Rebung buluh merujuk kepada pucuk buluh yang muda dan masih lembut. Di Asia, ia biasanya ambil dan dipotong untuk dimasak sebagai lauk. Contohnya gulai rebung, salad dan sayur lodeh.
Banyak kelebihan rebung yang tidak semua masyarakat tahu. Melalui perkongsian dari Doktor Rizal Abu Bakar, terdapat 62 kajian telah mengesahkan rebung dapat menurunkan kolestrol. Selain bagus untuk kulit dan bantu usus kerana bertindak sebagai prebiotik.
ANTARA KHASIAT REBUNG
1. KAYA ANTI OKSIDA, COPPER, VITAMIN B6, & LAIN-LAIN
Rebung ni kaya dengan anti oksida, copper, vitamin B6, E, K, Riboflavin, Thiamine dan fosforus. Vitamin B6 saja terlibat dalam 140 biochemicals reaction dalam sel. Tak cukup vitamin sakitlah sikit tubuh.
2. MENGANDUNGI PREBIOTIK & TURUN KOLESTROL
Rebung ni bagus sangat untuk kulit, turunkan kolesterol dan bantu usus sebab bertindak sebagai prebiotik.
Rebung juga bantu kuruskan badan. Ada 62 kajian sahkan hal boleh kurus ni. Kalau campur dengan MCT Oil makin cepat turun berat badan.
Ads
Bolehlah cuba masukkan dalam diet harian. Nanti dapatlah bonus kulit cantik, badan lentik tu.
3. BAIKI SISTEM PENGHADAMAN, CEGAH DIABETES & ANEMIA
Rebung juga baiki sistem penghadaman. Yang ada sembelit, elok sangat amal makan rebung. Bantu metabolisma badan. Cegah diabetes dan anemia. Kalau tak jumpa rebung. Boleh juga guna belimbing buluh.
Rebung ni boleh buat macam macam. Dahlah berkhasiat. Jarang orang sekarang makan rebung ni. Sebab susah nak jumpa. Tapi saya cari jugak sebab nakkan khasiatnya.
Rebung ni sedap buat salad atau buat rebung udang masak lemak cili padi. Fuhh sodap ni makan time hujan panas panas. Baru merecik!
Ads
RESEPI GULAI LEMAK UDANG CILI API + REBUNG
Nak masak lemak cili padi ni tak susah pun. Tak guna banyak bahan.
BAHAN-BAHAN:
* Rebung fresh.
* Udang (dicuci dan disiang).
* Cili padi (ikut nak banyak mana ikut selera pedas).
* 1 inci kunyit hidup.
* Daun kunyit (mayang halus).
* 1 batang serai.
* Santan segar.
* Asam keping.
* Air secukupnya.
* Garam bukit secukup rasa.
CARA PENYEDIAAN:
1. Tumbuk sekali kunyit dan cili padi sampai lumat.
2. Ketuk serai bagi lenyek sikit.
3. Masukkan bahan tumbuk tadi dalam periuk. Masukkan separuh santan, rebung dan asam keping. Didih guna api sederhana sampai menggelegak.
4. Baru masukkan udang. Kacau dan masukkan baki santan serta garam cukup rasa.
5. Biarkan selama 10 minit dan tutup api.
6. Sedia untuk dihidang.
Ini tip mudah ketika membersihkan rumah, tidak perlu keluar belanja yang banyak.Cepat dan mudah terutama buat suri rumah dan juga untuk ibu-ibu bekerja yang sibuk.
Hanya dengan cuka, banyak manfaat yang anda peroleh. Tip ini dikongsikan oleh Puan Shida Rahman. Nak tahu jom semak! Ada 25 petua kat bawah ni yang boleh ibu-ibu cuba sendiri di rumah. 1. singki atau tombol paip ‘chrome’ yang diseliputi daki putih seperti kapur.
Sental menggunakan bahan campuran 2 sudu besar ‘garam’ dan 1 sudu kecil ‘cuka’.
2. Bersihkan meja atau ‘Counter Top’ dan membuatkannya berbau harum semula.
Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.
3. Bersihkan dan mewangikan saluran paip singki dan lubang paip lantai.
Tuangkan 1 cawan baking soda, kemudian 1 cawan cuka panas. Biarkan selama 5 minit dan akhir sekali tuangkan air panas.
4. Menghilangkan bau pada tong sampah atau tempat pengumpulan sampah
Tuangkan sehingga rata ½ cawan Serbuk-penaik (baking soda) dan ½ cawan cuka. Biarkan selama 5 minit dan bilas menggunakan air panas. 5. Cuci Microwave oven.
