“Kata-kata hadis ‘tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad’ juga sentiasa jadi pegangan, kerana itulah Tok Wan tidak endahkan pandangan negatif,” katanya.
Meskipun sudah berstatus moyang yang mempunyai 38 cicit, namun seorang warga emas berusia 87 tahun membuktikan usia bukan penghalang untuk menggenggam segulung ijazah.
Wan Zainun Wan Abd Manan yang berasal dari Kuala Terengganu dan merupakan bekas pendidik menerima Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam pada Majlis Konvokesyen ke-23 Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.
Pada majlis berkenaan, Wan Zainun yang bersara sebagai guru besar di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tunggal, Kuala Terengganu pada tahun 1987 turut dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Lebih mesra dipanggil Tok Wan, dia berkata, biarpun pernah menerima pandangan sinis kerana masih belajar pada usia emas namun semua itu dianggap pemangkin semangat untuk membuktikan usia bukanlah halangan.
Ads
“Tok Wan memang minat belajar, dalami ilmu kerana dengan belajar buatkan diri rasa lebih sihat kerana otak sentiasa berfikir. Tambahan pula buku sudah jadi kawan karib sejak dulu lagi kerana Tok Wan bekas pendidik.
Wan Zainun berkata, sepanjang tempoh belajar bermula tahun 2014 lalu, beliau akui menghadapi kekangan tertentu tetapi semua itu tidak pernah lunturkan semangatnya.
Ads
“Cabaran paling besar ialah teknologi, Tok Wan tidak tahu gunakan internet. Namun atas sokongan seluruh ahli keluarga terutamanya menantu yang sanggup ambil dan hantar Tok Wan ulang alik dari rumah ke kampus, beli buku-buku, bantu cari maklumat di internet, syukur akhirnya Tok Wan berjaya,” katanya yang telah kehilangan suami pada tahun 2000.
Tambah Wan Zainun, kejayaannya itu diharapkan menjadi pemangkin semangat kepada cucu cicitnya agar sentiasa mencintai ilmu selain contoh kepada warga emas seusianya agar tidak jadikan umur sebagai halangan untuk belajar.
Ads
Kejayaan dan kegembiraan warga emas yang turut mempunyai tujuh anak serta 29 cucu itu dikongsikan kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas majlis konvokesyen.
“Apabila kita sentiasa belajar ia akan jadikan kita sentiasa berfikir sekaligus jadikan diri semakin sihat. Jika keadaan mengizinkan, Tok Wan berhasrat untuk menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi lagi selepas ini,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Cukup mengkagumkan. Itu yang boleh diungkapkan pada dekorasi rumah flat yang berkeluasan 680 kaki persegi bertukar wajah. Tampak mewah, elegan dan eksklusif. Bijak memilih warna serta kesesuaian susun atur perabot memainkan peranan. Barulah kediaman nampak lebih menyerlah. Tak perlu rumah yang luas atau mahal, tetapi andai bijak dan kreatif bab dekorasi, itu pasti akan membantu.
Seperti yang dikongsikan oleh Shazwani Ismail ternyata dia bijak menggunakan ruang yang terhad sepenuhnya untuk menukar kediamannya seolah-olah banglo mewah. Salam Aidiladha warga kkd. Second time share rumah kos sederhana rendah saya dengan keluasan 680sqt, walaupun ruang rumah yang agak kecil saya gunakan ruang yang ada sebaik mungkin untuk mendeco.
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Orang kata pengalaman dan kepayahan hidup itulah guru sebenar, dan dari pengalaman itu juga mendidik seseorang menjadi matang.
Ini sebagaimana yang dilalui oleh Natrah, anak pesakit kanser. Diusia kanak-kanaknya sudah pandai mengurus diri, hidup berdikari hatta memasak hidangan tidak menjadi beban buatnya.
Ayuh ikuti perkongsian ibu ini, bercerita tentang anaknya itu.
Assalammualaikum… Saya nak cerita sikit pasal Nur Ain Natrah. Pengorbanan Natrah bermula dari saya disahkan kanser.
Cerita disebalik periuk kosong…
Di saat saya terbaring lemah setelah menjalani rawatan kemoterapi Natrah datang bawa periuk nasi yang kosong. Natrah lapar. Natrah merayu saya ajar dia masak nasi. Luluh hati seorang ibu…anak berusia 10 tahun merayu jangan beli makanan di luar sebab dia sudah muak setelah berbulan-bulan makan makanan yang dibeli.
Pengorbanan Natrah semasa usia 10 tahun selalu buat saya menangis. Natrah sepatutnya masih bermain bersama rakan-rakan seusianya. Namun atas desakkan hidup sebagai anak pesakit kanser Natrah mengalah mengorbanan keriangan zaman kanak – kanaknya dengan memilih menjaga mama di rumah.
Malam hari Natrah akan tidur lewat menjaga saya yang sakit.
Pernah saya diberitahu oleh guru Natrah yang Natrah selalu tidur dalam kelas. Natrah nampak penat sangat. Guru tersebut membiarkan Natrah tidur kerana faham keadaan yang sedang Natrah lalui.
Sebagai anak tunggal Natrah terpaksa meminta ihsan jiran tetangga menumpang kasih sepanjang saya sakit. Natrah lebih banyak menguruskan diri sendiri kerana Papa lebih perhatian kepada Mama yang sedang sakit.
Hikmahnya sekarang Natrah lebih berdikari. Di usia 11 tahun dah boleh masak untuk diri sendiri…
Alhamdulillah…
Sumber : Noorazziah Ismail
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Walaupun Aqeef Anaqi, anak pasangan Amira Rosli dan Amar Bahrin yang hampir berusia 2 bulan ini masih belum muncul di kaca televisyen menerusi program The Adventures Of Aqeef Amyramar, namun kelibat anak comel ini sangat dinantikan peminat mereka.
Terdahulu Amar menerusi instagramnya mendedahkan nama bayi sulung mereka pada 9 Disember lalu, bersempena episod pertama, The Adventures Of Aqeef Amyramar yang mula disiarkan pada 6 Disember lalu.
Malah Amira sendiri mula menggunakan #Amyramaraqeef pada tarikh yang sama bersempena program ini yang disiarkan pada setiap Rabu, 9 malam di Astro Ria 104 dan Astro Ria HD, 123.
Walaupun baru berusia hampir 2 bulan namun kecomelan Aqeef terlihat jelas. Raut wajahnya perlahan-lahan memperlihatkan air muka mummy dan daddy tercintanya.
Semalam 16 Disember, satu majlis kesyukuran dan Cukur Jambul Aqeef Anaqi telah diadakan. Comelnya Aqeef ketika diraikan. Mari kita lihat kecomelan Aqeef ni.
Lihat gaya bersahaja Amira bersama Aqeef yang sentiasa mencuri hati peminatnya. Walaupun baru habis pantang, namun dia masih kekal cantik seperti dahulu.
Netizen tak kurang juga memuji kecomelan Aqeef dan mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.
Moga Aqeef membesar menjadi anak yang bijak dan sihat. Doakan yang baik-baik buat pasangan ini.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...