. Kerana, aku melihat kaum wanitalah yang paling banyak menjadi penghuni neraka.” [HR Muslim]
Maksudnya: “Nabi SAW merupakan orang yang paling pemurah dengan kebaikan dan sifat pemurahnya semakin memuncak dalam bulan Ramadan, ketika Jibril menemui Baginda. Jibril a.s. menemui Baginda setiap malam di bulan Ramadan sehinggalah selesai Nabi Muhammad SAW memperdengarkan al-Quran kepadanya. Ketika Jibril a.s. datang, Baginda memberikan kebaikan melebihi angin mursalah (yang bertiup atau yang dikirimkan).” [HR Bukhari]
6. MENDENGAR ALUNAN AL-QURAN
Ketika sedang didatangi haid, para wanita masih boleh mendengarkan alunan ayat-ayat suci al-Quran. Disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah r.a.:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَتَّكِئُ فِي حَجْرِي وَأَنَا حَائِضٌ، ثُمَّ يَقْرَأُ القُرْآنَ
Maksudnya: “Nabi Muhammad SAW meletakkan kepalanya di pangkuanku saat aku sedang haid, dan ia membaca al-Quran.” [HR Bukhari]
Sesungguhnya, wanita yang didatangi haid semasa Ramadan tidak terkecuali dalam merebut pahala. Usahakan melazimi amalan-amalan yang disebutkan di atas supaya kita tidak terlepas daripada merasai kemanisan beribadah di bulan Ramadan yang mulia.
Selain berpuasa dan solat, banyak lagi amalan yang boleh dilakukan ketika dalam keadaan haid. Dalam bulan Ramadan misalnya, menyediakan hidangan untuk bersahur dan berbuka puasa juga salah satu cara untuk mendapat pahala. Jadi, usahlah bersedih wahai wanita…
Anak-anak yang tidur lambat sememangnya buat ibu-ibu stress. Masa rehat semakin kurang malah aktiviti malam hari seperti mengemas rumah dan melakukan persiapan untuk esok pagi menjadi semakin lambat. Banyak kerja yang tidak dapat
dibereskan bila mana anak tidak mahu tidur. Adakalanya hingga jam 12 atau 1 pagi.
Bukan bebanan bila anak tidak mahu tidur tetapi fokus ibu untuk berehat lebih awal terpaksalah dilupakan. Sebenarnya mengajar anak untuk masuk tidur lebih awal patut dilakukan sejak kecil lagi.
Cuba ikut cara wanita bernama Nurul Diana ini yang berkongsikan tipnya. Katanya mendidik anak tidur awal perlu bermula sejak kecil lagi. Tapi tak salah kalau nak mulakan dari sekarang.
Malah katanya lagi, kalau nak travel ke destinasi yang bertukar malam dan siang juga tidak menjadi soal. Asalkan anak sudah biasa dengan waktu malam dan siang.
Jom ikut caranya. Mudah!
TIP ANAK TIDUR AWAL
Uwais – 5 tahun
Umar – 9 bulan
Uwais
– Dari dalam pantang tido pukul 7-8 malam. Hanya akan terjaga untuk menyusu je, akan bangun 6-7 pagi. Bangun main takde , bangun susu je. Sekarang dah 5 tahun, dia tidur pukul 8-9 malam. Paling lambat 10 malam.
Umar
– Sama macam abang dia, dari dalam pantang sampai harini ( 9 bulan lebih ) tidur pukul 7-8 malam jugak. Bangun 7-8 pagi, bangun untuk menyusu je. Takde terjaga tgh mlm untuk main.
Dua-dua anak tak tidur buai. Ramai tanya macam mana aku buat?
1. Dari dalam pantang tidur meniarap dan bedung
Dua-dua pun sama, Uwais dan Umar, orang cakap tak bahaya ke tidur meniarap? So far alhamdullilah cuma kena monitor kepala dia tapi tak lama pun. Macam umar dalam pantang lagi dah boleh angkat kepala untuk alih posisi kepala. uwais
bedung sampai umur 1 tahun lebeh. Umar sampai 6 bulan.
2. Tiada istilah tidur ruang tamu atau ruang-ruang lain
Tidur mesti kat bilik, Umar tidur dalam pukul 7 malam macam tu, so lampu bilik akan di matikan. Bagi susu, tepuk dan tidur .
Untuk Uwais, pukul 9 akan remind dia untuk tidur, kalau dia tak tidur lagi maksima pukul 10 malam akan suruh dia tutup all tv, kemas mainan dan tidur. Sama jugak macam Umar. Tepuk dan tidur ( Uwais tak menyusu botol dah ). Angkat dia ke
katil dia sendiri atau tidur terus kat katil dia. Uwais dah tadika, so dia tidur awal, sangat mudah untuk bangun. Tak kejut lagi dah terbiasa bagun pukul 7. So terus siap-siap ke tadika.
3. Ajar siang dan malam
Dari dalam pantang dua-dua tak ada istilah tidur pasang lampu. Malam mesti tutup lampu untuk biasakan anak-anak siang dan malam. Ni penting sebenarnya sebab masa aku pergi Turki baru-baru ni, aku risau sangat tabiat tidur Umar akan
berubah beza waktu Turki dan Malaysia, Sana siang , sini malam . Ingat Umar akan berjaga malam tapi tak, bila malam dia tetap tidur macam biasa walaupun sebenarnya siang kat Malaysia.
4. Boleh tidur lambat kalau umah Opah / Tok je atau sedara mara
Kalau time balik kampung atau apa-apa aku tak tentukan waktu tidur Uwais. Cuma sebab dia dah biasa macam tu. Pukul 10 dia akan start letih. Uwais kadang-kadang je tidur siang walaupun lepas balik tadika. Selalunya tak tidurlah. Umar macam biasa umah tok ke nenek ke tetap tidur macam tu sebab dia kecil lagi .
5. Mak pak mesti tidur jugak
Ni untuk permulaan nak train anak tu lah. Memang tutup lampu dan tidur. Sebenarnya nak acah-acah tidur je tapi tertidur sekali…hahaha. Tak lama pun dalam 1-2 bulan memang kena konsisten tutup lampu awal dan tidur sebab nak ajar
minda anak.
Tutup lampu bukan samar-samar, tutup gelap lubang hidung pun tak nampak…hahaha permulaan lah. Dah lama macam sekarang tidur pasang lampu bilik air bagi samar skit. Bila diorang dah biasa yahoooo! Mak tidur pukul 12 layan
drama…hahaha.
6. Kalau keluar berjalan macam mana?
Kadang-kadang mesti keluar makan kan atau jalan malam? Tu penting sangat waktu dalam pantang. Ibu berpantang tak boleh keluar umah 40 hari, jadi dalam masa 40 hari tu latih anak untuk tidur awal. Yes ! seawal itu sebab kena mulakan. So
nanti pas pantang hang keluar pi makan ka pi mana ka , anak hang lena dalam stroller .
7. Kalau terjaga tengah malam macam mana?
Buat bodoh saja. Masa awal-awal ada jugak terjaga, pukul 12 macam tu, mak tengah layan drama hahahaha tapi dengan pantas mak tutup handphone dan buat-buat tidur. Kadang dia naik atas badan nak tengok muka mak. Mak pejam mata tidur
dan anak give up dan tidur semula.
Apa-apa pun bermula dengan kita sebagai ibu bapa. Kita nak didik anak tu macam mana? Anak ikut kita ke kita ikut anak?
Kalau nak mulakan esok, cuba lah bertahan untuk sebulan tanpa miss , walaupun dah tutup lampu tapi anak lompat-lompat atas katil, sabar…baru 1-2 minggu tiba-tiba kita nak twist rutin anak. Tak mudah, paling penting hari-hari:
– suruh tidur awal
– tutup lampu
– jangan main hp
Ni paling penting, mak gigih usaha nak tidur anak awal tapi ayah dok main hp kat luaq. Dok tengok tv serius memang
gagal. Kena kerjasama dua-dua.
Anak-anak tidur awal memang melegakan. Rasa free dan relax sangat.
Good luck mama papa!
