Dianugerahkan dengan pasangan yang sanggup hidup susah senang bersama adalah rezeki yang cukup tidak ternilai dan perlulah disyukuri. Inilah juga menjadi salah satu kunci kebahagiaan dalam rumah tangga.
Situasi ini turut dirasai oleh seorang suami ini berkongsi momen tersebut di TikTok. Di lihat pasangan suami isteri ini begitu bahagia menaiki motosikal berpanas terik sambil membawa banyak barangan di dalam kotak.
Menerusi perkongsian video tersebut, pasangan suami isteri ini dipercayai berasal daripada Kedah.Walau berdepan dengan cuaca panas terik, isterinya dilihat tetap memberikan kerjasama dalam membantu suami.
Bukan senang nak dapat bini susah sama-sama ni.. Bidadari syurgaku
Pasangan ini gigih mencari rezeki dan disebabkan isterinya sentiasa ada untuk membantu, si suami meluahkan rasa syukur dan bangga dianugerahkan isteri sepertinya itu. Baginya bukan mudah untuk berjumpa dengan wanita yang sanggup susah senang bersama. Dan atas sebab itu juga, suami ini menyifatkan isterinya sebagai bidadari syurga buat dirinya.
Meninjau di ruangan komen, rata warganet mendoakan agar pasangan ini dimurahkan rezeki dan hidup bahagia selamanya. Bahkan ada juga memberi nasihat, agar suami menjaga sebaiknya isterinya kerana mengakui bukan mudah untuk mendapatkan pasangan yang sangguh hidup susah sama-sama pada masa kini.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Apabila kita mengambil keputusan untuk hidup bersama di bawah satu bumbung sebagai suami isteri, kena ada sikap memberi dan menerima. Tidak lagi boleh berasa diri seperti zaman bujang. Nak buat apa kena fikir hati dan juga perasaan pasangan anda.
Namun, tidak dinafikan orang perempuan ini bukan jenis yang suka berterus terang. Ada yang lebih suka memendam rasa dari meluahkan. Atau mungkin mereka memberi ‘hint’ namun si suami tidak menyedari hal tersebut.’
Justeru, sebagai suami isteri kena saling memahami. Berbincang dalam segala hal, usah ambil keputusan sendiri biarpun mungkin anda merasakan itu satu jalan yang betul. Kerana mungkin pasangan anda beranggapan sebaliknya.
Untuk kaum adam, jika anda sudah bergelar seorang suami kepada seorang wanita, jangan beranggapan anda faham sepenuhnya isi hati mereka. Kerana wanita ini agak kompleks. Semakin anda kenal seseorang wanita itu, semakin anda sedar bahawa banyak hal tentang wanita yang anda tidak tahu.
Apa yang keluar dari mulut orang pompuan ni, terutamanya yang dah jadi isteri, adakalanya banyak yang tersirat disebalik yang tersurat…
Sebagai contoh,
“Ayang, hujung minggu ni abang join kawan2 ride ke Cameron Highlands…abang dah set awal2 lagi dengan diorang…boleh kan…”
Boleh bang, boleh sangat…pergi la…berapa hari? 10 hari ke, sebulan? Jangan dihampakan hati kawan2 tu bang…lagipun dah janji kan…
– Tersiratnya, dia tak nak bagi kita pi sebab mungkin dia dah ada plan dia, apa yang dia nk buat dengan kita hujung minggu tu…tiba2 kita suarakan yang kita ada benda lain nak buat pulak dan kita tak berbincang dahulu dengannya sebelum buat keputusan…
“Ayang, boleh abang keluar lepak malam ni? Nak jumpa kawan2…”
Boleh bang, bawak kunci pintu siap2…sebab abang balik subuh nanti kan…takut2 saya tak jaga ja untuk buka pintu…
– Tersiratnya, dia bagi kita pi, tapi dia nak kita balik awal…kalau boleh sebelum dia tido atau sebelum tengah malam…dia boleh tunggu untuk bukakan pintu kat kita…
“Abang, ayang dah tak tahu dah nak buat mcm mana dengan perangai abang ni…ayang nasihat, ayang tegur, abang tak nak dengar, tak dapat terima…elok kita berpisah ja bang…”
– Tersiratnya, dia nak kita berubah sebab perangai kita tu tak membawa apa2 kebaikan untuk dirinya dan anak2nya…tapi kita tak nampak semua tu sebab kita ego dan pantang ditegur…
“Abang, kalau balik umah mak abang nanti, boleh tak kita jangan duduk lama…dalam 2 hari cukup la…jangan la duduk sampai seminggu…”
Tersiratnya, dia tak ngam dengan keluarga kita, mungkin ada sesuatu yang membuatkannya kurang selesa dirumah mak kita…kalau berterus terang, mungkin kita tak boleh terima, maka dia cakap tak nak duduk lama sebab dia mungkin boleh “berlakon” 2, 3 hari sahaja…
Banyak tersirat di sebalik apa yang tersurat dari kata2 seorang perempuan ni…bagi mereka yang selalu berfikiran jauh, dia akan nampak apa yang cuba dimaksudkan isterinya…bagi mereka yang berfikiran pendek, dia just percaya bulat2 dan dengar apa yang keluar dari mulut isterinya tanpa pikir dalam2…
Nota kaki : Itulah orang perempuan…untuk memahami mereka, perlu menyelami isi hati mereka dan bukannya melihat daripada permukaannya sahaja…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau ingin menyentuh tentang penyakit yang mempunyai risiko lebih tinggi dikalangan wanita, memang terlalu banyak.
