“Bukan Tak Nak Panggil Babysitter Datang Hari-hari Tapi..” Mira Filzah Rela Jaga Anak Sendiri 24 Jam!

Share

Satu masalah bagi ibu yang bekerjaya, untuk memilih orang yang betul-betul diyakini untuk menjaga anak kita sepanjang ketiadaan kita. Situasi sebegini turut dirasai oleh pelakon, Mira Filzah yang mengakui susah untuk mempercayai orang luar dalam memberi amanah menjaga putera tunggalnya di rumah.

Tambah Mira, pemergian pembantunya ke kampung untuk beberapa bulan memberi kesan kepada aktres tersebut dalam menguruskan anak.

Perkara itu dikongsikan sendiri olehnya di Instagram Story miliknya yang menyatakan bahawa dirinya kurang aktif di media sosial sejak kebelakangan ini oleh kerana ketiadaan pembantu dalam menguruskan hal rumah.

Malah, Mira atau nama sebenar Nur Amirah Filzah Badioezaman sempat memuji kaum ibu di luar sana yang menjaga anaknya sepenuh masa tanpa pembantu kerana dia menyedari bahawa tidak mudah menguruskan anak serta rumah sendirian.

“Kurang update sejak kebelakangan ini sebab pembantu balik rumahnya selama 2 bulan lebih. Saya tak tahu bagaimana ibu-ibu di luar sana buat tapi hebatnya kaum ibu yang menjaga anak sendiri tanpa pembantu.” tulisnya.

Oleh kerana sukar untuk mempercayai orang luar, Mira membuat keputusan untuk menguruskan sendiri anaknya, Wan Khair Amir. Mira meluahkan rasa puas hati dengan pembantu lamanya, namun dia percaya segala yang berlaku mempunyai hikmah disebaliknya.

“Bukan tak nak panggil babysitter datang hari-hari tapi susah nak bina kepercayaan dengan orang. Dengan pembantu lama kita dah bina kepercayaan selama lima bulan, dia bagus sangat tapi tuhan maha mengetahui.” tambahnya.

Susulan itu, Mira mengharapakan dapat bertemu dengan pembantu yang bertanggungjawab, menyanyangi anaknya dan yang paling penting jujur dan ikhlas dalam menjalankan amanah yang diberi.

Isteri kepada Wan Emir itu juga menyatakan untuk membawa Amir dalam jadual kerjanya pada Januari depan oleh kerana berat hati untuk meninggalkan puteranya itu setelah dia mula menjaga Amir 24 jam.

Sumber: Instagram @mfmirafilzah