
Walau kita sama sekali tidak mengajar anak untuk makan mi segera, anak-anak kitalah yang paling sukakan mi segera ini. Alasannya cukup sedap dan pedas.
Walhal menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, mi segera sebenarnya tidak patut ada dalam simpanan stok makanan di rumah kita jika kita mempunyai anak kecil. Apa sebabnya? Ini penjelasan beliau.
Kita tahu megi tak elok untuk anak-anak makan, tapi pernah tak kita belek bahan ramuan mi segera yang semua orang kata bahaya dan tak elok tu.
Saya baru terfikir nak belek bahan ramuan megi yang bau saja pun dah mengancam. Orang boleh tahu kan kita tengah masak megi kari kat dapur, walau tak tengok kita tengah buat apa. Menusuk ke hidung kan bau dia kan.
Rupanya dalam rencah mi segera kari, garam dan MSG tiruan paling banyak dalam tu. Terletak di nombor 1 dan nombor 2 paling awal dalam bahan ramuan rencah kari.
Dalam megi perencah ayam pulak, yang anak makan pasti nak lagi, rupanya kandungan ayam hanya 5 peratus je dalam tu. Garam dan gula yang banyak, serta MSG sekali semestinya kan.
Mi segera macam ni, bukan untuk anak-anak kita tau. Tak patut ada dalam rumah kalau kita ada anak kecil, ibu mengandung, dan jugak ibu menyusu.
Anak makan, beri kesan pada badan mereka yang baru nak membesar dan matang. Ibu mengandung makan, beri kesan pada anak yang dikandung dalam rahim. Ibu menyusu makan, beri kesan pada anak yang menyusu.
Kita cuba sama-sama ya. Elakkan terus beli mi segera macam ni kalau kita masih simpan dalam rumah.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Legakan Kebas-kebas Badan Dengan Rajin Amal Minum Air Ni!

Bila badan terasa kebas-kebas memang buat kita rasa tak selesa. Bahkan hendak buat kerja pun terasa malas pula, kalau boleh hendak duduk diam berehat sepanjang waktu.
Apatah lagi bila terasa sengal-sengal satu badan dek kesan daripada kebas yang dirasai. Mahu sahaja diusahakan mencari ubat untuk segera melegakannya.
Selain perlu berjumpa doktor, boleh juga cuba amalkan petua ini bagi tujuan menghilangkan rasa kebas.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puteri Kasim, ayuh ketahui apakah ia.
“Petua Menghilangkan Rasa Kebas”
Bahan-bahan:
1 Genggam Halba
2 Batang Serai
1 Sudu Asam Jawa
4cm Halia
Cara-caranya:
Rebus kesemua bahan di atas sehingga mendidih. Bila dah mendidih ambil air tersebut dan campurkan dengan air asam jawa dan kacau. Sedia diminum.
Halba membantu merehatkan otot-otot dan mengelakkan daripada berlaku kekejangan.
Serai pula berfungsi untuk menyingkirkan toksin untuk melancarkan peredaran darah dan mengurangkan lenguh-lenguh badan.
Sifat anti-radangan asam jawa membantu melindungi sendi-sendi dan melancarkan peredaran darah.
Manakala halia membantu membuang angin yang berlebihan dari badan.
Minum setiap malam
Minum air ni setiap malam sebelum waktu tidur. Disarankan supaya anda minum sewaktu panas atau suam. Keesokan pagi pasti badan anda akan berasa lebih segar.
Selamat Mencuba!
sumber : Puteri Kasim
Disahkan Mengidap Major Depressive Disorder (MDD), Wanita Ni Kongsi Apa Yang Pernah Dia Rasa!

Semenjak kebelakangan ini, sering dipaparkan kesan-kesan serius akibat masalah kemurungan yang berlaku dalam masyarakat masa kini. Pun begitu, bukan semua orang mudah berkongsi kisah hidupnya apatah lagi jika ianya berkaitan dengan penyakit kemurungan major sepertinya itu.
Namun, tidak bagi Areefah Ahmad telah berkongsi kisahnyadan semoga perkonsian ini dapat memberi info kepada orang lain tentang gejala-gelaja yang dirasainya sebelum disahkan mengidap penyakit kemurungan tersebut. Jom semak.
Pengalaman sebagai pengidap bipolar disorder (BD)
Aku disahkan mengidap major depressive disorder (MDD) beberapa tahun lepas. Selepas aku merasakan diri aku bukanlah Areefah yang sebelum itu, aku pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Sebenarnya aku lambat mendapatkan rawatan psikiatri kerana aku ada self-stigma.
Aku merasakan aku boleh melalui segala macam masalah sendirian seperti sebelum ini. Aku jenis sukar untuk menceritakan masalah aku pada orang lain kerana aku ego. Secara perasannya, aku rasa diri aku sepatutnya tidak mempunyai masalah kerana aku kuat. Sebelum itu juga, aku tidak membenarkan diri aku untuk merasa sedih.
Aku suka membaca buku sirah-sirah nabawiyah kerana aku tahu aku akan termotivasi dan terinspirasi dengan mereka yang sangat hebat. Buku-buku yang aku miliki juga kebanyakannya buku motivasi. Aku ceritakan bukan untuk bermegah, tetapi aku rasa aku perlu kongsikan kesilapan aku yang lewat mendapatkan rawatan disebabkan self-stigma. Moga Allah menjaga hati aku.
Pada ketika itu, gejala yang paling ketara adalah aku merasa sentiasa gelisah dan tidak boleh tidur. Selalunya jika gelisah, aku akan solat atau membaca al-Quran, tetapi aku tetap rasa gelisah dan paranoid. Mathurat pun tak pernah-pernah nak baca mathurat qubra secara bersendirian, tetapi aku cuba untuk membaca mathurat qubra. Disebabkan tidak boleh tidur, atau tidur dalam beberapa minit waktu malam, aku tidak terlepas dari solat-solat sunat pada waktu malam.
Walaupun ketika datang bulan, aku tetap bangun malam dan berzikir. Tetap aku merasakan gelisah, dan overthink. Bukan nak menafikan semua ni, malah semua ni penting untuk kesembuhan, tetapi disebabkan ianya penyakit, perlu jugak jumpa pakar seperti sakit sakit lain. Aku selalu menggigil, sesak nafas, mendengar suara-suara memanggil nama aku, tidak mahu berjumpa orang, terperap dalam bilik sendirian, tidak lagi pergi kerja, tidak mahu berjumpa manusia, rasa bersalah yang teramat. Gejala lain akan dikongsikan dibawah.
Macam-macam lagi aku rasa aku buat salah, jadi aku cuba muhasabah balik dan cuba mengelaknya. Contohnya aku rasa aku rasa aku jadi macam tu sebab kurang menderma, so aku menderma online mana-mana yang mintak bantuan.
Pengalaman berjumpa doktor bukanlah sesuatu yang mudah. Pada mulanya aku ke klinik kesihatan kerajaan kerana aku nak berjimat. Selepas buat DASS test dengan keputusan sangat teruk, doktor menyuruh aku datang keesokkan harinya untuk dirujuk ke pakar psikiatri. Aku tidak datang keesokkan harinya kerana aku rasa tak ada keperluan untuk berjumpa dengan psikiatri.
Aku teringat semasa belajar physiological psychology, ada ubat yang boleh buatkan kita tenang dan tidur. Sebab itu aku ke klinik untuk mendapatkan ubat tersebut. Ingat lagi, selepas doktor di klinik kesihatan tidak bagi ubat itu, aku ke klinik swasta pula. Klinik tu depan rumah aku je. Tapi doktor hanya prescribe ubat xanax dan minta aku mencarinya di farmasi.
Lebih 10 farmasi yang aku pergi, tak ada ubat tu. Aku ke klinik swasta lain yang lebih besar. Doktor prescribe xanax hanya 3 biji. Aku rasa xanax membantu aku untuk tenang dan tidur. Alhamdulillah. Tapi bila xanax habis, aku kembali seperti sebelum tu. Jadi aku ke klinik swasta lain, dan dapat xanax untuk seminggu. Doktor rujuk aku ke pakar psikiatri dan aku pun pergi la hospital kerajaan sebab nak jimat. Ubat tu mahal.