Atas alasan ini jugalah penting untuk kita menambah pengetahuan supaya boleh mencari cara untuk mencegah penyakit tersebut.
Namun jika telah disahkan berpenyakit, perlulah pula tahu cara mengawal penyakitnya. Apatah lagi jika ada pantang larang dari segi pengambilan makanan, sebaiknya perlu ambil perhatian.
Umpamanya jika ada yang mengidap penyakit tiroid, antara penyakit yang tidak asing lagi ‘menyerang’ di kalangan wanita.
Penyakit tiroid ini adalah masalah di mana berlakunya ketidakseimbangan hormon tiroid dalam tubuh badan manusia.
Masalah tiroid ini boleh terjadi sekiranya kelenjar tiroid seseorang itu kurang aktif atau kita kenali sebagai hipotiroid atau terlalu aktif iaitu hipertiroid.
Tanda-tanda umum bagi mereka yang ada sakit tiroid ini adalah seperti mengalami benjolan di bahagian ketiak, bengkak di bahagian leher dan tanda yang paling kerap dialami oleh pesakit ini adalah gugup (ketar-ketar jika gementar).
Oleh itu, adalah lebih baik jika pesakit tiroid untuk ketahui tiga jenis makanan ini yang tidak sepatutnya diambil oleh mereka sepertimana yang dikongsikan lebih lanjut di laman kesihatan Hello Doktor.
Makanan Yang Tidak Boleh Dimakan Oleh Pesakit Tiroid
Oleh itu, adalah lebih baik jika pesakit tiroid untuk ketahui tiga jenis makanan ini yang tidak sepatutnya diambil oleh mereka.
Pernahkah anda dengar mengenai penyakit tiroid atau hipertiroidisme?
Kondisi ini membuatkan tiroid menghasilkan lebih banyak hormon daripada apa yang diperlukan. Hipertiroidisme sukar untuk diuruskan. Oleh sebab itu, ada pantang terutamanya dari segi pemakanan untuk pesakit tiroid.
Semua makanan untuk pesakit tiroid atau hipertiroidisme boleh memberikan kesan terhadap rawatan yang diterima.
Ada makanan yang baik untuk pesakit tiroid, namun ada juga beberapa makanan yang boleh membuatkan simptom menjadi lebih teruk!
Seperti penyakit lain, banyak faktor berada di luar kawalan kita seperti sejarah keluarga dan juga keadaan sekeliling.
Namun, diet memainkan peranan yang sangat penting. Jadi, anda perlulah memilih makanan yang terbaik dan sesuai dengan kondisi anda.
Sebelum kita bincang lebih lanjut mengenai pantang larang pemakanan untuk pesakit tiroid, mari kenali penyakit ini dengan lebih mendalam terlebih dahulu.
Apakah maksud hipertiroidisme dan hipotiroidisme?
Hipertiroidisme merupakan satu kondisi yang menyebabkan kelenjar tiroid menghasilkan terlalu banyak hormon. Antara hormon yang dihasilkan kelenjar ini ialah hormon triiodothyronine (T3) dan thyroxine (T4).
Hipertiroidisme dan hipotiroidisme adalah penyakit yang mempengaruhi jumlah hormon yang dirembeskan oleh badan – bezanya cumalah banyak atau sedikit.
Kedua-dua penyakit tiroid ini boleh menjadi serius jika pesakit tidak mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Malah, ia boleh memberi kesan negatif terhadap badan jika tidak diperiksa oleh pakar.
Ada banyak rawatan yang tersedia untuk pesakit tiroid.
Doktor boleh memberikan ubat antitiroid dan iodin radioaktif untuk memperlahankan penghasilan hormon ini.
Ada juga pesakit yang perlu melakukan pembedahan untuk membuang kelenjar tiroid.
