Cuaca panas macam sekarang ini sedap sangat kalau dapat minum air sejuk atau pencuci mulut yang melegakan tekak seperti buko pandan Filipina ini.
Pilihan pencuci mulut ini dikatakan cukup enak dan jika ada yang masih belum mencubanya, bolehlah sediakan sendiri menu ini.
Melihat ramuan yang digunakan tidaklah susah ini seperti yang dikongsikan oleh Aisyah Humaira.
Resepi Buko Pandan Filipina…SEDAP SANGAT RESEPI NI!
Alang-alang buat biar puas hati itu banyak isi. Simpan dalam peti tahan 3-4 hari. Enak dinikmati ketika cuaca panas.
Bahan-bahan:
– 1 pekat agar-agar serbuk perisa pandan masak dan bekukan ikut arahan dari belakang bungkusan
– 1 cawan teh biji sagu cara masak lihat disini
– 1 sudu kecil coconut Pandan Emulco
– 1 tin krimer sejat cair SAJI Malaysia
(jika kurang kuah boleh lebihkan)
– 1 cawan teh whipping cream non diary pukul tak perlu sampai kembang
– 1 cawan air gula ikut manis yang disukai
– 1 mengkuk isi kelapa
– 1 mangkuk kecil Nata De Coco perisa kelapa ambil isinya sahaja
Ais secukupnya
Buah logan jika suka
Setengah cawan biji selasih yg telah kembang (rendam dlm air panas)
P/S: Boleh masukkan beberapa titik pewarna hijau untuk warna sedikit kehijauan
Kredit: Aisyah Humaira
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club