“Bukan Tak Nak Jumpa, Hati Memang Rindu.” Ayda Jebat, Suami Belum Sedia Bawa Anak Keluar & Jumpa Keluarga

Share

Ayda Jebat dalam satu perkongsian memohon maaf kepada keluarga dan sahabat handai kerana dia dan Nabil belum bersedia untuk mempertemukan anak mereka sejak dilahirkan pada September tahun lalu.

Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi Instagram Storiesnya. Ibu kepada Ana Nayla bagaimanapun turut meluahkan kerinduan untuk bertemu keluarga seperti dahulu.

Namun akui Ayda atau nama Sebenarnya Nur Suhada Jebat,  buat masa sekarang dia terpaksa mengutamakan keselamatan dan kesihatan sementelah pandemik Covid-19 ini belum berakhir.

“Mohon maaf kepada keluarga dan sahabat handai kalau ada yang berasakan saya dan Nabil keterlaluan mengenai perkara ini. Bukan tak nak jumpa, hati memang dah rindu.

“Nak gelak ketawa bersama, nak bagi jumpa bayi kami. Tapi, tanggungjawab nak jaga keselamatan dan kesihatan keluarga kita dan anda, kami utamakan.” ujar isteri kesayangan Nabil Mahir ini lagi.

Dalam pada itu, pelantun lagu Pencuri Hati ini turut menitipkan ucapan terima kasih buat semua yang memahami situasi sekarang.

“Kami belum bersedia. Insya-Allah, satu hari nanti. Terima kasih kepada yang faham. Kami sayang anda dan rindu semua termasuklah AJ Screamer.

Sebelum ini, Nabil sanggup menempah keseluruhan panggung di ibu kota baru-baru ini bagi menyaksikan filem Spider-Man: No Way Home dalam keadaan selamat bersama ahli keluarganya.

Menurut Nabil, disebabkan jarang keluar sejak penularan Covid-19 dia juga menempah bilik hotel berdekatan untuk memudahkan urusan solat Maghrib selepas selesai menonton.

“Apabila sudah menempah panggung wayang, saya terfikir pula, bagaimana nak solat? Jadi, saya tempah bilik hotel berdekatan supaya kami dapat solat dengan selesa,” katanya.

Untuk rekod, Nabil dan Ayda mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan Ana Nayla yang dilahirkan pada 21 September tahun lalu.

Sumber: Ayda Jebat & Nabil Mahir


ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami

ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah

“Selepas 35 Tahun, Bertemu Jua Pemilik Tulang Rusuk.” Mas Kahwin Senaskhah Al-Quran, Heliza Helmi Selamat Bergelar Isteri


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club