Hipertiroidisme merupakan satu kondisi yang sangat jarang berlaku. Hanya 1% sahaja dicatatkan mempunyai kondisi ini di Amerika Syarikat.
Semua individu berisiko menghidap hipertiroidisme, namun wanita mempunyai risiko yang lebih tinggi.
Pantang larang pemakanan untuk pesakit tiroid
Ada beberapa jenis makanan untuk pesakit tiroid yang perlu dielakkan.
Walaupun makanan ini berada dalam kategori sihat dan selamat, ada beberapa bahan yang terkandung di dalamnya yang boleh menyebabkan masalah tiroid pesakit menjadi semakin teruk.
Tetapi, pesakit tiroid masih boleh makan makanan di bawah, namun ia perlulah diambil secara bersederhana.
Soya merupakan makanan utama yang sudah lama menjadi ‘musuh ketat’ pesakit tiroid.
Di dalam soya termasuklah makanan seperti tempe, edamame, tofu dan miso, terdapat satu bahan yang dikenali sebagai isoflavones.
Pakar berpendapat isoflavones boleh meningkatkan risiko hipertiroidisme.
Walau bagaimanapun, satu kajian yang dimuatkan di dalam Scientific Reports pada tahun 2009 menyatakan sebaliknya. Malah, mereka tidak menemui sebarang kaitan antara soya dan juga tahap hormon dalam badan.
Namun, ada kajian lain yang menunjukkan soya mungkin dapat mengurangkan keberkesanan ubat tiroid.
Oleh sebab itu, pesakit yang menghidap hipertiroidisme perlulah merujuk doktor masing-masing sebelum mengambil makanan yang mengandungi soya.
2. Sayuran seperti brokoli dan kubis
Tidak dinafikan, brokoli dan kubis amat berkhasiat dan dipenuhi pelbagai nutrisi. Bukan itu sahaja, sayuran ini juga kaya dengan serat. Malah, pengambilannya amat digalakkan oleh pakar.
Namun, berbeza pula dengan pesakit tiroid. Sayuran ini mungkin akan mengganggu penghasilan hormon tiroid lebih-lebih lagi jika pesakit mempunyai kekurangan iodin.
Tetapi, menurut Mayo Clinic, impak ini mungkin tidak seberapa jika anda kurang makan sayur. Malah, untuk mempengaruhi penyerapan iodin badan, seseorang itu perlu makan sayur dalam kuantiti yang sangat banyak.
Jika anda didiagnosis dengan hipotiroidisme dan kekurangan iodin, ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk membuatkan sayuran ini kurang berbahaya.
Sebagai contoh, anda boleh memasak sayur-sayuran ini terlebih dahulu dan mengehadkan pengambilannya sebanyak 5 auns sehari supaya ia tidak akan menjejaskan fungsi tiroid.
Individu yang menghidap hipotirodisme mungkin perlu mengurangkan pengambilan gluten, sejenis protein yang dijumpai dalam makanan diproses seperti gandum, barli dan bijirin lain.
Selain itu, jika anda mempunyai penyakit seliak, gluten juga didapati dapat membuatkan usus kecil mengalami keradangan. Kondisi ini akan mengehadkan keberkesanan ubat tiroid.
Menurut sebuah artikel yang dimuatkan dalam jurnal Endocrine Connections¸ hipotiroidisme dan penyakit seliak selalunya berlaku sekali.
Walau bagaimanapun, belum ada bukti yang kukuh untuk menyokong diet bebas gluten dapat merawat masalah tiroid.
Namun, dapatan kajian pada tahun 2019 dalam jurnal Experimental and Clinical Endocrinology & Diabetes pula menunjukkan sebaliknya.
Malah, mengurangkan pengambilan gluten mungkin bermanfaat untuk wanita yang mempunyai penyakit tiroid.
Makanan berlemak sudah lama terbukti dapat mengganggu penyerapan ubat penggantian hormon tiroid. Dalam masa yang sama, kelenjar tiroid juga akan dihalang daripada menghasilkan sebarang hormon.
Oleh sebab itu, lemak adalah antara pemakanan untuk pesakit tiroid perlu elakkan, terutamanya mentega, marjerin, dan lemak pada daging haiwan.
Selain itu, pakar juga menggalakkan agar pesakit tiroid mengurangkan gula dalam makanan.
Bukan sahaja ia mengandungi banyak kalori dengan 0 nutrisi, makanan bergula juga boleh menyebabkan metabolisme badan menjadi perlahan.
Jadi, hindari pengambilan makanan berlemak dan bergula untuk elak simptom penyakit tiroid menjadi lebih teruk!