“Bukan Senang Tau, Nak Kerja Lagi, Mengemas & Nak Jadi Cikgu.” Nad Zainal Akui Anak Cepat Bosan, Lebih Gemar Belajar Dengan Guru!

Share

Bergelar ibu bapa dalam usia yang muda tidak menampakkan pasangan ini kekok. Sementelah buah hati kesayangan mereka, Fahad Ibrahim atau nama manjanya, Yem  cukup mudah dijaga, biarpun lasak dan mudah rapat dengan orang yang baru dikenali.

Pun begitu, pelakon ini mengakui anak sulungnya itu lebih suka belajar dengan guru berbanding dirinya. Bimbang situasi pembelajaran anaknya disebabkan Covid-19 ini, Nad dan suami sepakat untuk mengupag guru untuk mengajar anak mereka.

“Disebabkan covid nampaknya macam tak berkesudahan… buka suratkhabar kadar buta huruf pelajar darjah satu meningkat… kita jadi cikgu dekat rumah lepas 15 minit dia mengadu tangan sakit… jadi kena juga dapatkan khidmat guru… ok.. kita dah mula cuti panjang… Yem ada dua cikgu.. cikgu bertauliah.. dengan cikgu singa kat sebelah dia..

Selain itu, Nad turut timbulkan persoalan tentang penerimaan anak yang mana terdapat perbezaan apabila ibu bapa yang mengajar berbanding guru.

“Saya berharap semua ibu bapa tabah menghadapi situasi ini.. bukan senang tau.. nak kerja lagi, nak mengemas, nak jadi cikgu.

“Tapi kenapa ya bila parents mengajar , anak cepat bosan.. dengan cikgu dia boleh pulak survive 1 jam tu?? Geram pulak kita. 

Dalam pada itu, Nad mengakui cara didikan anak tiada masalah. Jika ibu moden lain lebih suka mendedahkan anak-anak dengan gajet, berbeza dengan Nad.

“Kami suami isteri tak suka Yem selalu bermain gajet termasuklah telefon mahupun televisyen. Tiada istilah telefon di tempat makan. Kalau kami nampak dia ralit dengan televisyen, cepat-cepat kami tutup. 

“Berbanding membaca tip di internet, saya lebih suka bertanya kepada kawan-kawan yang lebih berpengalaman. Itu lebih mudah kerana mereka sudah pernah melalui berbanding membaca buku atau melayari internet.

“Soal bab kesihatan, sepertimana ibu bapa lain saya dan suami memang menitikberatkan soal kebersihan. Terutama suami yang agak tegas bab pemakanan. 

Makanan segera misalnya tidak elok untuk kesihatan, jadi suami tidak suka mengamalkannya berbanding saya yang tidak kisah sangat. Kalau boleh kena kurangkan pengambilannya.

Sumber: nad.zainal & Majalah Keluarga

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club