Sudah pastinya setiap ibu bapa inginkan anak yang cemerlang dan mendapat semua subjek dengan keputusan straight A. Namun, hakikatnya, kecemerlangan itu haruslah seimbang dengan kemahiran diri anak.
Sebagaimana yang dipaparkan oleh ibu ini yang merasakan setiap ibu bapa perlu mendedahkan anak-anak dengan kemahiran diri. Ikuti perkongsian Dr Norzila Zakaria semoga bermanfaat bersama.
Hebatkah anda bila anak dapat straight A?
Anda mengaku ibu bapa hebat?
Selagi tidak ajar anak 5 perkara ini kita tangguhkan dulu dari mengaku sebagai ibu bapa hebat.
Anda mengaku guru yang hebat?
Selagi belum ajar anak murid 5 perkara ini, tangguhkan dulu mengaku sebagai guru yang hebat.
Anda mengaku sekolah anda hebat?
Selagi pelajar di sekolah belum terbukti mempunyai 5 perkara ini tangguhkan dulu mengaku sekolah anda hebat.
Inilah kemahiran hidup:
1. kemahiran komunikasi yang berkesan
2. kemahiran membuat keputusan
3. Kemahiran menetapkan matlamat (goal setting)
4. Kemahiran menyelesaikan konflik
5. Kemahiran meminta bantuan
Sebenarnya semalam saya meneliti beberapa bahan bacaan dari internet dan merumuskan perkara di atas. Gimik je tajuk di atas ni. Tapi apa yang saya baca memang sangat bertepatan. .
Jika anak-anak kita tidak ada lima-lima kemahiran ini, kita kan lihat banyak masalah timbul. Sekarang zaman ‘texting’, kitasudah tidak berkomunikasi dengan baik. duduk dalam bilik bersebelahan pun main text saja, malas nak bercakap. Lama-lama tidak pandai bercakap dengan baik, sopan santun hilang, riak muka meraikan perasaan orang lain juga tiada..
.
Itu lah padahnya bila selalu sangat guna emoji. Nak apply di muka sendiri dah tidak tahu.
.
Percayalah jika lima kemahiran ini kira ajarkan kepada anak-anak kita, dan anak-anak murid kita, jika mereka tercicir dalam pelajaran mereka tetap bijak mencari kehidupan, dapat berkomunikasi dengan baik dan mendapatkan pekerjaan yang sesuai.
.
Walau pintar dan hebat dalam pelajaran namun jika tiada 5 kemahiran ini, lihat sajalah bagaimana mereka tidak mampu berkomunikasi dengan baik ketika temuduga.
.
Pengalaman menemuduga pelajar untuk masuk ke universiti saja telah memberikan saya bukti bahawa ada pelajar yang sangat cemerlang akademik, namun tiada kebolehan berkomunikasi yang baik dan kurang 5 kemahiran hidup ini.
.
Mari kita sama-sama menjadikan kemahiran hidup sebagai agenda utama pendidikan anak-anak selain tuntutan pendidikan agama.
Sumber: FB Dr Norzila Zakaria