“Bukan sebab kuat, Allah SWT Yang Berkuasa,” Pak Yob memang tak sangka dapat anak usia 80 tahun. Bagi pesara Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Yob Ahmad atau lebih dikenali Pak Yob, dia tidak menyangka dikurniakan rezeki menimang cahaya mata perempuan pada usia 80 tahun.

“Bukan Sebab Kuat, Allah SWT Yang Berkuasa”

“Bukan Sebab Kuat, Allah SWT Yang Berkuasa,” Pak Yob Memang Tak Sangka Dapat Anak Usia 80 Tahun

Bayi perempuan yang diberi nama Nur itu dilahirkan pada 31 Mei lalu dan anak hasil perkahwinan dengan Zaleha Zainul Abidin, 42. Inilah yang dinamakan rezeki Allah.

“Memang tak sangka dapat anak dalam usia begini, tapi bukan sebab saya ‘kuat’, Allah SWT yang berkuasa. Lahirnya anak saya pun atas kurniaan dan kehendakNya. Saya berserah kepada Allah SWT kerana hanya mampu usaha, selebihnya kehendak Dia, kehendakNya kita tak ada daya nak halang.

“Tapi bila Allah SWT izinkan isteri mengandung sampai dapat anak, saya bersyukur sangat serta anggap satu rezeki. Saya harap anak membesar dengan sihat jadi insan yang solehah, itu saja” kata Yob memetik Harian Metro.

“Bukan Sebab Kuat, Allah SWT Yang Berkuasa,” Pak Yob Memang Tak Sangka Dapat Anak Usia 80 Tahun

Menerusi Harian Metro, Yob berkata, dia tidak terlalu memikirkan soal anak kerana sedar keadaan dirinya yang sudah lanjut usia malah sudah mempunyai empat anak hasil perkahwinan terdahulu.

Ditanya rahsianya kekal sihat, Yob berkata, dia jarang bersenam namun ada mengamalkan pengambilan herba.

“Itu saja, makan dan tidur pun tak sangat kerana pada malam hari pun, saya tak lena (tidur) sangat kerana lagi suka habiskan masa dengan berzikir,” katanya yang mempunyai tujuh cucu.

Sementara itu, isterinya, Zaleha berkata, dia dan suaminya tidak pernah membincangkan soal zuriat walaupun sudah 10 tahun berumah tangga.

Zaleha berkata, dia juga tidak terlalu mengharap kerana sedar faktor umur mungkin menjadi halangan untuk mendapatkan zuriat.

“Saya pernah hamil lima tahun lalu tetapi tak ada rezeki selepas mengalami keguguran. Tapi bila dapat tahu hamil lagi waktu kandungan hampir tiga bulan, memang terkejut dan macam tak percaya kerana ingatkan sudah menopaus.

“Dalam erti kata lain, saya ingatkan tak boleh mengandung lagi sampai nak berangan pun tak memikirkan soal umur.

“Bukan Sebab Kuat, Allah SWT Yang Berkuasa,” Pak Yob Memang Tak Sangka Dapat Anak Usia 80 Tahun

“Tapi ini yang dinamakan rezeki, syukur sangat malah anak saya dan suami yang sudah besar pun teruja kerana sudah lama tak dapat adik,” katanya yang mempunyai tiga anak berumur 12,14 dan 16 tahun hasil perkahwinan terdahulu.

Pak Yob Memang Tak Sangka Dapat Anak Usia 80 Tahun

Berhubung perkongsian di TikTok, Zaleha berkata, niatnya berkongsi sekadar dijadikan kenangan dan terkejut apabila videonya tular memandangkan tidak mempunyai ramai pengikut di platform berkenaan.

“95 peratus komen positif, kebanyakannya daripada mereka yang belum ada anak malah ada juga kongsi kisah ibu mereka bersalin pada usia 50 an.

“Bukan Sebab Kuat, Allah SWT Yang Berkuasa,” Pak Yob Memang Tak Sangka Dapat Anak Usia 80 Tahun

“Ada satu dua saja kecam ingatkan cucu dan bukannya anak tapi saya terima saja kerana selama ini hanya berserah kepada Allah SWT dalam soal rezeki.

“Setakat mana Allah SWT nak bagi, saya terima dan berharap perkongsian saya itu menyuntik semangat orang di luar sana supaya tidak berputus asa walaupun belum dikurniakan zuriat.

“Terima kasih kepada yang mendoakan dan berharap doa yang baik juga berbalik kepada mereka,” katanya.

Sumber: Harian Metro Online dan TikTok ummimakhapakyob

Baca lagi artikel lain: Mona Allen Selamat Bersalin Anak Kedua, Dapat Anak Lelaki

Belum Ada Rezeki. Impian Timang Cahaya Mata Tidak Kesampaian, Hannah Delisha Keguguran!

Pertama Kali Kena Czer Tom, Fuad Selamat Timang Cahaya Mata Perempuan!

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI