Ibu bapa sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan anak-anak mendapat yang terbaik dalam hidup mereka. Dalam bab pendidikan misalnya, biar berhabisan duit demi memastikan kejayaan mereka.
Pelakon, Abby Abadi dan keluarga dalam satu catatan semalam, berkongsi pengalamannya menghantar anak ke asrama walaupun dikenakan bayaran yang agak tinggi.
“Daftarkan @marissadaniaaaaa_ & @danish.edry ke As Sofa Ampang. Alhamdullillah, Allah mudahkan segala urusan sebab dah datang dah sekali haritu.
“Hari ni datang untuk bayar segala yang patut dibayar, termasuk duit buku & duit uniform sekolah.
Ads
“Ada yang tanya berapa pendaftaran, berapa bulanan. Besar belanjanya. Demi dapatkan yang terbaik untuk anak-anak.
“Niatkan segala perbelanjaan itu kerana Allah, InshaALLAH segalanya dipermudah.
“Bukan senang nak anak-anak ada ‘ISLAM’ dalam jiwa mereka. Inilah antara usaha kita . Semoga ALLAH redha,” ujar Abby menerusi kapsyennya.
Abby dan Norman Hakim adalah contoh ibu bapa yang sangat mementingkan ilmu baik untuk dunia mahupun akhirat.
Kerana itulah, anak-anak mereka dihantar ke sekolah tahfiz. Biarpun terpaksa menampung perbelanjaan yang agak mahal, namun demi pendidikan mereka tidak kisah.
Perkongsian Abby turut mendapat reaksi dari pengikutnya. Rata-rata melahirkan rasa kagum dan memuji sikap mereka yang sanggup berhabisan demi pelajaran anak-anak.
juliuz.tam Saham Dunia n akhirat. Mudah2an sy dpt didik anak sy mcmni. Insyallah nk hantar ke sekolah mcmni jgk. Aminn.
iammisha_7 Salute dgn kak abby.. semoga Allah juga mudahkan urusan dlm menjaga dan mendidik anak2 sy ke jln Allah seperti kak abby dgn abg norman.. Amin
izunurina Setuju. Dalam kita nk tanamkn islam dalam jiwa anak2 mmg byk dugaan. Ibu sy hantar 4 org adik sy blaja di assofa juga.. byk dugaan nya tp ibu niat kerana Allah. Alhamdulillah 2 org adik berjaya tamat pengajian di assofa
nazzwamirza Btul tu… Dan kerana itulah… Saya dan suami berserah dan percaya pd Allah utk rezki kami
ryantobah84 Terbaik. Semoga menjadi asbab kepada ibu bapa diluar sana utk mendahulukan ilmu agama dari ilmu duniawi. Yakin dan percayalah sejarah tdk pernah menipu. Majoriti ilmuan islam yg penghafal alquran dulu adalah pakar dlm bidang ekonomi, sain, math, kedoktoran dan sbgainya..?
jamilahbadrun80 Anak sy yg sulung pun tingkatan 1 tahun nie. Sy hntr k maahad tahfiz. Nasib baik dia nak. Biar duit berhabis janji ada ilmu agama iskam dlm diri…betul x
Pastinya kita semua menyedari usia kita dari tahun ke tahun kian bertambah, namun sering kali juga ada yang alpa untuk mempersiapkan diri meniti usia dan sekali gus memberi makna dan manfaat pada setiap kali pertambahan umur dari tahun ke tahun.
Sedar manusia ini sering lupa dan perlu diberi nasihat serta peringatan. Oleh itu ada baiknya kita baca perkongsian daripada Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah untuk peringatan bersama.
Nasihat saya umur 40, kepada umur 25
1) Spend masa dengan anak lebih dari dengan kawan-kawan. Anak akan berada dengan kita sampai tua. Kawan belum tentu.
Masa umur 25, ada anak tapi asyik kerja, kerja, kerja. Tahu-tahu anak dah besar. Mujur anak masih nak rapat dengan kita sekarang. Adik-adik yang dah ada anak, habiskan lah lebih masa dengan anak-anak sekarang. Masa adalah perkara paling berharga yang kita boleh beri pada anak.
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.”
(HR Muslim).
Kalau kita tak didik anak jadi anak soleh yang mendoakan kita, macamana nak dapat saham berkekalan kan.
2) Spend duit untuk Mak Ayah lebih dari yang kita nak, walau mereka tak minta. Takkan zakat 2.5%, Mak Ayah kita pun layak banyak tu je.
Allah SWT berfirman dalam al-Quran bermaksud: “Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada kedua-duanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (Surah al-Isra’, ayat 23)
Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ. قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ: مَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا فَلَمْ يَدْخُلِ الْجَنَّةَ
Maksudnya: “Kehinaan, kehinaan, kehinaan.” Baginda ditanya: “Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga.” [Riwayat Muslim (2551)]
3) Spend masa untuk bersenam. Kalau dah biasa masa muda, dah tua lebih mudah.
4) Jangan percaya cakap kawan, masa muda enjoy, tak payah jaga makan. Orang umur 35 mati sakit jantung pun ada.
5) Jangan lupakan Al Quran. Bacalah walau satu page sehari. Jangan sampai Allah tak nak dengar suara kau tu baca ayat Dia.
6) Kawan biar beribu, betul. Tapi kalau kawan tinggalkan kau bila kau susah, maafkan dia tapi jangan lupakan dia sampai mati.
7) Kawan yang tetap ada masa susah, kenang jasa dia sampai syurga. Doakan dia dalam diam.
8) Hargai pasangan yang baik. Itu rezeki Allah PALING BESAR untuk kau.
9) Berbelanja tak salah tapi simpanan jangan lupa.
10) Jaga-jaga gaya hidup nak impress orang. Tanya dalam hati, nak redha Allah ke, ke redha manusia.
Ekstra nasihat :
Masa umur 25, ada anak tapi asyik kerja, kerja, kerja. Tahu-tahu anak dah besar. Mujur anak masih nak rapat dengan kita sekarang. Adik-adik yang dah ada anak, habiskan lah lebih masa dengan anak-anak sekarang. Masa adalah perkara paling berharga yang kita boleh beri pada anak.
Yang benar,
Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
40 tahun.
Waktu untuk berubah.
Menyentuh tentang perancangan kewangan keluarga, semua antara kita sedia maklum akan kepentingannya. Wang gaji atau sumber pendapatan keluarga yang diperolehi perlu diurus sebaiknya oleh suami sebagai ketua keluarga. Bahkan tidak ada salahnya bila suami turut melantik isterinya sebagai ‘Penasihat Kewangan’ dengan tujuan untuk sama-sama dapat mengurus dan merancang kewangan agar lebih teratur.
Apatah lagi bila memikirkan perlu menyediakan sumber kewangan yang secukupnya untuk pembiayaan sekolah anak-anak dari tadika hingga ke menara gading. Jika ingin dihitung, bukan suatu jumlah yang sedikit diperlukan. Begitu juga perlu berjimat dan menabung untuk membuat persiapan diri bagi menempuh waktu persaraan yang lebih selesa kelak.
Hakikatnya, apa sahaja perancangan mahupun persiapan kewangan masa kini yang kita laksanakan akan menentukan bagaimana kehidupan yang akan kita lalui kelak. Sama ada lebih memudahkan atau sebaliknya.
Ini seiring dengan pepatah Melayu, “Sediakan payung sebelum hujan”. Jadi andai pula berlaku sesuatu yang tidak diingini pada diri, sekurang-kurangnya kita boleh mempersiapkan ‘bekalan’ untuk keluarga yang ditinggalkan agar mereka dapat terus dilindungi dan menjalani kehidupan tanpa perlu memikul beban kewangan akibat kegagalan kita merancang peninggalan legasi yang baik.
Rancang Masa Depan Dengan Pelan A-Life Legasi
Perancangan kewangan yang baik, bermula dengan pengurusan legasi yang betul. Menyedari akan kepentingan pengurusan legasi bagi sesebuah keluarga, AIA PUBLIC Takaful Bhd. (AIA PUBLIC Takaful) memperkenalkan A-Life Legasi, sebuah pelan takaful keluarga yang dapat membantu memastikan masa depan orang tersayang dilindungi melalui pengurusan legasi yang baik.
Legasi itu sendiri membawa maksud pemberian yang diwarisi daripada generasi sebelum ini. Legasi yang ditinggalkan sering kali dikaitkan dengan pengakhiran, tetapi sebenarnya, ia adalah permulaan kepada era baru yang lebih terjamin.
Hibah Ringankan Beban Keluarga Teruskan Hidup
Istimewanya pelan A-Life Legasi ini selain patuh syariah, ia memberi perlindungan terhadap kematian akibat kemalangan atau semasa mengerjakan haji atau umrah termasuk juga perlindungan hilang upaya menyeluruh dan kekal.
Pelan ini bertindak sebagai salah satu kaedah pengurusan harta yang menawarkan nilai perlindungan minimum sebanyak RM350,000 dan akan membayar sehingga 6 kali ganda jumlah yang dilindungi dalam bentuk hibah kepada orang yang tersayang jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Malah pelanggan juga boleh mendapatkan perlindungan hingga RM4 juta tanpa perlu menjalani pemeriksaan kesihatan. Fungsi hibah melalui pelan takaful ini akan menjadi legasi untuk diwarisi oleh anak-anak dan pasangan agar mereka dilindungi dari aspek kewangan dan tidak terus dibebani akibat kemalangan atau pemergian yang tidak diduga.
Berganda Wang Simpanan Dengan Akaun Legasi
Tidak dinafikan, pelan ini juga memberi peluang keemasan untuk kita meningkatkan simpanan melalui ganjaran yang berterusan dan amat rugi kiranya dilepaskan begitu sahaja. Sebagai contoh agar lebih mudah difahami berkenaan keistimewaan pelan A-Life Legasi ini; jika pelanggan mengamalkan tabiat pengurusan kewangan yang baik yakni membuat caruman dalam tempoh ditetapkan, sejumlah amaun akan dikreditkan ke dalam Akaun Legasi setiap 2 tahun, pada tahun ke 20 dan pada tempoh sijil matang.
Di samping itu, sekiranya pelanggan berkahwin, menimang cahaya mata, bersara atau mencapai peringkat kehidupan lain, sehingga 50% daripada jumlah Akaun Legasi yang terkumpul akan dibayar kepada pelanggan.
Amal Jariah Bekalan Akhirat
Satu lagi keunikan pelan A-Life Legasi ini adalah ciri amalnya yang menyediakan saluran mudah kepada para pelanggan untuk menyumbang dan menginfaqkan faedah Takaful secara berterusan kepada komuniti dan golongan yang memerlukan.
Pelanggan boleh memilih untuk menyertakan manfaat tambahan (rider) A-Plus Infaq kepada pelan asas A-Life Legasi dan berkongsi legasi yang dibina bersama badan-badan amal pilihan pelanggan atau rakan amal rider iaitu Mercy Malaysia dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM). Ini bermakna andai pelanggan meninggal dunia atau mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal, amaun perlindungan rider akan disalurkan terus kepada badan amal tersebut tanpa memerlukan bantuan pihak luar.
Dengan adanya pelan menyeluruh seperti A-Life Legasi ini, ia bukan sahaja memudahkan kita untuk membuat persiapan kewangan yang mantap untuk diri dan tersayang, bahkan secara tidak langsung dapat membantu kita memungut saham akhirat melalui sedekah jariah kepada masyarakat.
Apa yang penting adalah kita perlu niat dan berusaha untuk melakukan yang terbaik sebelum berserah kepada ketentuan Ilahi. “Usaha dengan Takaful, Pelengkap Tawakal Anda”
Untuk maklumat lanjut mengenai A-Life Legasi dan A-Plus Infaqserta penyelesaian dan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh AIA PUBLIC Takaful, layari:
Puding, salah satu pencuci mulut yang cukup digemari ramai. Pelbagai resipi berasaskan puding boleh dicuba baik yang simple mahupun kepada yang berat.
Puding Mangga salah satu resipi popular yang menjadi pilihan ramai. Menariknya resipi ini digabungkan dengan sagu. Kombinasi yang cukup memikat hati.
Ditambah pula dengan kemanisan buah mangga. Memang Terbaik rasanya Dalam memikat selera seisi keluarga.
Selain rasanya yang sedap, pilihan warna memikat hati untuk mencuba.jom buat. Resipi ini hasil perkongsian daripada Encik Mimpi Hans. Lepas ni boleh Cuba buat untuk dihidangkan ketika minum petang atau jamuan.
Bila sejuk2 masuk tekak, rasa macam SPM dapat 10A pulak feeling nya 😂😂
Masak sagu berwarna merah sampai jernih. Kalau guna sagu putih, boleh letak pewarna merah. Toskan dan lalukan bawah air sejuk. Tuang lapisan nipis sagu di dasar loyang. Letak potongan dadu Mangga di atas lapisan Sagu
Lapisan Putih
1 paket serbuk Agar-Agar 10gram
800ml air
200ml Santan pekat
1 sudu Tepung Jagung bancuh dengan 5 sudu air.
50ml Susu cair
1 sudu teh esen Vanilla
250gram Gula. Boleh kurangkan …
Cara membuat:
Campur semua dalam periuk. Kacau sebati baru hidupkan api. Masak sampai mendidih. Tuang atas lapisan Mangga tadi dan tunggu lapisan atas mengeras.
Lapisan Mangga
2 biji isi Mangga kisar halus
1 paket serbuk Agar-Agar 10gram
800ml air
200ml Santan pekat
150gram Gula
50ml Susu cair
1 sudu Tepung Jagung bancuh dengan 5 sudu air.
Pewarna Kuning jika Mangga tak berapa kuning
Cara membuat:
Campur semua dalam periuk. Kacau sebati baru hidupkan api. Masak sampai mendidih. Tuang atas lapisan putih tadi dan tunggu sehingga mengeras.
*Tepung Jagung adalah optional. Tak letak pun boleh. Saya letak sebab nak dapatkan texture puding.
Sejukkan dulu dalam peti sejuk baru potong. Dappppp makan sejuk-sejuk .
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...