Setiap kali anak tidak selesa atau kembung perut ubat sapuan pasti menjadi pilihan mak ayah. Apa ubat sapu dan minyak sapuan yang sesuai untuk anak?

Berhati-hati kerana sesetengah minyak sapuan boleh memudaratkan bayi dan kanak-kanak. Pastikan mak ayah memilih minyak urut sesuai digunakan terutamanya jika ia mengandungi Methyl Salicylate! Mengapa?

Menerusi perkongsian di laman Facebook Public Health Malaysia (PHM) menunjukkan bahaya penggunaan minyak panas atau minyak urut yang mengandungi bahan Methyl Salicylate kepada anak kecil atau bayi.

Ini disebabkan bahan tersebut yang biasanya terdapat dalam produk minyak panas untuk merawat lenguh dan sakit badan tidak sesuai kepada kanak-kanak, khususnya bayi kerana mempunyai risiko mengakibatkan keracunan.

Bukan Semua Ubat Sapuan Sesuai Untuk Anak, Hati-Hati!

Ads

Apa itu topikal methyl salicylate?
Umumnya, ubat salap atau topikal dengan methyl salicylate untuk kulit ini digunakan bagi memberikan kelegaan sementara pada otot atau sakit sendi yang disebabkan oleh ketegangan, terseliuh, arthritis, lebam atau sakit belakang.

Sesetengah produk dengan bahan ini tidak boleh digunakan kepada kanak-kanak di bawah usia 12 tahun tanpa nasihat doktor.

Semak label dengan teliti sebelum menyapu minyak ini pada anak dalam lingkungan usia 2 hingga 12 tahun. Paling penting, minyak urut bayi yang mengandungi methyl salicylate tidak boleh digunakan kepada bayi di bawah usia 2 tahun!

Ads

Bukan Semua Ubat Sapuan Sesuai Untuk Anak, Hati-Hati!

Penggunaan minyak urut bayi dengan methyl salicylate
Gunakan minyak urut ini seperti arahan pada label atau yang ditetapkan oleh doktor. Jangan menggunakan dalam jumlah lebih besar atau lebih kecil mahupun untuk tempoh lebih lama daripada yang disyorkan.

Pastikan kulit bersih dan kering sebelum menggunakan minyak urut baby ini.

Ads

Hindari penggunaan topikal ini pada luka terbuka atau pada kulit yang terkena selaran matahari, terbakar angin (windburned), kering, pecah atau ia akan mengakibatkan kerengsaan.

Apabila menggunakan minyak, krim topikal, gel, salap atau semburan dengan bahan methyl salicylate ini, anda haruslah memastikan ia hanya sapuan nipis pada kawasan terjejas dan perlu digosok sehingga diserap sepenuhnya.

Jika bahan yang mengandungi methyl salicylate ini adalah daripada jenis tampalan, tanggalkan pelapik dan lekatkan tampalan pada kulit di atas bahagian yang sakit. Tampalan boleh diganti 1-2 kali sehari, jika perlu.

Sumber: Hello Doktor

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI