“Bukan Takut Berdepan Pesakit Covid-19, Tetapi Rasa Seolah-Olah Pergi Ke Medan Perang Dengan Tiket Sehala. Deep Perkongsian Dr Ni!

Share

“Aku bukan takut untuk berdepan dengan pesakit COVID-19, tetapi rasa seolah-olah aku pergi ke medan perang dengan tiket sehala.

Luahan hati seorang doktor pakar perubatan, Ahmad Zakimi Abdullah yang memberi gambaran setiap kali keluar berkhidmat di hospital, beliau seolah-olah melangkah ke medan perang dan tidak akan pulang.

Menurutnya, setiap kali keluar bekerja, beliau seolah-olah tidak akan kembali menemui keluarga sekiranya terdedah dengan COVID-19.

Berkongsi kisah tersebut di laman Facebooknya, akuinya Jabatan Kecemasan hospital adalah tempat paling berisiko untuk terdedah dengan wabak itu.

“Aku bukan takut untuk berdepan dengan pesakit COVID-19, tetapi rasa seolah-olah aku pergi ke medan perang dengan tiket sehala.

“Pergi dan takkan kembali menemui keluarga kerana khuatir di kuarantin akibat terdedah kepada COVID-19. Walaupun ia mungkin hanya sementara. Sebabnya Jabatan Kecemasan ini adalah tempat yang paling berisiko terdedah pada COVID-19,” katanya.

Lebih mesra dengan panggilan Dr Zek, beliau sempat berkongsi bagaimana reaksi anak bongsunya yang dikenali sebagai Afnan yang seakan-akan tahu kegelisahannya setiap kali keluar bekerja.

“Hari ni kerja shift petang. Biasalah pagi bersama anak-anak di rumah. Aku menguruskan mereka sebelum ke tempat kerja. Isteri awal pagi dah pergi kerja.

“Sampai masa nak pergi kerja, anak bongsu aku Afnan tak nak lepaskan aku. Dia nak ikut. Tarik-tarik tangan. Afnan menangis.

“Aku sendiri sebenarnya sering rasa berat hati nak tinggalkan mereka walaupun seketika untuk kerja.

“Papa pergi kerja kejap je. Papa janji akan balik. Papa janji,” katanya yang berjanji untuk pulang segera.