Selagi masa masih bersisa, rebutlah peluang untuk berbakti kepada orang tua yang telah banyak berkorban dalam membesarkan kita. Begitulah juga yang dilakukan oleh Norman Hakim dalam menyantuni ayah tercinta yang kini telah uzur.
Norman Hakim baru-baru ini meluahkan rasa syukur apabila diberi kesempatan menziarahi ayahnya di kampung halaman yang terletak di Kuantan, Pahang. Difahamkan Norman bercuti 2 hari telah memanfaatkan masa yang ada untuk memenuhi kehendak ayahnya yang mahu diurut seluruh badan olehnya.
“Me time with Ayah. Alhamdulillah syukur nikmat utk kesempatan ni. 2 hari off dari filming terus ke Kuantan. Sebelum ni urut tapak kaki ayah je sebab tak berani nak tekan lebih-lebih takut dia sengal lepas kena urut.
“Tapi sejak try urut full body dia last month masa balik kejap untuk celebrate birthday mak, bulan ni dia mintak urut full body lagi sebab masa lepas last urut, dia rasa rejuvenated dan rasa muda je dia cakap huhhu. Segalanya dengan izin Allah.
“Diri ni takde la pandai sangat .Pernah la ambil course 2 in 1 as certified personal trainer & physiotherapist tahun 2010.Ilmu tu utk pengetahuan sendiri je.Diam tak diam sejam lebih jugak urut ayah.tulisnya berkongsi momen bahagia dapat menunaikan hajat orang tuanya,” jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN : “Sertai Industri Hiburan Untuk Keluarga…”- Anak Norman Hakim Bawa Misi Peribadi, Netizen Ucap All The Best!
LAGI ARTIKEL MENARIK : “Berderet…” Norman Hakim Bawa Anak Ke Gym Raih Perhatian
Support System Yang Baik
Berkongsi lagi diinstagramnya, Norman turut akui dia sangat bersyukur kerana mempunyai kakak yang berkorban menjaga ayah dan berterima kasih mempunyai support system yang baik untuk mempastikan kehidupan ibu dan ayah berada di dalam keadaan yang baik.
“Alhamdulillah happy ayah. Gelak tak sudah lepas kena urut. Lama tak dengar dia gelak besar.Terus rasa mcm ‘rakan sebaya’ dia cakap. Alhamdulillah syukur jugak sejak duduk rumah kakak saya @noorishah ,lifestyle ayah & mak lebih teratur dengan support system yg baik dari family kakak saya. Syukur sangat.
“Bulan depan ayah dah setkan official date untuk kena urut lagi hahhaha. Everything for him. Selagi nyawa dikandung badan. Lagi 6 bulan ayah nak masuk 90 tahun. Semoga Ayah dipermudahkan ibadah & kesihatan serta dilanjutkan usia. Segala kebaikan hanya dariNya,” tulisnya berkongsi momen bahagia bersama ayahnya di instagram miliknya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap Norman yang dilihat sebagai seorang anak yang bertanggungjawab. Bahkan tidak kurang juga ramai yang mendoakan agar bapa Norman kembali sihat dan tumpang gembira bila melihat ayah kepada pelakon berbadan sasa itu tertawa selepas diurut oleh anaknya. Bahagia sungguh!
Sumber : Ig normanhakim
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI