Ramai di antara kita yang berpuasa pada bulan Ramadhan mengambil tembikai ketika berbuka puasa (Iftar). Sama ada buah yang dipotong atau diambil sebagai jus tembikai. Tetapi tidak ramai yang tahu manfaat buah tembikai ini.
Ada hadis yang mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah memakan buah tembikai. Ini menunjukkan buah tembikai adalah buah yang bernutrisi, selamat dan baik untuk dimakan.
Ada ulama (tidak diketahui sumber) memberitahu wanita yang hamil digalakkan untuk memakan tembikai kerana anak yang bakal dilahirkan akan baik akhlaknya dan sempurna sifatnya.
Mengikut kajian sains pula , buah tembikai ini sangat sesuai dijadikan hidangan pertama ketika berbuka puasa bersama dengan kurma. Satu atau dua ulas tembikai bersama beberapa biji kurma dan segelas air kosong cukup untuk memberikan tenaga segera bagi mereka yang berpuasa.
Tembikai mempunyai Glycemic Index yang tinggi, bermakna penyerapan gula ke dalam darah berlaku dengan pantas. Oleh kerana kita hanya mengambil beberapa ulas saja, ia tidak memudaratkan.
Nasi putih GI: 72 (tinggi) 150 kalori/100g
Tembikai GI :72 (tinggi) 30 kalori/100g
Kurma GI: 42 (rendah) 282 kalori/100g
Semasa menjalankan ibadah puasa, beberapa perubahan fisiologi dalam tubuh akan berlaku. Antaranya enzim yang berada dalam tubuh dikeluarkan secara perlahan-lahan disebabkan kita tidak makan sepanjang hari. Lapisan lendiran yang menyelaputi dinding dalam saluran penghadaman (perut dan usus) menipis. Oleh itu apabila kita berbuka puasa, mulakanlah dengan makanan yang bersifat mudah (simple real food). Antaranya buah-buahan seperti tembikai, anggur, pisang dan betik.
Ads
Tembikai mengandungi Vitamin A, C, thiamin, riboflavin, niacin, vitamin B6 dan folate. Vitamin-vitamin ini membantu menstabilkan mood dan menguatkan ingatan. Berbuka puasa dengan tembikai dapat mengekalkan kesihatan tubuh. Ia mengandungi 92% air dan nutrisi yang tinggi, sesuai untuk menghilangkan dahaga ketika berbuka puasa dan menggalakkan perpeluhan ketika musim panas.
Tembikai juga mengandungi sebatian lycopene iaitu sebatian antioksida yang boleh didapati dari buah-buahan berwrna merah seperti tomato. Satu gelas tebikai mengandungi 10mg lycopene, sementara satu gelas tomato mengandungi 5-6 mg lycopene. Lycopenen sangat baik untuk merendahkan risiko mendapat penyakit jantung dan osteoporosis, juga membantu mengelakkan penyakit kanser pada payudara dan prostat.
Lycopene juga merupakan antioksida yang bagus diamalkan bagi pesakit diabetes, katarak, kulit dan juga membantu dalam masalah kesuburan.
Tembikai juga mengandungi sebatian citrulline, yang merangsangkan pengeluaran bahan nitric oxide, yang berfungsi sebagai merehatkan, melembutkan dan mengembangkan saluran darah yang sangat sesuai diamalkan oleh pesakit yang mengalami mati pucuk (erectile dysfunction) dan tekanan darah tinggi. Bila salur darah mengembang ia mengekalkan perjalanan darah dalam saluran koronari pada jantung.
Bintang kecil: Puasa Tu Wajib, Tiada Puasa ‘Yang Yuk’ | Hikayat 1001 Malam | BINTANG KECIL
Episod 3 : Abdul Mukmin VS Abdul Fajir
Berpuasa jadi bekalan dan perisai orang beriman dan supaya tak terjebak ke lembah maksiat serta kejahatan. Sebab tu bulan puasa ni kita kena jadikan diri kita lebih ke arah Abdul Mukmin dan elak jauh-jauh dari Abdul Fajir. Nak tahu apa tu Abdul Mukmin dan Abdul Fajir, kenalah saksikan 1001 Malam di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan ini pada jam 6.30 petang bersama pengacara jemputan PU RIZ. Jangan lupa kawan-kawan Bintang Kecil semua!
Program ini disokong sepenuhnya oleh TATEH, jenama yang Prihatin, Selesa dan Dipercayai.
Ads
Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil #BintangKecil #KitakanJuara #1001Malam
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Leon Banyak Kali Jerit Waktu Tidur, Alami Mimpi Buruk. Rihana Petra Dapatkan Nasihat Pakar
Ibu mana yang tidak sayang anak. Tetap mahu yang terbaik buat permata hatinya. Begitu juga dengan Selebriti, Rihana Petra sentiasa memberi perhatian utama kepada anak tunggalnya, Ismail Leon.
Terbaharu menerusi satu hantaran di laman Instagram, Ratu Cantik Moscow berkongsi kisah Leon yang mengalami mimpi yang buruk.
Wanita berusia 30 tahun ini yang cukup terkenal di Malaysia, mempunyai cara tersendiri untuk menenangkan anak kesayangannya yang baru berusia 3 tahun.
Kata Rihana atau nama lahirnya Oxana Andreevna Voevodina dia juga pernah melalui situasi yang sama ketika hamil. Malah katanya dia mendapat nasihat daripada pakar untuk mengatasi masalahnya itu.
Bukan sahaja kerana kecantikannya, bahkan perkongsian mengenai anak tunggalnya, Ismail Leon menarik perhatian warganet. Terbaharu menerusi satu .
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Malam tadi gelisah… Leo menjerit semasa tidurnya beberapa kali. Dia pasti bermimpi sesuatu yang buruk…
Saya bangun awal dan semasa saya bersiap untuk ke lapangan terbang, saya terus memikirkan tentang tidur Leon yang tidak lena.
Ia bermula ketika dia masih kecil dan ia tidak berlaku untuk masa yang lama, tetapi hari ini ia berlaku lagi.
Saya membuat persamaan: apabila saya tidak tenang, ia serta-merta menjejaskan anak saya. Itulah kaitan emosi.
Menjerit pada waktu malam adalah akibat kehamilan saya yang sukar. Saya sangat gementar dan saya tidak tidur dengan lena.
Dan ia mengambil tol. Ia akan berlalu dengan usia, sudah tentu. Dalam pada itu, saya berusaha keras dan melakukan yang terbaik untuk meminimumkannya.
DAPATKAN NASIHAT PAKAR
Inilah yang pakar telah mengesyorkan kepada kami
1.Kawal rutin harian anda. Anda tidak sepatutnya “terharu” atau tidak cukup tidur.
2 Elakkan situasi yang tertekan (untuk saya dan Leon) dan terlalu teruja.
Memastikan persekitaran yang tenang.
Dan daripada saya saya akan menambah – memupuk cinta. Semua komunikasi dengan Leo saya bina melalui cinta.
Saya tidak memarahi, tetapi menerangkan, bukan mengkritik, tetapi membantu. Ini membantu kami membina hubungan yang saling mempercayai dan mengekalkan keakraban emosi
Desakan hidup yang semakin menghimpit setelah lebih setahun berdepan dengan Pandemik Covid-19, diakui semakin ramai yang merasai kepayahannya. Begitulah yang dilalui oleh tujuh beranak ini bagi meneruskan kelangsungan hidup, meraka anak beranak terpaksa menjalani kehidupan ala nomad dengan bermalam di dalam ketera Proton Wira.
Ini sebagaimana yang dilaporkan Harian Metro, tujuh beranak yang ditemui di Taman Mawar Lestari itu telah melalui masa yang sukar sepanjang tiga hari terpaksa bermalam dan berhimpit di dalam kereta Proton Wira.
Saliza Samat, 38, serta suami, Mohd Hazrul Haris, 43, menjadikan kereta berkenaan sebagai tempat tinggal sementara bersama lima anak mereka berusia dua tahun hingga 15 tahun.
Saliza berkata, keadaan lebih sukar apabila Mohd Hazrul yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori tidak bekerja sejak dua tahun lalu berikutan kecacatan fizikal dan mental dialami manakala dia pula hanya suri rumah.
Katanya, semuanya bermula apabila mereka sekeluarga yang sebelum ini menetap di Kuala Selangor, Selangor nekad berhijrah ke kampung halaman Mohd Hazrul di Ulu Mengkuang di sini, sejak setahun lalu.
“Namun kami kemudiannya keluar daripada rumah keluarga demi kebaikan semua.
“Kami keluar dari rumah itu Khamis lalu. Sejak itu, kami tujuh beranak bermalam dalam kereta selain menjadikan sungai serta stesen minyak sebagai lokasi untuk kami mandi, solat dan sebagainya,” katanya.
Foto: myMetro
Ketiadaan Wang
Menurut Saliza, mereka tidak mampu mencari rumah sewa kerana ketiadaan wang.
Katanya, dia dan suami sedih dengan keadaan yang perlu dilalui anak-anak namun mereka tiada pilihan.