Kredit: Nurul Diana
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perkongsian daripada doktor ini perlu juga diberi perhatian. Selain kita perlu menjaga kesihatan dengan sentiasa tangan dicuci bersih dan elakkan daripada keluar rumah untuk pastikan penyebaran Covid-19 dapat dielakkan.
Pun begitu perlu juga ambil berat bab pemakanan terutamanya buat anda atau keluarga yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi dan beberapa penyakit lainnya.
Ini sebagai mana yang didetailkan melalui perkongsian Doktor Hafiz Sulaiman ini.
Memang sangat pelik.Sangat-sangat pelik.
Saya bukan nafikan manfaat rakyat duk rumah (PKP) bagi melawan penularan wabak COVID. Tidak. jauh sekali.
Cuma saya musykil dengan majoriti guideline COVID ni..
Kenapa tidak menekankan juga kepentingan menguatkan imuniti badan? guideline WHO pun yilek.
Makan sihat, elakkan fastfood.Kurangkan manis makanan minuman.tidur berkualiti.Jauhi stres emosi tidak perlu. Ini sangat penting!
Memanglah kita taknak COVID merebak. Tapi kesian kat mereka yang dah berumur.
Lagi bahaya mereka yang ada penyakit kronik macam kencing manis dan sakit jantung.
Kita kena jaga diri kita sendiri. Jangan duk mengharapkan kerajaan dan petugas kesihatan semata.
Jika Allah takdirkan kita dapat COVID19 nauzubillah. Walaupun dah buat langkah pencegahan dengan tak keluar rumah..
Jangan takut virus COVID19 saja tuan puan..
COVID19 bukan ancaman individu jika TUAN PUNYA BADAN SIHAT, IMUNITI KUAT. Insha Allah.
Saya lebih takutkan orang yang imuniti rendah
1) Dewasa berumur (WHO)
2) Pesakit kronik: kencing manis, sakit jantung, penyakit hati, masalah buah pinggang, (WHO)
3) Kanser (WHO)
4) Pesakit autoimuniti
5) Penderita alahan: asma dan paru-paru sensitif (WHO).
6) Masalah sistem pencernaan seperti IBS, IBD, GERD
7) Perokok dan COPD.(WHO)
8)Wanita mengandung dan menyusukan anak (WHO)
9) Penderita HIV (WHO)
10) Ubat lemahkan imuniti seperti steroid.(WHO)
Tuan-tuan dan puan-puan,
Jika kita ada mak ayah yang berumur. Adik-beradik berisiko.
Anak yang sakit.
Tegurlah mereka..jangan keluar rumah. Biar kita yang keluar. Ambil langkah jaga-jaga.
Tengokkan makanan minuman mereka. Piap tangan jika terlalu manis-manis. Masakkan sedap-sedap sihat-sihat supaya mereka tak order fastfood dan makanan mengarut lagi.
Tutup lampu lepas isya’ tidur awal. Bangun awal. Siang nak tengok Hyun Bin ke, Ertughrul ke..maraton anime ke..molek siang daripada ganggu waktu tidur.
Anak-anak, orang tua kita..tanggungjawab kita.
Itulah tanggungjawab kita.
Bantu mereka. Guide mereka cara betul tingkatkan imuniti badan.
Suapkan suplemen biarpun pahit masin masam mereka tak suka. Biarlah orang jahil kata takde suplemen berkesan kuatkan imuniti..kita ikhtiar.. Takkan nak tunggu sakit je. Bila dah sakit takkan tunggu mati je.
Inilah BENTENG KEDUA pencegahan COVID19 jika benteng PKP gagal nauzubillah..
Biar COVID19 mati dek imuniti badan kita kuat. Paling kuat pun, tak selesa tekak lah. Saya taknak masuk ICU tuan-puan. Apatah lagi tengok ahli keluarga masuk ICU sebab tak mampu lawan COVID.
Anda bagaimana? Fikirkan masak-masak.
Sekali lagi saya ingatkan sahabat saya sekalian.
Jangan harapkan orang lain jaga diri kita dan keluarga kita.
TAG sikit orang yang kita sayang.
FOLLOW saya untuk mengetahui update tips meningkatkan imuniti badan. Untuk yang first time ikuti FB saya…Saya memang bertahun buat sharing bab kuatkan imuniti= kesihatan usus.
Semoga Allah pelihara kita dan keluarga daripada wabak COVID19 ini.
Mentaati suami itu dituntut oleh Islam dan seorang wanita yang sudah bergelar isteri, syurganya terletak di bawah kaki suami. Namun itu tidak bermakna anda tidak perlu mengingati dan menghargai jasa kedua orang tua yang selama ini membesarkan dan memberi sepenuh kasih sayang selain mengorbankan segala-galanya.
Di dalam Al-Quran ada menyebut tentang hal ini. Antaranya:
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14).
“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa…” (al-Ahqaf, 46: 15).
Justeru, ikatan perkahwinan tidak bermakna anda boleh mengabaikan tanggung jawab sebagai seorang anak. Kisah yang cukup menyentuh hati dan patut dijadikan pedoman ini dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Faiz Mustapha.
Kesian pula pada makcik ni selepas mendengar kisahnya. Ketiga-tiga anak perempuannya lepas berkahwin tidak bekerja. Anak-anaknya bukannya calang-calang kelulusan. Anak pertama lulusan Master di Universiti Sains Malaysia (USM). Habis master bekerja sebagai research assistant tetapi berhenti selepas kahwin sebab jaga anak. Suami tak bagi kerja. Suami kata derhaka jika ingkar. Anak kedua dapat degree Universiti Putra Malaysia (UPM) terus kahwin dengan coursemate. Sempat kerja kerajaan setahun tetapi kena transfer. Terus berhenti kerja dan beranak.
Anak ketiga Degree daripada UiTm dan dua tahun cari kerja. Akhirnya dapat panggilan guru, tapi tolak sebab tak minat. Sehingga sekarang umur dah 30 tahun dan tidak bekerja. Kahwin dan beranak. Makcik dan arwah suaminya bersusah payah membesarkan anak-anak mereka bagi pelajaran. Makcik pencen kerani kerajaan dan arwah suami kerja kampung. Anak-anak minta macam-macam waktu belajar. Semuanya dipenuhi daripada laptop, handphone sehingga duit belanja sebab pinjaman yang diterima tidak cukup. Mak saudara pun banyak tolong bantu anak-anak perempuan. Akibatnya, makcik dan arwah suami ketika itu selalu catu belanja. Nak beli makanan pun berjimat sebab waktu tu anak serentak sambung belajar. Orang lain tua-tua mampu pergi umrah atau haji tapi mereka tak berkesempatan kerana masalah kewangan. Simpanan pun habis untuk pembelajaran anak-anak. Kini, makcik tinggal seorang diri. Dia bertuah sebab masih ada pencen. Boleh lah tanggung makan minum sendiri.
Kata makcik seronok tengok anak-anak saudaranya berjaya dan tolong mak bapak. Kadang kala anak-anak saudara sedekah duit dan beli macam-macam tapi dia malu jugak nak terima. Anak-anak sendiri tak pernah bagi. Tetapi menyebabkan saya lagi sedih juga geram ialah anak- anaknya masih lagi menyusahkan hidupnya. Kadang-kadang minta pinjam duit ye. PTPTN pun tak mampu bayar. Nak minta suami bayar? Jangan harap…..
“Hafiz, tak yah kahwin lah. Kalau kahwin cari perempuan yang kerja tau”. Kata makcik pada saya sambil ketawa. Pertama kali mendengar pesanan macam itu daripada seorang wanita tua. Kejadian dan pengalaman hidup menyebabkan dia berkata begitu. Walaupun kami banyak bergelak ketawa ketika berbual, tetapi saya tahu makcik susah hati. Kepada perempuan, jika ada kelayakan, bekerja lah bantu keluarga. Janganlah mengenepikan ibu bapa dengan alasan taat suami. Your parents raised you up kan? They will be with you forever. Suami tu esok pun dia boleh cerai dan cari perempuan lain.
Hafiz CuteCarry Sejak habis universiti terus kerja non stop!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.