Baru-baru ini, kisah bekas anggota kumpulan nasyid InTeam, Suhaimi Saad kembali diperkatakan umum apabila mempunyai masalah kesihatan. Suhaimi dikatakan menghidap sakit mata kronik sejak setahun lalu.
Terbaru, dia dikatakan sudah lama menyimpan niat untuk bertongkat apabila menginjak usia 40 tahun. Menurut Suhaimi lagi yang kini sudah menginjak ke usia 40, bertongkat katanya sebahagian daripada sunnah para nabi.
bertongkat itu sunnah para nabi.
bukan sebab buta atau cacat.
dah lama ss niat,
bila masuk umur 40 tahun,
ss akan bergongkat.
mudah²an itu akan menjadi pengingat kepada ss
bahawa bila usia meningkat,
hidupmu semakin ingkat.
hari kematianmu makin dekat.
tinggalkanlah segala dosa dan maksiat,
perbanyakkanlah amal soleh dan taubat.
semoga hidupmu dilimpahi magfirah,rahmat dan berkat.
Suhaimi turut berdoa agar hidupnya dilimpahi rahmat dan keberkatan untuk dunia dan akhirat.
Kisah hidup Suhaimi menjadi perhatian ramai apabila keadaan matanya yang semakin kronik hingga memerlukan bantuan isterinya, Ina Naim untuk melakukan urusan harian.
Keadaan matanya itu kata Suhaimi tidak diketahui puncanya malah dia yang kini menetap di Kelantan itu tidak menolak kemungkinan ia berkait dengan buatan orang.
Suhaimi bernikah dengan Ina pada 2007 dan mereka dikurniakan empat anak iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 12, Salman El- Khoyri, 10, Phyrosh Elfadwah, 8 dan Nurhayla Elghufrony, 6.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sumber: mosusofficial