Pelakon Elfira Loy menyifatkan perkahwinan adalah satu tanggungjawab yang tidak mudah digalas selepas hampir empat tahun mendirikan rumah tangga.
Memetik laporan Harian Metro, ibu kepada dua cahaya mata ini berkata, untuk mengekalkan rumah tangga yang harmoni dan bahagia, ia memerlukan banyak pengorbanan.
“Sebelum berkahwin, persepsi saya terhadap perkahwinan ini berbeza dan selepas melaluinya memang apa yang saya fikir sebelum ini tak sama.
“Saya rasa orang yang dah berkahwin saja akan tahu apa itu perkahwinan sebenar. Ia bukan mengenai dua hati saja.
“Selain itu, banyak pengorbanan dari sudut perasaan, kerja, hati serta masa. Hanya orang yang matang boleh melaluinya. Kalau tak matang memang akan selalu ada pergaduhan sepanjang perkahwinan,” katanya.
Disoal mengapa dia memilih untuk mendirikan rumah tangga ketika namanya memuncak adalah kerana bukan populariti yang dikejarkan selama ini.
Ads
“Itu bukan keutamaan dari awal saya masuk dalam bidang hiburan ini. Saya bergelar artis sebab nak kukuhkan nama.
“Segala gelaran atau penghargaan yang diberi, itu semua orang yang beri. Saya hanya fokus kepada kehidupan sendiri dan tak pernah rasa perbezaan itu,” jelasnya.
Pada masa sama, Elfira turut memberi menasihatkan kepada pasangan yang ingin berkahwin diusia muda perlu ada ilmu perkahwinan terlebih dahulu.
Ads
“Perkahwinan ini bukan mudah. Jadi kena cari ilmu mengenai perkahwinan terlebih dulu baru ambil keputusan berkahwin.
“Perkahwinan ini bukan sekadar suka sama suka, kemudian ajak berkahwin. Banyak ilmu yang perlu dipelajari.
“Bagi saya, melayari rumah tangga ini perlu ada keikhlasan. Ikhlas itu yang akan buat semua benda menjadi mudah,” ujarnya.
Ads
Untuk rekod, Elfira dan suami, Faris Khairol Anwar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Rayyan dan Aria.
Sumber : Harian Metro
https://youtu.be/dUpt50y0xaQ
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kita menjadi suami isteri telah begitu lama. Dari pagi hingga ke malam, dari hari ke minggu. Dan dalam perjalanan hidup menjadi suami isteri ini, pernah kah kita bertanya dengan diri, selama ini Tuhan terima tak apa yang kita buat sepanjang menjadi suami isteri ni?
Kita bekerja siang dan malam mencari rezeki, Tuhan terima ke tak? Kita masak, basuh baju, kemas rumah selama ini, Tuhan pandang ke? Kita bersabar dan redha dengan setiap ujian ni, Tuhan nilai?
Ya. Ada 2 tanda amalan suami isteri itu Tuhan terima.
1. Selalu merasakan banyak yang belum dibuat.
Suami isteri yang Tuhan pandang mereka didalam rumahtangga, selalu saja rasa mereka masih kurang memberi. Suami rasa dia belum ajak anak isteri mencintai Allah. Dia rasa tanggungjawab pada anak isteri masih banyak tak terlaksana. Begitu juga isteri. Merasakan khidmat dan taat pada suami banyak belum tertunai. Merasakan dia belum jadi isteri yang baik. Akhirnya, mereka berdua setiap hari membaiki diri dan membaiki sembahyang. Dan Tuhan merahmati dan mencukupkan setiap kekurangan suami isteri ini.
2. Berterusan membuat kebaikan
Kebaikan yang dibuat oleh suami isteri, bukan kerana pasangan mereka. Berdua membuatkan kebaikan kerana mahu redha Tuhan. Mahu mencari pahala. Mahu membuatkan rumahtangga itu benar menjadi syurga buat mereka sekeluarga. Sekalipun berdepan dengan perangai dan sikap diri pasangan masing-masing namun berdua tetaplah menjadi dan membuat baik juga, walau susah dan walau payah. Waktu kalah dengan nafsu dan marah-marah, mereka mampu tenang dan bertaubat semula. Tuhan kekal menjadi tujuan dan kekuatan menghadapi ujian dan nikmat yang silih berganti.
Begitulah kalian.
Rumahtangga bahagia yang Tuhan mahu bukan sekadar kita berdua menghabiskan masa berbulan madu.
Bukan juga sekadar selfie dan keluar makan berdua selalu.
Pada pandangan Tuhan, suami isteri yang bahagia itu mereka walau berhiburan, namun hati kekal bersama Tuhan.
