Bukan mudah untuk menerima hakikat kehilangan insan tersayang buat selama-lamanya. Seolah-olah separuh jiwa turut dibawa pergi bersama.
Bagi penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL), pemergian suami tersayang, Allahyarham Ashraf Sinclair benar-benar di rasai. Apatah lagi, pemergian suami tersayang dalam keadaan mengejut. Lama menyepikan diri, terbaru BCL tampil dengan single terbaru bertajuk ’12 Tahun Terindah. Lagu tersebut merupakan luahan perasaan rindunya terhadap suami tercinta.
Lirik lagu ’12 Tahun Terindah’ cukup menyentuh hati apatah lagi ia merupakan nukilan khas Bunga buat arwah suaminya. Menerusi bait-bait lirik tersebut, Bunga menceritakan 12 tahun bersama Ashraf merupakan kenangan paling terindah buat dirinya
Ads
Tidak sampai sejam klip video lagu tersebut dimuat naik ke saluran YouTube miliknya, ia mendapat lebih setengah juta tontonan dengan lebih 15,000 komen.
Oh terima kasih
Tuhan tau telah berikan
12 tahun terindah
Bersama dirinya…
Meskipun Ashraf sudah pergi meninggalkannya dan Noah, Bunga terus kuat dan bangkit demi anak tunggal mereka. Memori bersama juga akan disimpan dan menjadi kenangan buat selamanya.
Ads
Sejak 30 Jun lalu, BCL memuat naik beberapa keping gambarnya bersama Allahyarham Ashraf dan anak mereka dengan tanda 12 pada gambar-gambar tersebut.
Semua manusia inginkan kehidupan yang sempurna untuk kebahagiaan keluarga. Namun jika hidup sentiasa berkira tentu rezeki pun sukar untuk didekati.
Ia termasuk jangan berkira tentang hal makanan kepada ahli keluarga.
Menarik mengenai perkongsian Mohd Fhais ini yang menyentuh mengenai bagaimana menjemput rezeki jika tidak berkira bab makanan.
Bab makan jangan pernah berkira
Terutama dengan anak, isteri, mak, ayah dan adik beradik sendiri. Beri seikhlas hati selagi mampu. Ada sikit bagi sikit, ada banyak bagi lebih.
Bukan untuk menunjuk nunjuk atau nak tunjuk baik tapi makanan ni ada aura istimewa.
Makan dan rezeki itu dah ibarat macam isi dan kulit dah. Selalu berkait.
Bezanya cuma satu, makan ada limit tapi rezeki TAK ADA LIMIT
Setiap kali balik jumpa mak saya mesti akan pelawa mak pergi beli barang dapur. “Ambil penuh troli pun tak apa, fhais bayar”
Kadang tu barang dapur banyak lagi, mak cakap tak perlu beli lagi, saya ajak pula makan di luar. Tak payah masak. Asalkan makan, tak apa saya belanja. Sekali sekala balik kan apa salahnya.
Sama juga dengan isteri dan anak-anak. Sejak awal lagi saya dah pasang niat, mereka minta nak makan apa, saya mesti belikan.
Makanan ni ada aura istimewa, sekali dapat tunaikan permintaan anak dan isteri dia punya rasa tenang dan syok, best sangat!
Sebenarnya konsep dia mudah.
Perut kita boleh simpan makanan tapi ada limit. Badan kita nak proses makanan pun ada limit.
Mulut kita pun kalau 24 jam makan mesti keras kejung, kepenatan!
Jadi rezeki yang lebihan tu untuk siapa lagi kalau bukan untuk darah daging sendiri. Jika berat nak bagi duit, bagi je diorang makan. Rezeki tak jadi membazir, malah tambah bermanfaat.
Jangan la limitkan rezeki sendiri dengan limitkan siapa boleh makan dari harta kita.
Sedangkan jika kita memberi tanpa limit nescaya rezeki kita boleh bertambah lebih banyak daripada limit biasa.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Makin banyak kita memberi, makin banyak manfaat kita merasa
Feel free to share..
p/s : Jika korang nak baca banyak lagi cerita tentang rezeki boleh la dapatkan Ebook 21 Cerita Murah Rezeki. Ada lebih 50 mukasurat dalam tu. Semua cerita benar bukan rekaan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak anda manja walaupun sudah berusia lima tahun? Lebih merisaukan apabila anak tidak tahu berdikari. Istilah ‘manja’ mempunyai makna yang negatif dalam konteks sosial. Ia boleh ditakrifkan sebagai sikap memberi kasih sayang yang terlalu berlebihan dalam fasa awal mengasuh anak-anak. ‘Anak manja’ sering merujuk kepada anak yang cenderung menunjukkan sikap menuntut perhatian yang berlebihan dan ingin dilayani tanpa memperdulikan orang lain. Sikap ini tidak dapat dibendung oleh ibu bapa kerana keliru antara perasaan sayang anak atau manjakan anak.
Sikap manja secara alaminya timbul pada usia setahun lebih apabila bayi mula membina hubungan sosial dengan orang-orang di sekitarnya. Sekiranya sikap manja dituruti oleh ibu bapa sehingga usia tiga hingga empat tahun, akan menghasilkan sikap memberontak (tamper tantrums) atau sikap terlalu bergantung (clinging). Pada usia lima hingga enam tahun, jika berlarutan akan mempengaruhi perkembangan emosi, sosial dan juga intelek anak-anak kerana pada tahap umur tersebut anak-anak mula berinteraksi dengan persekitaran yang lebih luas seperti di taska atau tadika.
