Asam garam kehidupan berumah tangga. Ada masanya manis, ada masanya bertengkar. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.
Untuk bukan hanya sehari dua, bahkan memakan masa, asalkan saling bertolak-ansur dan memahami kehendak dan perasaan pasangan masing-masing.
Bagi pasangan Dato Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Seri Shahida, biar kedua-duanya memiliki karekter berbeza namun dek kerana saling memahami membuatkan rumah tangga yang dibina sejak 11 tahun lalu kekal sehingga sekarang.
Itu yang dikongsikan oleh Datin Seri Shahida menerusi laman instagramnya
“Dulu baru2 kahwin kalau ada 30 hari dalam sebulan, 25 hari kita orang gaduh..5 hari je baik…….?dulu gaduh je lari rumah la x balik tunggu suami pujuk…tapi sampai ke sudah x pujuk lepas tu balik sendiri…..lepas tu boleh tanya kenapa u x pujuk i…dia jawab siapa suruh lari bukan i halau pun…lepas tu dah x lari dah sbb dah tau mmg x de orang nak pujuk?
Bukan senang tau kahwin ni…..nak dapat keserasian pun susah…..tapi @aliffsyukriterlajaklaris selalu ajar saya ambik kertas tulis keburukan dan kebaikan pasangan masing2……kalau kebaikan lebih banyak dari keburukan kenapa yg buruk sikit tu dipandang…..sebab semua orang ada buruk…kita x sempurna..
“Kahwin bukan nak cari yg sempurna tapi utk meyempurnakan sebuah keluarga..
Lepas 11 tahun kita dah kurang gaduh dari 25 hari gaduh sebulan dah jadi 15 hari sebulan,” Ujar Datin Seri Shahida lagi.Ada pengikutnya yang turut menyokong tak kurang yang berkongsi pengalaman mereka menerusi status tersebut.
Sumber: IG shahidadherbs