Makanan laut seperti ikan, sotong, udang dan kerang memang tinggi dengan sumber zat besi, zink, protein dan lain-lan nutrisi yang perlu buat wanita hamil.
Tidak hanya itu, makanan laut terutamanya ikan juga kaya dengan asid lemak omega-3 yang sangat bagus untuk pembentukan dan perkembangan si kecil dalam kandungan.
Pun begitu bukan semua ikan boleh dimakan dengan selamat bagi ibu mengandung. Semuanya kerana kandungan merkuri dalam ikan tersebut yang tinggi dan tidak sesuai untuk ibu dan bayi di dalam kandungan.
Kesan tinggi merkuri pada ibu hamil
Masalah sistem saraf bayi akan terjejas pada:
Ads
* Isu pada otak bayi.
* Isu pada jantung bayi.
* Dalam kes lebih teruk, ia akan merencatkan tumbesaran mereka di dalam kandungan yang boleh memberi kesan apabila lahir kelak
Jenis ikan yang tinggi merkuri biasanya adalah pemangsa dan bersaiz besar, contoh seperti berikut:
* Ikan jerung
* Ikan todak
* Ikan tuna
* Ikan marlin
* Ikan mackerel
* Ikan tilefish
* Ikan orange roughy
Ads
Selain ikan tinggi merkuri, di bawah ini juga termasuk ikan yang tidak boleh dimakan ketika mengandung kerana mengandungi bahaya akibat pencemaran di dalam air:
* Ikan kerapu
* Ikan keli
* Ikan bluefish
* Ikan sablefish
* Ikan pacific cod
* Ikan pacific ocean perch
Ads
Mungkin ada lagi beberapa jenis ikan yang tidak boleh dimakan ketika mengandung yang tidak nyatakan. Sebaiknya, dapatkan informasi yang lebih tepat daripada doktor.
Sekiranya wanita hamil masih mahu makan ikan dan makanan laut lain, tiada masalah asalkan anda elakkan daripada mengambil jenis-jenis ikan yang tidak boleh dimakan seperti yang dinyatakan di atas.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Satu kenyataan motivasi dan menaikkan semangat para wanita ini tidak salah. Ya perempuan perlu punya wang dan harta sendiri supaya jika sendirian ditinggalkan suami, wanita punya ‘sesuatu’ untuk meneruskan kehidupan.
Namun wang, pangkat dan harta bukan segalanya bagi seorang wanita bergelar ibu. Kebahagiaan itu terletak ditangan kita sendiri.
Perkongsian Siti Suryani Yaakop ini benar-benar mendalam. Kita bahagia seadanya mengikut cara dan kemampuan kita. Kita pilihlah yang paling terbaik buat hidup kita dan anak-anak.
Semalam makcik saya hantar gambar ni kat grup famili. Yang sorang tu makcik lagi satu. Sorang lagi tu nenek.”Ambik angin petang”, tulisnya.
Makcik saya yang ambik gambar ni dulu kerja jururawat. Kata nenek saya kerja Misi. Bukan kat Malaysia saja. Sampai Arab Saudi sana. Sambil kerja sambil sambung belajar. Balik sini jadi instruktor. Di sebuah universiti swasta terkemuka.
Gaji dia sedap lah juga. Kalau sewa rumah pun makan ribu. Anak kecik pun sekolah lagi semua. Maknanya boleh tahan lah tu.
Satu hari dia buat video call. Katanya nak berhenti. Nak jaga nenek. Nak bawa nenek habiskan usia kat rumah kampung. Duduk dia bandar lain. Kot mana hebat pun tak sama dengan rumah dia sendiri. Bila saya tanya dah fikir habis ke. Dia cuma kata dia tawakal saja.
Betul. Tak lama dia berhenti. Balik kampung. Angkut semua anak tukar sekolah. Bawa nenek. Suaminya pun bagus. Ikut sama. Berulang walau jauh jaraknya. Kadang makcik lagi sorang datang. Dia pun tak berapa sihat juga. Tapi bolehlah buat teman mengisi masa.
Saya tanya dia apa dia rasa lepas berhenti. Macam mana bila biasa dah hidup bergaji. Ada rutin. Tiba-tiba kena tukar semua. Dia kata lega.
Tak tahu kenapa. Tapi lega. Dia tahu duit tak akan masuk macam dulu. Tapi dia tak risau. Dia kata tak pernah putus makan lagi. Sentiasa ada orang bagi. Pakcik yang duduk tak jauh dari rumah rajin hantar lauk. Jiran sebelah suka bagi sayur. Pokok yang dia tanam elok menjadi. Kalau balik kampung ada je nanti bekal dia bagi.
Pakcik makcik yang lain pun rajin datang. Katanya ada sekali tu kena suruh orang berhenti belikan ikan. Dah banyak sangat. Takut tak termakan.
Semalam saya baru baca. Tulisan motivasi tentang betapa perempuan kena ada duit sendiri. Ada kerjaya. Ada posisi yang baik untuk dihormati. Untuk bahagia. Untuk gembira. Mesti jadi sesuatu. Atau seseorang.
Mesti berjalan luar negara. Mesti ada harta sendiri. Mesti ada masa untuk diri sendiri.
Tapi makcik saya jumpa bahagia dia dengan menjadi semua yang disebaliknya. Duit sendiri. Kerja sendiri. Masa sendiri. Harta sendiri. Semua dah tiada. Tapi di situ dia jumpa bahagia sebenar dia.
Bahagia dia adalah ‘bergaduh’ dengan nenek saya. Bahagia dia adalah dengan tolak kerusi roda nenek untuk ambik angin petang. Bahagia dia adalah ada masa ambik dan hantar anak sendiri ke sekolah. Bahagia dia adalah layan cerita tamil dengan makcik lagi sorang.
Makcik saya ajar sesuatu. Penanda aras bahagia dan kaya kita semua tidak pernah sama. Matlamat orang dan matlamat kita tak akan serupa. Keinginan kita dan keinginan orang sentiasa berbeza.
Sampai usia sekarang, saya masih tak tahu apa erti sebenar berjaya. Tapi pada saya berjaya adalah apabila kita bahagia. Orang yang bahagia adalah orang yang tahu di mana punca bahagia dia. Dan dia kuat untuk buat apa saja yang buat dia bahagia. Dia tidak takut jatuh dalam penilaian mata manusia. Asal saja tak jatuh dalam murka Tuhannya.
Makcik saya ni pernah bergurau,” Kau tengok Amy. Comot dah Acik sekarang ni”. Tapi saya jawab dalam hati, moga di sana nanti dia jadi secantik bidadari, asbab syukur dan sabarnya yang tinggi.
Siapa sangka dalam tawa dan senyuman, rupanya arwah Adibah Noor menderita sakit. yang baru menghembuskan nafas terakhir semalam (18/6/2022).
Menurut sumber Allahyarham sekian lama menderita penyakit kanser ovari tahap empat namun tidak berkongsi perkara itu kepada umum. Derita beliau didiamkan dan jadi rahsia daripada pengetahuan umum.
Baru-baru ni beliau muncul dengan wajah yang baru yang tampak lebih kurus. Gemparlah Malaysia.
Memetik laporan harian metro, rupanya penyanyi Ani Maiyuni mengetahui penderitaan yang dialami oleh penyanyi dan pelakon Adibah Noor.
“Maaf kami terpaksa rahsiakan sebab sebelum ini Kak Dib (Adibah) ada beritahu saya dan beberapa rakan dalam Gegar Vaganza.”
Menurutnya, dia perlu memegang amanah Allahyarham agar tidak menghebohkan perkara ini kepada orang lain.
“Saya tak boleh bercerita kepada semua orang berkenaan penderitaan arwah. Dia sakit selepas habis GV dan semasa kita nak shooting GV Raya, selepas itu dia mula demam on and off.
“Selepas itu lama dia warded dan kenapa dia tak keluar-keluar kita ingatkan Covid.
“Bila saya tanya dia secara peribadi baru dia beritahu yang dia dapat tahu yang dia ada kanser dan baru lepas pembedahan masa itu.”
Maiyuni berkata, Adibah juga kena berpantang dan kena rehat serta tidak mahu menerima mana-mana tetamu lagi.
“Yang orang nampak dia kurus adalah show pertama selepas rehat,” katanya.
Finalis Gegar Vaganza musim kelapan itu meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Ampang petang tadi akibat kanser ovari tahap empat.
Baru-baru ini, isteri kepada penyanyi dan pelakon terkenal, Alif Satar iaitu Shadila Halid memberi keizinan kepada suaminya itu yang mahu berbasikal pada hari ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Alif di laman Instagramnya, dia dan isterinya meluangkan masa dengan mengambil gambar di photobooth telah meraih perhatian ramai.
“Bagi peluang la kat pengantin lama ambik gambar kat photobooth. Saya cintakan awak sayang, esok saya kayuh basikal tau. Terima kasih,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Susulan itu, permintaan penyanyi yang berusia 32 tahun itu dipenuhi apabila isterinya telah meninggalkan komen dalam hantaran tersebut yang turut meminta agar Alif membelikannya nasi kandar setelah selesai berbasikal beserta ‘amaran’ agar membawa nasi kandar Mahbub Ayam Madu dan bukannya madu telah membuatkan ramai geli hati.
“Pergilah sayang. Bawa balik nasi kandar Mahbub Ayam Madu untuk saya je. Ayam madu, bukan madu. Saya sayangkan awak!,” kata Sha Dila.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan reaksi Alif meminta izin pada isterinya. Malah, mereka turut mendoakan agar Alif dan isteri sentiasa bahagia bersama dan berharap agar urusan mereka berdua sentiasa dipermudahkan.
Sekadar info, Alif dan Shadila telah mendirikan rumah tangga ada 15 September 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Sumber: Instagram @alifsatar
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.