Campurkan ½ cawan cuka dengan ½ cawan air dalam mangkuk mesra microwave. Didihkan campuran itu di dalam microwave oven sehingga mendidih selama beberapa ketika. Bahan-bahan makanan yang terlekat akan tertanggal dan bau busuk akan hilang. Lap dengan kain sehingga bersih.
6. Bersihkan rak dan dinding dalam peti ais
Lap menggunakan kain yang di celupkan ke dalam campuran cuka dan air biasa.
7. Bersihkan daki dan kotoran di atas peti ais.
Gunakan cuka pekat dan lap menggunakan kertas tisu atau kain.
8. Bersihkan pintu oven daripada selaput minyak.
Sapukannya dengan cuka pekat. Biarkan pintu oven terbuka selama 10 ke 15 minit sebelum mencuci dengan span.
9. Mengembalikan semula seri pada gelas yang telah pudar.
Rendamkan kain atau kertas tisu tebal ke dalam cuka pekat dan bungkus peralatan gelas tersebut menggunakannya. Biarkan seketika dan akhirnya bilas. 10. Tanggalkan daki yang melekat pada cawan.
Sental dengan perlahan menggunakan garam atau serbuk-penaik.
11. Menghilangkan daki dan bau hapak pada bekas plastik.
Lap menggunakan kain yang telah dibasahkan dengan cuka.
12. Menghilangkan kesan bau pada bekas makanan.
Masukkan sekeping roti yang telah direndam dalam cuka dan biarkan semalaman. 13. Menghilangkan kesan daki dalam ruang sempit pada balang kaca, pasu bunga kaca, botol dan lain-lain.
Rendamkan dalam cuka untuk beberapa ketika dan bersihkan menggunakan beras atau pasir bagi menanggalkan daki. Ulangi beberapa kali jika perlu.
14. Menghilangkan bau cebisan kuah atau makanan yang telah basi dari dalam peti sejuk.
Bersihkan kawasan yang terkena dengan air dan sabun. Sembur atau renjiskan kawasan tersebut dengan cuka pekat dan keringkan menggunakan kain lembap. Isikan satu bekas kecil dengan ‘serbuk penaik’ dan letakkan di dalam peti sejuk selama beberapa hari.
15. Untuk menanggalkan tanda harga, decal atau label pada bekas.
Bungkus atau tutup dengan kain yang telah direndam dalam cuka. Biarkan semalaman dan tanda harga akan tanggal.
16. Membersihkan bahagian roda pada alat pembuka tin.
Cuci dengan menggunakan cuka pekat dan berus gigi terpakai.
17. Membersihkan minyak pada ‘exhaust fan’ atau cooker hood atau oven.
Celupkan sponge ke dalam cuka pekat dan sapu bahagian berminyak sehingga bersih.
18. Untuk menyegarkan bilik air.
Campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air. Masukkan ke dalam penyembur dan semburkan campuran tersebut di sekitar bilik air.
19. Membersihkan tompokan kotoran pada karpet.
Campurkan 2 sudu kecil ‘cuka’, ¼ garam atau soda bikarbonat. Gunakannya untuk menyental kesan kotoran pada karpet dan biarkan kering. ‘Vacum’ karpet tersebut pada keesokkan harinya.
20. Membersihkan gunting yang melekat (selepas menggunting cellotape etc.).
Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.
21. Membersih serta menghilangkan bau air kencing di atas tilam.
Campurkan sedikit cuka dan air dan gunakan kain untuk lapkan tompokan air kencing di atas tilam. Kemudian, renjiskan kawasan tersebut dengan ‘baking soda’. Biarkan kering buat seketika. Berus atau vakum selepas kering. 22. Membersihkan peralatan perak, gangsa dan pewter yang tercemar.
Campurkan garam dan cuka dengan sukatan yang sama dan jumlah yang sesuai. Gunakan campuran ini untuk menggilapkan peralatan perak, gangsa dan pewter tersebut.
23. Menanggalkan tompokan hitam di dalam periuk aluminium.
Campurkan 1 cawan Cuka dan 1 cawan air. Masukkan kedalam bekas aluminium tersebut dan panaskan campuran cuka dan air sehingga mendidih. Kesan tompokan hitam akan tanggal.
24. Menghindarkan semut.
Semburkan cuka pekat di kawasan di luar pintu, tingkap, sekeliling peralatan atau di kawasan yang sering di hurungi semut.
25. Memulihkan sponge atau pengelap pinggan.
Rendamkan di dalam air dan masukkan ¼ cawan cuka kedalamnya. Biarkan terendam selama semalaman.
