Ibu mana tak sayang anak kan, demikian juga dengan Noor Neelofa tatkala bercerita mengenai anak lelakinya Mohammad Bilal.
Umum mengetahui bekas hos MeleTop ini sudah pun memiliki cahaya mata hasil perkahwinan dengan pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz.
Akui Neelofa, hal tersebut dilakukan bagi mengelakkan penyakit ‘ain (gangguan yang disebabkan pandangan).
“Saya belum kongsi wajah anak dan walaupun orang kecam macam mana sekali pun, kami fikir mengenai kesihatan serta kesejahteraannya. Tunggu bagi dia besar sikit. Bukanlah nak sorok atau tak mahu bagi orang tengok, tidak.
“Kalau boleh saya mahu dia membesar seperti kanak-kanak normal yang lain. Beri masa dia untuk kuat sikit, barulah kita akan bawa dia keluar dan sebagainya.
“Bab ‘Ain’ ni, pada saya jika ada yang mempermainkan mengenai perkara itu, sebenarnya mereka seolah-olah main-mainkan kewujudan ‘ain lah. Bukan mereka sindir saya sebenarnya.
“Saya tidaklah arif sangat tentang perkara sebegini, tetapi bab ain mungkin boleh melangkaui takdir. Malah di dalam hadis sahih pun sudah ada,” ulasnya lagi.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 27 Mac 2021. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari lalu.
ARTIKEL MENARIK: “Muka Mummy, Perangai & Cara Cakap Baba.” Berlakon Jadi Doktor, Warganet Puji Bahasa Melayu Jebat Jayden
ARTIKEL POPULAR: “Teruja Nak Kongsi Berita Indah. Saya Hamil!.” Alahan Teruk, Dr Amalina Syukur Suami & Ibu Banyak Bantu
BACA INI JUGA : “Heykal Sakit Ke? Nampak Kurus Betul.Hampir Tak Kenal.” Penampilan Suami Faezah Elai Raih Perhatian
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club