Bukan Saja Sedap, Bagus Kempiskan Perut & Buang Toksin Dalam Badan Juga. Wanita Ini Kongsikan Petua Air Detoks Guna 7 Bahan Ni!

Share

Ada masanya badan lemau dan tidak bermaya dek sibuk menguruskan kerja dan rumah tangga dalam masa yang sama. Penat badan dan otak membuatkan kita jadi lemah dan malas sehingga mengabaikan penjagaan diri.

Selain bagus untuk dalaman terutama untuk melawaskan, membuang toksin dalam badan dan mengempiskan perut, minuman detoks ini dikatakan boleh membantu untuk awet muda dan juga mengembalikan kesegaran tubuh.

Saudari Saleha Maarof berkongsi petua  Air Detoks Epal Daun Pudina untuk ibu-ibu . Jom cuba!


AIR DETOKS EPAL DAUN PUDINA

Sal teringin jugak nak minum air detoks yang guna soda tu tapiiii memang sal kurang minum air berkabonat ni.

Sakit tekak. Perittt. Tak tahan. Lagi pulak panas panas ni kan. Sal ni pun banyak toksin jugak ni walaupun korang ingat kurus sihat jee.

Yela asik craving makan bebukan je kan. Bukan bagus craving camni. Kalau korang pun camtu baik hati hati tanda badan banyak toksin jahat jom shhhttt halau diaa.

Kalau korang nak tahu, petua air ni kalau kita amalkan sekerapnya, korang akan dapat manfaat seperti,

1. Melawaskan pembuangan. 
2. Boleh keluar angin terkumpul dalam badan. 3. Kempiskan perut yang buncit.


4. Hilangkan rasa lesu dan penat.
5. Mengembalikan tenaga.
6. Awet muda.

Sooo sal guna cara mudah dan gerenti SEDAP ni. Jom tengok resipi dia. Senang jer tauu

Bahan -bahan

Lemon
Serai
Halia
Buah epal
Buah laici
Gula batu
Daun pudina

Cara -caranya:

1. Rebus dulu lemon, serai, halia dan gula batu tu dulu. Gula batu tu takyah banyak.

2. Tujuan dia kan, nak kasi segala bahan bahan tu keluarkan khasiat dia dengan baik. Rebus mendidih hinggalah gula batu tu hancur elok.

3.Sementara tunggu bahan tu semua mendidih, letak dulu dalam jug air, daun pudina, buah epal dan buah laici dalam tin. Laici tu korang ambil buah aje tau.

4. Dah mendidih elok semua, korang boleh masukkan kat dalam jug. Nak buh ais pun boleh tau.

Perrhhh. Rasa air ni takla manis sangat tau. Rasa dia memang sebati. Korang kena cubalah la dulu.

Bukan saja sedap, tapi bagus untuk buang toksin dalam badan. Jadi kita taklah rasa malas yang amat tu ye?

Boleh share tips mudah sal ni tau. Harap korang enjoy yeahhh!

#SalKongsiPetuaSihat

Kredit: Saleha Maarof