“Kami sedih mengenangkan nasib ini yang turut perlu dilalui anak-anak, syukur kerana anak faham.
“Syukur juga kerana ada pihak yang prihatin dengan keadaan kami datang menghulurkan bantuan dengan menyediakan tempat berteduh sementara hingga hari ini,” katanya.
ADUN Hulurkan Bantuan
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kinta Muhammad Arafat Varisai Mahamad berkata, pihaknya menghulurkan bantuan dengan membenarkan keluarga itu berteduh sementara di Pejabat PKR Selama.
Katanya, pihaknya mendapatkan rumah sewa yang akan dihuni keluarga itu bermula hari ini dengan bayaran sewa RM500 sebulan yang dibayarkan pihaknya selama tiga bulan.
Pada masa sama, menurutnya, pihaknya turut mendapatkan barangan keperluan rumah dan dapur buat tujuh beranak itu.
Soalan “kerja apa?” nampak macam biasa, tapi bagi sesetengah orang, ia boleh jadi sesuatu yang berat nak dijawab. Terutama bila orang menilai hanya berdasarkan pekerjaan, kereta, atau penampilan luar.
Menerusi perkongsian Mohd Ezairol Rezan Zainol memilih untuk merendah diri dan mengelak daripada membuka cerita tentang pekerjaannya. Kenapa? Sebab biarpun bergelar seorang jurutebang dia lebih selesa mengelarkan dirinya sebagai ‘drebar’ . Dia sedar, tak semua orang mampu melihat nilai sebenar seseorang di luar status dan harta benda.
Jom ikuti perkongsiannya
Semalam dalam post bila aku cakap aku kerja drebar, ramai yang tersenyum ingat aku bergurau senda.
Tapi hakikatnya camtulah bila aku ditanya oleh orang yang aku tidak berapa kenali… Siapa dia.
Bila pergi ke majlis kenduri atau open house kawan² aku atau kawan² orang rumah, antara soalan wajib yang selalu ditanya ialah “kamu kerja apa” atau “kamu kerja kat mana”…
Biasanya yang tanya ni pakcik dan makcik tapi kadang² ada juga ahli kariah surau atau masjid yang saja tanya sebab mereka nak berkenalan dengan kita.
Benda ni normal je bagi aku tapi bagi orang lain mungkin ada yang tak suka sebab rasa tak selesa.
Ada orang, mereka tak suka orang sibuk “busy body” pasal hal depa. Tanya pasal kerja apa atau kerja kat mana pun ‘sometimes’ sangat sensitif bagi mereka.
Bagi Aku yang kerja drebar ni, selalunya aku pun mengelak juga bagi tahu aku ni kerja apa…
Bukan apa, takut orang salah faham dengan kita. Maklumlah, kadang² orang menilai kita dengan pakaian atau kereta yang kita bawa.
Kalau aku jujur cakap kerja apa, mesti orang akan cakap aku menipu… Sembang tak nak jatuh kata mereka.
Yalah, aku biasanya kalau pergi ke majlis selalunya naik Axia… Kereta kecil ni senang menyelit bila nak parking.
Aku lebih suka “low profile” bila sembang dengan orang yang aku baru kenal sebab bila kita letak diri kita di bawah, baru kita nampak karektor orang yang berbual dengan kita tu camna.
Sesetengah orang bila aku cakap je kerja drebar terus dia berhenti sembang dengan kita… Perbualan terputus serta merta.
Maka layan la aku blues sorang² kat meja makan menjamu selera sambil tengok “orang kaya” bersembang sesama mereka..
“Woii sekarang duduk kat mana? Wei aku tinggal kat Mont Kiara bro”…Camtulah lebih kurang bunyinya.
Ada sesetengah orang kita ni depa lebih suka melihat pada kereta itu sebagai satu simbol kejayaan.
Sebab itulah ramai orang muda yang tersilap langkah kerana berlumba-lumba nak tunjuk siapa yang lebih berjaya.
Mereka mencari pengiktirafan dan nak tunjukkan kejayaan mereka dari orang² yang mengenali diri mereka.
Dan akhirnya hidup merana sebab sakit kepala dibelenggu hutang yang menyesakkan jiwa. Moga kita semua terselamat dari golongan “Biar Papa Asal Bergaya”…
FB : Mohd Ezairol Rezan Zainol
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menjaga kesihatan diri adalah kunci kepada kehidupan yang lebih berkualiti. Pemakanan seimbang, rehat yang cukup, dan amalan senaman yang konsisten membantu tubuh kekal cergas...