Setia disisi walau diuji.
Kekal percaya walau jiwa dan raga diberi sakit sesakitnya.
Rumahtangga bahagia kerana taqwa.
Rumahtangga derita kerana dosa.
Sumber: Abu Hurairah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kasih seorang anak… Biarpun dikenali ramai, namun penyanyi bernama Mimi Fly One Nation Emcees tidak segan berjalan di khalayak ramai dengan ibunya yang berkerusi roda.
Malah perkongsiannya menerusi laman instagram membuatkan ada netizen yang sebak dan terharu.
“Kalau korang jumpa saya depan2 pun korang akan rasa saya mcm tinggi mengalahkan supermodel. Padahal saya 171cm je pun. Tinggi sket je dari average height asian women kan… Tengok gambar ni betol2….korang rasa kenapa saya “nampak” tinggi… Kaki mama saya pun mama saya bagi kat saya.
“Saya ni harapan dia untuk melangkah lebih jauh. Capai yang lebih tinggi. Dia cakap kalau dia percaya dia lebih hebat biarpun dia OKU. Apa alasan saya kalau saya tak sehebat dia….? Jangan takut untuk menjadi diri sendiri. Perjalanan kita semua berbeza. Kita tak sama yang penting sama-sama seiringan. Macam ni,” antara ayat yang ditulis dikapsyennya.
Tidak segan memperkenalkan ratu hatinya, menurut Mimi mamanya itu berada di tempat teratas di dalam hatinya.
“This is my mother. And her place in my heart..is on top. If u happened to bump into me it would seem to u that I’m as tall as a supermodel. When rly..I’m just 171cm. slightly higher than average height of asian women. Look at this picture and u will see why.
“My mother gave birth to me and blessed me with her legs too. I’m her hope to walk taller and further..grasp the highest…there were times when i was at my lowest she said “I was born this way but I believed that i am not disabled. I’m special. And u r my daughter with my legs.
“If u dont believe that u can be at least as special as me..whats your excuse?” Dont be afraid to be who you were meant to be. Dont be afraid to believe that you are special. We all walk on different paths but we can always elevate each other to feel special and loved along the way. Just like in this picture.
dewi_seriestha You are such a nice daughter. ❤️ Im sure she is proud to have u as her daughter. Im proud to call u as my friend.. Send my regards to her. May God give her good health always!
missyeqa such a lovely u kak…semoga allah merahmati akk sekeluarga..aamiin aamiin ya rabbal alamin
tradneo Proud of u Mimi! Send my Salam to bonda and family…
faezah_chek moga bonda n kak mimi kuat ye..sy pun mama abah dua2 takde kaki da..dua2 oku?..mereka sentiasa dlm ati kami adik bradik❤️
hxkxq_syxf Dia lah sorga dia la nyawa dunia akhirat… Makin meningkat usia kite,Ibu memang tempat teratas dlm ati ni…proud of u @mimiflyyy…
Apa kata mencuba resepi oleh FarizahMalik yang mendapat perkongsian lebih 3K. Jom lihat resepi wanita ini.
Selalu makan dekat kenduri je..Hari ni sis try msk..1st time try & rasa nya x menghampakan..sapa² nk try sis serta kn resepi di bwh.
DAGING MASAK HITAM
BHN²:
900g daging
2 biji bwg besar(kisar)
3 biji bwg merah kecil(kisar)
10ulas bwg putih(kisar)
1 paket kecil serbuk kari
3 sb cili kisar
2 inci halia(kisar)
1 cwn kicap lemak manis
3 sb kicap pekat
1sk serbuk jintan manis
1sk serbuk jintan putih
2sk kerisik
1sb lada hitam
4 serangkai bunga lawang,bunga cengkih,kulit kayu manis,buah pelaga
Garam
Asam jawa
Sedikit minyak utk menumis
CARA²:
?panaskan minyak & tumis 4 serangkai sampai naik bau.Masuk kn bahan yang telah di kisar tadi sampai kekuningan
?Masukkan cili kisar yg telah d gaul bersama serbuk kari td.Biar sekejap 5 minit sambil kacau & tggu sampai pecah minyak
?Masukkan daging kacau sebati & biar kn 5 minit.Bahan dah sebati masukkan kicap pekat,kicap lemak manis,lada hitam,asam jawa,garam,serbuk jintan manis,jintan putih & kerisik
?Biarkan sampai daging masak & pekat.Dh masak boleh hidang..
TIPS TAMBAHAN:
*kenali daging yang kita beli kalau daging kena rebus dahulu kalau daging segar tidak perlu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.