Di hospital pun mencabar jugak, tetapi alhamdulillah tak sampai seminggu dah dapat berjumpa pakar. Doktor diagnose aku ada MDD. Sebagai pelajar psikologi, aku pun ada stigma. Aku tahu MDD tu adalah penyakit mental, so perkara fist yang keluar dari otak aku adalah “takkan aku ada sakit mental?”. Pada waktu itu, aku beranggapan aku seorang yang normal. Tapi aku tetap berjumpa dengan psikiatrist minggu depan tu. Doktor sangat membantu dan membuatkan aku rasa semakin lega, dan its okay to seek for help. Aku dibekalkan dengan anti-depressant dan xanax.
Walaupun tak perlu makan xanax dah, aku rasa tenang kalau bawak xanax pergi mana-mana yang aku pergi. Dipendekkan cerita yang terlalu panjang di waktu aku mengidap MDD, aku disahkan mengidap bipolar disorder oleh doktor Wan di hospital lain. Di hospital lain pula, Dr Melissa kata ada beberapa sebab aku sakit bipolar pula. Mungkin kerana depression aku terlalu teruk atau mungkin aku memang mengidap bipolar tetapi salah diagnose pada awalnya. Banyak dah orang-orang yang berkorban demi aku, dan banyak dah hati tersakiti dek aku yang dah macam mayat hidup.
Insan disekeliling aku sangat supportive. Ada kawan-kawan yang siap buat whatsapp group dengan tajuk ‘Selamatkan Efa’. HAHA. Lebih kurang macam tu la tajuknya. Tu yang aku tahu sebab lepas aku dah semakin okay, mereka add aku masuk group tu. LOL. Aku rasa ada lagi yang buat group whatsapp untuk membantu aku. Waktu tu aku guna no telefon lain, dan hanya beberapa orang ada number aku tu. Aku rasa anxious setiap kali ada orang contact aku. Sampai aku search-search pasal pakej-pakej untuk pergi mesir belajar arabic sebab taknak jumpa orang yang kenal. Huhuhu..
Okay panjang pulak mukadimah. Aku sebenarnya nak ceritakan mengenai gejala yang aku rasa ja.
1. Perasaan sedih hampir setiap hari dalam tempoh 2 minggu. Aku of course lebih 2 minggu sebab lambat dapat bantuan. Malas nak ulas lebih-lebih.
2. Hilang minat dalam perkara yang digemari. Yang ni antara yang paling ketara sebab aku jenis passionate dengan kerja aku waktu tu, tapi aku rasa macam takde mood tanpa sebab. Aku dah tak pergi kerja, or kalau aku pergi kerja pun, aku duduk sorang-sorang di bilik meeting sebab taknak berjumpa dengan orang.
3. Tiada selera atau terlebih berselera. Aku puasa most of the day sebab tak ada selera.
4. Gangguan tidur. Aku memang tak boleh nak tidur. Tak pun tidur, tapi terjaga terjaga waktu malam. Esok tu lesu seharian.
5. Hilang tumpuan dan sukar membuat keputusan. Time ni, aku sukar nak buat keputusan sama ada nak terus kerja atau berhenti. Sekejap nak berhenti, sekejap nak kerja lagi. Aku happy sangat kerja macam tu. Kalau diberi peluang, memang aku nak teruskan dengan kerja tersebut.
6. Cepat penat. Fuhh, memang sangat lesu dan cepat penat. Rasa nak tidur tapi tak boleh tidur. Ingat lagi, masa tu aku baru lepas minor operation, aku ingatkan aku cepat penat sebab tu. Nak jalan pun rasa penat. Di UIA, daripada duk bilik level 3, doktor buat surat sokongan untuk aku duduk bilik bawah sekali sebab penat nak memanjat tangga. Heh.
7. Pergerakan atau pemikiran yang lambat. Masa ni, aku rasa macam berlari dalam air. Rasa segalanya lambat. Macam lampi jugak pun ada jugak. Nak fikir pun lambat. Kan aku konon-konon nak pergi Mesir, passport pulak dah expiry. Masa aku nak buat passport tu, orang tu cakap “kenapa blurr semacam je ni”. Uhuk
8. Perasaan bersalah yang melampau. Walaupun aku taknak jumpa orang, tapi aku jumpa jugak beberapa orang untuk selalu mintak maaf. Huhuhu.. Antara sebab aku taknak jumpa pakar pada awal tu sebab aku rasa bersalah dengan doktor dan aku rasa aku tak sepatutnya mendapatkan rawatan sebab bukan teruk pun. Aku rasa aku mengada je lebih.
