Selagi masa masih bersisa, rebutlah peluang untuk berbakti kepada orang tua yang telah banyak berkorban dalam membesarkan kita. Begitulah juga yang dilakukan oleh Norman Hakim dalam menyantuni ayah tercinta yang kini telah uzur.
Norman Hakim baru-baru ini meluahkan rasa syukur apabila diberi kesempatan menziarahi ayahnya di kampung halaman yang terletak di Kuantan, Pahang. Difahamkan Norman bercuti 2 hari telah memanfaatkan masa yang ada untuk memenuhi kehendak ayahnya yang mahu diurut seluruh badan olehnya.
“Me time with Ayah. Alhamdulillah syukur nikmat utk kesempatan ni. 2 hari off dari filming terus ke Kuantan. Sebelum ni urut tapak kaki ayah je sebab tak berani nak tekan lebih-lebih takut dia sengal lepas kena urut.
“Tapi sejak try urut full body dia last month masa balik kejap untuk celebrate birthday mak, bulan ni dia mintak urut full body lagi sebab masa lepas last urut, dia rasa rejuvenated dan rasa muda je dia cakap huhhu. Segalanya dengan izin Allah.
“Diri ni takde la pandai sangat .Pernah la ambil course 2 in 1 as certified personal trainer & physiotherapist tahun 2010.Ilmu tu utk pengetahuan sendiri je.Diam tak diam sejam lebih jugak urut ayah.tulisnya berkongsi momen bahagia dapat menunaikan hajat orang tuanya,” jelasnya.
Berkongsi lagi diinstagramnya, Norman turut akui dia sangat bersyukur kerana mempunyai kakak yang berkorban menjaga ayah dan berterima kasih mempunyai support system yang baik untuk mempastikan kehidupan ibu dan ayah berada di dalam keadaan yang baik.
“Alhamdulillah happy ayah. Gelak tak sudah lepas kena urut. Lama tak dengar dia gelak besar.Terus rasa mcm ‘rakan sebaya’ dia cakap. Alhamdulillah syukur jugak sejak duduk rumah kakak saya @noorishah ,lifestyle ayah & mak lebih teratur dengan support system yg baik dari family kakak saya. Syukur sangat.
“Bulan depan ayah dah setkan official date untuk kena urut lagi hahhaha. Everything for him. Selagi nyawa dikandung badan. Lagi 6 bulan ayah nak masuk 90 tahun. Semoga Ayah dipermudahkan ibadah & kesihatan serta dilanjutkan usia. Segala kebaikan hanya dariNya,” tulisnya berkongsi momen bahagia bersama ayahnya di instagram miliknya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap Norman yang dilihat sebagai seorang anak yang bertanggungjawab. Bahkan tidak kurang juga ramai yang mendoakan agar bapa Norman kembali sihat dan tumpang gembira bila melihat ayah kepada pelakon berbadan sasa itu tertawa selepas diurut oleh anaknya. Bahagia sungguh!
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kemunculan penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza di Sepahtu Reunion Live 2022 pastinya membuatkan peminat teruja!
Semalam, ramai yang menyaksikan penyanyi kesayangan ramai itu berlakon di saluran Astro. Pastinya ia membuatkan peminat terhibur apabila amat jarang melihat anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini berlakon.
Tok Tik memegang watak seorang kakak dengan nama Juwita yang melakukan pengorbanan untuk menjaga seorang adik setelah kematian kedua ibu bapanya. Namun kebahagiaan hidup bersama tidak lama apabila dia disahkan menghidap kanser hati. Adiknya (watak oleh Jeep Sepahtu) meninggal dunia ketika bekerja sempat mendermakan hati kepada kakaknya.
Walaupun genre komedi, namun garapan jalan cerita pengajaran dan elemen kesediahan ada, gelagat pelakon-pelakon sepahtu dan Tok Tik membuatkan peminat tidak kering gusi. Apa yang menarik perhatian adalah cara Tok Tik batuk akibat penyakit yang dialaminya.
Rata-rata di media sosial peminat berkongsi lakonan Tok Ti semalam. Dalam pada itu, menerusi Insta Storynya, Tok Ti mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kerjasama team Sepahtu live. Serta memohoh maaf jika lakonannnya kurang berkesan. Namun katanya lagi, ia merupakan momen yang sangat bermakna dengan jalan cerita penuh pengajaran biarpun genre komedi.
Alhamdullillah, terima kasih buat semua yang dah menonton.. Maaf kalau ada kekurangan pada persembahan saya malam tadi, maklumla saya tak pandai berlakon .. Tq team #sepahtulive yang banyak bantu saya sepanjang latihan & live tadi.. Pengalaman yang sangat bermakna , dalam gelak tawa ada pengajarannya..
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil: Tengok gigi macam bersih je kan, tapi sebenarnya bila kita tak bersihkan dengan betul semakin lama buat gigi kita jadi berkarat. So teknik berus gigi kenalah betul.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak-anak bila dapat mandi sambil bermain air memang seronok mereka rasakan. Tambah-tambah lagi jika dapat berendam, walau sekadar hanya merendamkan sebahagian badan sekali pun itu sudah membuatkan mereka keriangan.
Pun begitu, malang tidak berbau dan sebagai ibu ayah kita perlu lebih berhati-hati. Kita tidak mahu keriangan anak-anak boleh bertukar menjadi tragedi andai tanpa pemantauan daripada kita orang dewasa. Ini memandangkan menurut Dr Kamarul Ariffin kanak-kanak dikatakan boleh lemas di dalam air walaupun pada kedalaman hanya 1 inci atau lebih kurang 2.5 sentimeter.
Ada beberapa perkara kita perlu pastikan untuk elak risiko anak lemas di dalam bilik air, antaranya:
Elak Tinggal Anak Mandi Sendirian
Jangan tinggalkan anak mandi sendirian di dalam besen, baldi, tab mandi atau kolam berisi air walaupun untuk seketika. Jika keluar dari bilik air, bawa anak sekali.
Terdapat Risiko Tergelincir
Selain lemas, kanak-kanak yang bermain di bilik air sendirian mudah tergelincir dan tersungkur kerana permukaan lantai licin. Terutamanya pada yang baru belajar berjalan.
Simpan Bekas Takungan Air
Kosongkan dan simpan bekas takungan air di tempat yang sesuai selepas menggunakannya supaya anak tidak ambil dan mengisikannya dengan air tanpa pengawasan.
Ada bilik air mempunyai binaan takungan air yang kekal seperti kolah. Jika tidak boleh kosongkan, maka tutuplah ia. Mangkuk tandas jenis duduk pun elok ditutup.
Tutup Pintu Bilik Air
Jika tak boleh kosongkan, dan tak boleh tutup bekas takung air. Maka tutuplah pintu bilik air jika tiada sesiapa menggunakannya. Ini untuk elak anak masuk tanpa kita sedar.
Guru wanita trauma disamun tiga lelaki bersenjata parang di sebuah taska. Seorang guru wanita berdepan detik mencemaskan apabila menjadi mangsa rompakan oleh tiga lelaki bersenjatakan parang di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Tali Air 11, Pasir Panjang pada pagi Isnin.