Untuk mengetahui bagaimana situasi ini terjadi. Ikuti ulasan daripada Dr Surayah Zaidon, Jurulatih Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
FAKTOR PENYEBAB
Umumnya disebabkan corak asuhan daripada kecil yang menyebabkan anak menjadi manja. Ikuti selanjutnya faktor penyebab anak menjadi manja.
1.Terlalu berlebihan sayang anak.
Ibu bapa tidak mahu anak merasa ‘susah’ atau beranggapan sepatutnya lakukan segalanya untuk anak. Kemungkinan juga ibu bapa tidak yakin anak mampu melakukan sesuatu dengan sendiri.
2.Kurang tegas dalam mengasuh
Ibu bapa kurang tegas dalam usaha mengasuh atau mendidik anak. Akibatnya sejak kecil kemahuan dan kehendak anak dituruti dan dibiarkan membuat sesuka hati tanpa ditegur. Akhirnya jadilah ‘anak yang tidak mendengar kata’ iaitu ibu bapa menjadi ‘pak turut’ kepada anak-anak mereka.
Pengalaman ibu bapa semasa kecil
Ibu atau bapa pernah diasuh dengan corak asuhan authoritarian (kawalan yang ketat,tidak bertolak ansur atau fleksibel dengan anak). Mereka tertekan semasa membesar, jadi beranggapan untuk anak sendiri, mereka perlu memberikan the best iaitu dengan memanjakan anak mereka.
Alasan tiada masa
Ibu bapa yang sibuk beranggapan kekurangan masa berkualiti dengan anak dapat digantikan dengan menurut segala kemahuan anak.
KESAN MANJA KEPADA PERKEMBANGAN
Akibat sering mendapat apa yang dimahukan atau bebas berbuat sesuatu mengikut kehendak hati, anak-anak menjadi:
1.Kurang berdikari atau kurang keinginan atau perasaan untuk melakukan sesuatu dengan sendiri. Anak ini akan mengharapkan dan mendesak orang lain untuk mengambil tanggungjawab yang diberi.
2.Sering bergantung kepada orang lain dalam apa sahaja.
3.Tiada atau kurang keyakinan diri menyebabkan kesukaran dalam menonjolkan potensi diri.
4.Kurang keinginan untuk membuat eksplorasi yang akan menjejaskan perkembangan inteleknya.
BAGAIMANA UNTUK MENGATASINYA
Bagi membendung kesan kemanjaan yang akan mempengaruhi jati diri dan hubungan sosial anak-anak apabila meningkat remaja, terdapat beberapa faktor yang ibu bapa perlu ambil peduli.
1.Ibu bapa mesti sedar kesilapan mereka dan beriltizam untuk memperbaiki corak pengasuhan anak.
2.Kedua-dua ibu bapa perlu konsisten dalam mengamalkan ketegasan dalam mengasuh anak-anak.
3.Membimbing anak-anak sedikit demi sedikit untuk bersikap lebih berdikari. Contohnya oleh dimulakan dengan meminta anak menyuap makanan atau memakai baju mereka sendiri tanpa bantuan. Dengan cara ini, anak-anak mula membina kepercayaan bahawa mereka mampu berdikari.
4.Mempercayai dan memberi kepercayaan kepada anak-anak akan kemampuan mereka untuk melakukan sendiri perkara-perkara yang bersesuaian tahapumur mereka. Ibu bapa perlu sabar kerana anak-anak mungkin memerlukan masa untuk boleh membuat sesuatu secara sendiri dengan baik.
5.Memberi peluang kepada anak-anak untuk bersosial dengan rakan sebayanya (contoh menyertai kumpulan bermain; play group) seawal usia dua tahun supaya pengalaman bersama rakan sebaya dapat membentuk kemahiran bersosial yang positif.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mengalami kecederaan di mulut serta patah kaki kiri dipercayai akibat dicampak dari tingkat satu sebuah pangsapuri di Sungai Pinang di sini, oleh bapa saudaranya.
Adiknya yang juga bayi perempuan berusia 40 hari mengalami pendarahan di bahagian kepala selepas dipercayai dihempas ke lantai di kediaman berkenaan.
Dalam kejadian 3.40 petang itu, difahamkan, suspek berusia 29 tahun turut mengelar pergelangan tangan kanannya sebelum mencederakan kedua-dua mangsa.
Ahli keluarga yang mahu dikenali sebagai Taiyoob, 31, berkata, terdahulu, dia terdengar jeritan ibunya meminta tolong sebelum mendapati adik lelakinya berada dalam keadaan berbogel serta berlumuran darah.
Katanya, kejadian berkenaan berlaku dengan pantas dan dia turut mendapatkan bantuan jiran bagi menenangkan suspek.
“Ahli keluarga yang lain menyelamatkan kedua-dua anak kakak saya itu sebelum menghantar mereka ke hospital.
“Adik saya (suspek) turut mendakwa terdengar ‘bunyi bisikan’ sebelum mencederakan kedua-dua anak saudara,” katanya.
Difahamkan, bayi dan kanak-kanak itu berada di kediaman itu yang juga rumah nenek mereka, susulan ibunya masih dalam tempoh berpantang.
Menurut Taiyoob, pihaknya memohon orang ramai supaya tidak menularkan kejadian itu bagi menjaga privasi keluarga.
“Diharap, semua pihak faham keadaan dan hormati pendirian keluarga bagi tidak mengulas lanjut.
“Suspek adalah adik saya sendiri dan dia menerima rawatan tradisional kerana mempunyai masalah kesihatan sejak dua bulan lalu,” katanya lagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh,” katanya.
Sumber : Harian Metro, foto malaygazette
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Apa nak jadi dengan dunia sekarang, Perbuatan sumbang mahram makin menjadij-jadi sekarang. Terbaru, kejadian zina sumbang mahram berlaku di negeri Kelantan yang mana melibatkan...