9. Terfikir atau mempunyai perancangan untuk membunuh diri. Yang ni sayu sekali. Aku pun tak faham kenapa aku sampai terfikir tahap tu. Aku siap sampai buat wasiat.
Usaha ke arah kesembuhan tu bukanlah mudah. Walaupun hampir 10 kali masuk wad, tapi aku syukur sangat sekarang makin stable. Terima kasih pada semua yang membantu aku. Tak terungkap terima kasih tu. Hanya Allah je yang dapat membalas. Saranan aku, pada yang rasa ada gelaja-gejala kemur ungan, boleh jawab DASS, atau ke klinik terdekat untuk mendapatkan rawatan. Sakit mental ni sama jugak dengan sakit-sakit lain.
Ubat antidepressant bukanlah untuk membuatkan kita terus happy, tapi boleh membantu mood kita, inshaAllah. Sekarang makan lamotrigine, olanzapine, sertraline benzhexol dan xanax. Aku rasa ni kombinasi ubat yang baik untuk aku buat masa sekarang. Total ubat tu RM1,278 untuk sebulan. Nasib baik ada subsidi kerajaan. Alhamdulillah. Aku berbesar hati untuk membantu orang lain, sebab pada aku, tu jugak usaha diri sendiri untuk semakin sembuh. Aku rasa lega dapat bantu orang lain. Moga Allah membantu dan menjaga kita semua, biiznillah.
sumber : Areefah Ahmad
Singkirkan Lemak & Kulit Lebih Glowing Muda Jelita Dengan Petua Ini. Ibu Mengandung Boleh Jadikan Suplemen Tambahan!

Menurunkan berat badan secara alami mungkin mengambil masa tetapi hasilnya cukup menakjubkan dan yang penting selamat dari sebarang implikasi.
Bagi ibu-ibu yang nak singkirkan lemak-lemak dalam badan yang cukup degil, apa kata cuba resipi detox yang dikongsikan oleh Zamira Mohammad Ali.
Selain membuang lemak, kaedah ini juga membantu untuk anda yang mempunyai masalah pencernaan selain mendapatkan kulit yang glowing supaya awet muda.
Caranya cukup ringkas, dan bahannya juga mudah didapati. Malah, resipi ini juga sesuai bagi ibu-ibu yang tengah hamil sebagai suplemen tambahan.
Jom baca ini, semoga bermanfaat untuk semua.
Nak rasa kenyang berpanjangan?
~ Nak pelawasan lancar ibarat makan 10 biji
betik?
~ Nak kulit glowing mowing berkaca macam
makan 10 biji oren sehari?
~ Nak sentiasa muda jelita walaupun dah 4/5
series tanpa botox?
~ Nak gigi cantik dan tulang kuat macam
kanak – kanak ribena?
~ Nak miliki rambut beralun bersinar boleh
libas – libas macam model?
~ Nak kurus baju saiz S?
Boleh cuba resepi ni. Murah je kosnya. Jadikan menu sarapan pun hokkay.
Kak Migha amalkan sebagai suplemen tambahan untuk preggy mommy.
Bahan-bahan
Chia Seed
Kurma
Cara membuat:
Resepi ni buat malam tau. Sebelum tidur. Lepas tu letak dalam fridge. Ala – ala detox jugakla.
Chia Seed ni boleh beli di Cosway. Kat tesco pun ada rasanya. Kak Migha selalu beli kat Cosway ja. Kurma boleh guna hat yusof taiyoob dalam kotak tu. Tapi jangan banyak tau. Muak nak ngabihkan. Letak dalam 3 biji pun dah cukup mengenyangkan. Tapi feveret Kak Migha kurma ajwa. Letak 7 biji. Sedaaappp. Yummy.
Air kosong dalam 250 ml. Antara bahan wajib ada di dalam resipi ini.
Siat-siatkan kurma tu jadi keping kecik kecik. Masukkan dalam air. Rendam sekali dengan biji kurma tu. Jangan buang pula.
Masukkan Chia Seed dalam anggaran 10gram. Saya sukat pakai pencedok susu tu. Boleh ngam la 10gram.
Kacau bagi rata chia seed tu. Supaya tak bergentel. Nak senang tutup je tupperware tu dan goncang bagi dia berenang-renang secara solo. Ok dah siap. Simpan dalam fridge.
Sedia untuk sarapan dan muda jelita.