Moga bermanfaat untuk semua.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memiliki wajah yang cantik, bukan hanya dengan menjaga pemakanan tetapi sebaliknya penjagaan wajah juga penting. Sebab tu kena bermula sejak awal lagi. Selain penggunaan produk moden, anda juga boleh amalkanpetua-petua yang baik untuk kulit.
Tidak salah mencuba petua ini kerana ia bersifat semulajadi. Jika ada sebarang masalah, hentikan sahaja daripada mencubanya. Senang sahaja!
Masker daripada putih telur antara petua tradisional yang diguna pakai sejak turun temurun. Terbukti rahsia putih telur ada baiknya untuk kulit wajah kita, sehingga diyakini sehingga ke hari ini. Pun begitu, jom cuba lima petua daripada putih telur ini. Pasti lebih membantu.
Putih Telur & Madu
Campur sebiji putih telur dan satu sudu besar madu. Kacau sehingga sebati dan sapu ke seluruh wajah dan juga leher. Biarkan selama 15 minit dan kemudian basuh dengan air sejuk. Kulit lebih lembap dan wajah nampak lebih segar.
Putih telur & Yogurt
Campur sebiji putih telur dengan satu sudu besar yogurt. Tambah sedikit gula merah. Letakkan pada wajah dan leher anda dengan secukupnya dan urut dengan perlahan selama 10 minit. Biarkan masker ini selama 10 minit sebelum dicuci. Masker ini dikatakan membantu membuang sel kulit mati dan menegangkan kulit yang makin menampakkan garisan kedut. Wow!
Putih Telur & Oatmeal
Kocakkan putih telur ini bersama dua sudu besar oatmeal. Jadikan ia sebagai pes dan sapu pada seluruh kulit muka. Biarkan ia selama 20 minit dan alamilah perbezaannya secara natural. Sentiasa lakukan hingga terasa kesannya pada anda.
Putih Telur & Lemon
Campurkan sebiji putih telur bersama dua sudu besar jus lemon. Tambah sedikit madu asli. Kocakkan kesemua bahan ini sehingga menjadi buih dan sapu ke wajah dan leher. Tunggu selama 30 minit sebelum anda membasuhnya.
Jus lemon membantu menghilang dan meredakan bintik hitam, kulit mati dan minyak berlebihan manakala putih telur menjadikan kulit lebih tegang. Manakala madu pula membantu meningkatkan lembapan yang hilang.
Putih Telur & Cuka Epal
Campur dua sudu besar cuka epal dengan sebiji putih telur dan gaulkan sehingga sebati. Sapu pada seluruh wajah dan biarkan selama 30 minit.
Kemudian bersihkan dengan air yang mengalir. Cuka epal akan membersih wajah dan melegakan kulit sementara putih telur akan menegangkan kulit.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila bab sental tandas, pasti ada ibu-ibu yang mengeluh kerana harus menyental selalu bagi memastikan ia sentiasa bersih. Sebenarnya ada banyak cara bersihkan tandas berdasarkan petua atau tips yang telah dipraktikkan sejak sekian lama.
Tapi kali ini admin ingin kongsikan tip dari puan Suhaili Baharudin yang membuat sendiri bahan untuk mencuci tandas bagi menghilangkan segala kelodak. Jom buat!
DIY toilet bomb!
Lubang toilet yang berkeladak menakutkan mata tu boleh dicuci semudah abc. Campakkan saja seketul selesai masalah.
Jom buat.
Bahan-bahan
1 cup – Sodium bicarbonate (baking soda)
1/4 cup – citric acid
(boleh cari di kedai bakery)
1 sudu hydrogen paroxide
(cari di farmasi) Cara membuat:
1. Campurkan 2 bahan tadi. Gual rata dan pastikan tak berketul. 2. Masukkan 1 sudu hydrogen paroxide. Jangan lebih. 3. Gaul lagi. Ia sepatutnya rupa begini. Tak berketul dan tak terlalu basah. 4. Masukkan dalam bekas acuan. Biarkan 4 jam. 5. Selepas 4 jam keluarkan dan isi lah dalam bekas comel. 6.Bayangkan ni mangkuk toilet rumah kita. Campakkan saja seketul dan masalah selesai. Segala yang berkeladak tu akan hilang. Jangan lupa share! 7. Tanpa toksik dan harsh chemicals.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi meraikan kebanyakan staf berbangsa Melayu, pasangan pengantin berbangsa Cina sepakat memilih busana pengantin tradisional Melayu untuk majlis perkahwinan mereka.Menerusi perkongsian dari satu akaun...