Bukan Zakat Fitrah Je, Rupanya Ada Lagi Kena Bayar. Wanita Ni Kongsikan Info!

Share

Mungkin ada yang beranggapan bila sudah membayar zakat fitrah, memadai untuk dirinya.

Namun hakikatnya zakat terbahagi kepada beberapa jenis  dan bila cukup kiraannya, ia perlu dibayar oleh setiap antara kita.

Memberi gambaran jelas tentang hal ini, diharapkan dengan  perkongsian daripada puan Ija Syariza ini bila menyenaraikan beberapa jenis zakat yang dibayarnya dengan contoh kiraan dapat memberi pencerahan kepada kita semua warga net.

**media[107535]**

Untuk itu, ayuh kita baca perkongsian penuh daripada akun fbnya. Jom semak.

Ada yang tanya saya, rumah kau banyak, bayar zakat tak?

Saya jarang nak menjawab bab ini..
Saya tak tergamak nak jawab.
Bukan bermakna saya tak tahu dan tak bayar.
Saya segan/malu… Allah bagi saya banyak. Saya baru keluarkan zakat sikit dah KEPOH!

Ada beberapa jenis zakat.

Zakat fitrah – suami saya bayar.

Zakat Pendapatan – Saya bayar di Zakat Selangor ikut cukai pendapatan saya (Form BE). Nanti PCB (potongan cukai berjadual), LHDN akan pulangkan semula, transfer ke Account simpanan saya.

Zakat Perniagaan – saya ada 2 perniagaan. Ikut kadar keuntungan yang dilaporkan oleh pihak auditor x Jumlah saham yang saya pegang x 2.5%. Kalau rugi tak perlu bayar zakat.

Zakat simpanan – saya kira semua simpanan tetap yang tidak dikeluarkan dalam tempoh setahun x 2.5%

Zakat pelaburan saham atau rumah – yang ni agak panjang kerja kira-kira. Perlu tolak perbelanjaan yang dibenarkan.(rujuk gambar..)

Zakat KWSP – Saya bayar zakat ikut simpanan pada tahun tersebut. Kalau sebulan simpanan 1,000 x 12 + dividen 6.5% × 2.5% = 319.00 wajib saya bayar.

Zakat emas dan perak – timbang semua emas lebih 85 gram wajib keluarkan zakat. Ada yang berpendapat yang kita pakai tak perlu bayar. Tapi saya ambil jalan tengah. Saya timbang semua, bersihkan harta.

Zakat takaful – Waris saya nanti kena keluarkan zakat kalau saya meninggal.

Lagi banyak pendapatan dan harta lagi banyak zakat yang kita boleh keluarkan.

Contoh zakat simpanan tetap 300k x 2.5% = 7,500 setahun.

Dari jumlah ini, setiap hujung tahun saya akan cari dan bantu anak-anak orang susah, bantu beli keperluan persekolahan mereka.
Bayar yuran sekolah mereka.
Pelajaran sahaja mampu ubah nasib mereka sekeluarga.

Hari ni ada 2 orang kawan FB minta saya sampaikan zakat kepada owner rumah lelong yang susah. Ribuan terima kasih!

sumber : Ija Syariza