“Bukan Senang Tiada Suami, Kena Tempuh Banyak Cabaran” – Ziana Zain

Share

“Orang akan mengumpat sampai mati dengan status ibu tunggal ini. Sesiapa bergelar J’ akan sentiasa orang bercakap”

Itulah kata-kata yang terungkap dari bibir penyanyi tersohor negara, Ziana Zain apabila mengulas mengenai kehidupan sebagai ibu tunggal sering menjadi buah mulut ramai, sejak empat tahun lalu.

Pernah berdepan detik hitam dalam rumah tangga, anak seni berusia 55 tahun ini akui ibu bapa dan keluarga adalah penguat semangatnya dalam terus mengharungi cabaran hidup.

“Selama empat tahun ini, saya sering fikir macam mana kalau ibu bapa saya dah tiada nanti, anak saya macam mana. Adik beradik lain semua ada suami, saya tiada suami. Anak empat orang.

“Tapi mereka selalu ingatkan saya untuk terus kuat kerana Allah itu ada. Mereka pesan setiap ujian yang diberi, Allah nak naikkan darjat dan ampun dosa kita. Itu yang buatkan saya kuat semangat.

“Bukan senang tiada suami, hidup dengan anak sahaja, kena tempuh banyak cabaran seperti mulut orang, tanggapan orang, kerja kita sampai larut malam, penampilan kita, macam-macam orang cakap.

“Saya cuma minta kepada Allah untuk jaga saya dan maruah saya demi anak-anak. Ngeri kalau fikirkan,” katanya memetik laporan Xtra.

Tidak mahu lagi dibelenggu episod pahit, pelantun lagu Putus Terpaksa ini terus bangkit dengan semangat yang dibawanya demi anak-anak.

“Tipulah ibu tunggal tak menangis, saya selalu ingatkan diri saya agar terus kuat tapi kadang-kadang kita akan menangis. Itu lumrah.

“Kalau fikir balik, saya akan tertekan tak mahu lagi fikir. Cukup saya alaminya sebelum ini selama empat tahun. Saya perlu bangkit.

“Saya selalu lihat anak-anak saya, keperluan hidup mereka, itu penguat semangat saya, saya kena bangun. Sentiasa bersemangat. Kita kena tunjuk pada anak-anak yang diri kita bersemangat.

“Berkat semangat, Alhamdulillah sebab kita selalu berpesan pada mereka, Allah sentiasa dorongkan anak-anak saya dipermudahkan dalam pembelajaran. Dapat lanjutkan pelajaran.

“Tiada siapa yang beri kita semangat kecuali Allah S.W.T” ujarnya dalam keadaan sebak.

Terdahulu, Ziana berkahwin dengan Armin pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan tiga anak lelak 77 dan seorang perempuan berusia 11 hingga 20tahun.

Namun pasangan ini bercerai pada 12 Julai 2018 selepas Ziana membuat tuntutan cerai atas dakwaan penderaan mental yang dialaminya serta fizikal terhadap anak mereka.

Sumber : Xtra