Tahniah diucapkan buat penyanyi rap, Caprice yang berkongsi perkhabaran gembira kehamilan isterinya yang kini sudah pun lima bulan.
Bukan tidak mahu berkongsi, akui Caprice lagi dia tampil berkongsi selepas mendapat persetujuan dari isteri tercintanya, Farra Inalis.
“Alhamdulillah buat pertama kali saya ingin umumkan selepas minta izin isteri dulu, yes or no?
“Alhamdulillah, ini adalah pengumuman kali pertama yang bakal dibuat hari ini yang mana isteri saya disahkan hamil lima bulan,” katanya berkongsi.
Sering diasak dengan pertanyaan mengenai zuriat, Caprice bagaimanapun berkongsi ia bukanlah masa yang sesuai untuknya dan isteri menimang cahaya mata di awal perkahwinan dulu.
Caprice kini meluahkan rasa lega dan begitu teruja untuk menimang cahaya mata pertamanya bersama isteri.
“Selepas saya kahwin, ramai yang tanya saya kenapa tak mahu cuba dapatkan anak.
“Bukan tidak mahu mencuba tetapi sewaktu baru berkahwin dulu ada macam-macam masalah berlaku.
“Tekanan daripada perniagaan dan media sosial, jadi saya fikir bukan masanya untuk menimang cahaya mata di ketika itu.
“Jadi saya pilih untuk tak nak ada anak lagi. Saya rasa belum bersedia, tapi Alhamdulillah saya ingin umumkan hari ini isteri saya sedang hamil lima bulan,” katanya lagi.
Terdahulu, Caprice mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Farra Inalis pada November tahun lalu. Farra turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Aleesya Sofea melalui perkahwinan terdahulunya.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club