“…Bukan Salah Dia, Salah Saya” Bad Indigo Buka Cerita Punca Berpisah

Share

Setelah ramai yang berteka teki dan melemparkan kata-kata negatif kepada bekas isteri, akhirnya penyanyi Bad Indigo menjelaskan tentang punca penceraiannya dengan Ashira.

Memuat naik satu video di laman Istagram miliknya baru-baru ini, dia tidak mahu lagi ada kata-kata negatif atau pun komen melampau yang menghina bekas isterinya.

“Masih ramai lagi yang sangat tak puas hati tentang perpisahan kami kerana tiada terbongkar cerita fasal apa kami berpisah.

“Jadi disebabkan itu Ashira tidak habis-habis dicaci, dimaki, dihentam oleh netizen dalam sosial media.

“Ada yang kata tinggalkan laki sebab dah kudung tangan, kaki dan sebagainya. Apa benda semua ni kalau tak tahu pangkal cerita kenapa nak kena sibuk.

“Kami berpisah bukan salah dia, salah saya. Saya yang tak jujur dengan dia daripada mula. Saya tak jujur bukan fasal orang ketiga, jangan salah faham.

“Saya tak jujur dengan sakit-sakit yang saya ada yang saya sendiri tak faham. Jadi bila dah bernikah baru saya tahu benda itu.

“Baru saya tahu betapa teruknya sakit itu. Jadi tak adil untuk Ashira sebab tak jujur dengan dia yang saya takut kehilangan dia.

“Saya takut kalau dia tahu saya sakit macam-macam dia tak nak. Itu salah saya sepatutnya saya yakin dan percaya dengan dia.

“Tapi saya sendiri yang jadi selfish masa itu, akhirnya tak menjadi apa pun, last-last kami tetap berpisah juga,” jelas Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminatnya memuji sifatnya yang tampil menceritakan kebenaran tentang hubungan mereka. Malah ada yang mendoakan supaya urusannya dipermudahkan. Ashira turut kelihatan meninggalkan komen di perkongsian tersebut.

Terdahulu, Ashira teruk dikecam netizen gara bergambar dengan seorang lelaki lelaki yang difahamkan sebagai kenalan zaman remajanya. Disebabkan itu juga netizen telah menuduh Ashira sebagai wanita kurang baik kerana meninggalkan Bad yang menanggung sakit keseorangan.

Bad dan Ashira berumah tangga pada 11 Mac 2021 selepas kedua-dua mereka mula rapat ketika bergelar peserta program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7). Kemudian, mereka disahkan bercerai pada 23 Jun 2022.

Sumber : Instagram Bad Indigo