Sungguh inspirasi perkongsian kaunselor ini apabila berkongsi kisah bagaimana ibu bapa mendisplin anak-anak agar tidak mengunakan gajet. Perkongsian Puan Farhan boleh dijadikan panduan dalam mendidik anak-anak bahawa ibu bapa juga perlu berubah sikap.
Ada seorang kaunselor berpengalaman share dengan saya bagaimana dia mendisiplinkan anak anak dengan gajet.
Katanya, dia seorang yang tegas. Cukup tegas.
Tegas bukan bermakna hobinya memukul anak. Tidak
Tetapi, dia tegas dengan mengikat anak dengan peraturan.
Katanya lagi, dia belikan semua anak anaknya handphone. Tetapi, tidak ada seorang pun yang berani mengggunakan handphone itu pada waktu yang tidak sepatutnya.
Anak anaknya guna pada waktu tertentu sahaja, dengan kawalan. Selain dari itu, handphone itu akan diletakkan di ruang tamu dan tidak disentuh.
Dia siap buat akaun Facebook untuk anak anak, tetapi akaun itu juga tidak aktif. Ada untuk ambil syarat je.
Kagum saya. Habis tu macam mana dia mendisiplinkan anak anaknya?
Katanya itu bermula dari dia dan isteri. Selepas pulang bekerja, dia juga meletakkan handphonenya di ruang tamu bersama handphone anak anaknya dan dia tidak akan sentuh kecuali benar benar perlu.
Anak anaknya belajar dari contoh yang ditunjukkan oleh ibu dan ayah.
Nampak tak betapa tegasnya beliau?
Bukan tegas dengan anak anak sahaja, tetapi tegas dengan isteri dan diri sendiri, barulah anak anak senang dibentuk.
Katanya tak perlu nak rosakkan handphone anak
Katanya tak perlu rotan anak sebab main handphone lebih lebih
Tetapi tunjukkan ketegasan dari awal.
Tunjukkan contoh yang terbaik dari awal.
Akhirnya semua lebih mudah untuk di urus.
Tapi, dia sendiri kata dia jarang share tips ini sebab dia akui jarang jarang orang boleh praktikkan cara ini.
Yang pasti, cara ini adalah cara yang cukup baik pada saya.
Peraturan yang dimulakan awal awal
Contoh terbaik dari ibu ayah
Itulah dua kunci utama mendisiplinkan anak anak