Bukan Sahaja-sahaja Buat ‘Family Planning’. Inilah Sebabnya Kena Tahu Ilmu Parenting. Jangan Main Redah

Share

Pelbagai pendapat mengenai Family Planning ini. Ada yang kata untuk menjaga kualiti dan ada yang merasakan ianya rezeki. Lain pasangan lain pandangan. Yang penting kita kena menghormati setiap keputusan yang mereka ambil.

Pandangan lelaki Cina mengenai family planning

1. Struggle In Motherhood & Fatherhood Are Real
Kami berdua mengaku yang kami memang struggling dalam fasa parenthood.
Bila ada anak, saya kena ubah diri dan belajar banyak perkara agar perkara yang terjadi di zaman kanak-kanak saya, tidak berulang kepada anak saya.

Kami berdua masing-masing ada trauma zaman kanak-kanak. We are still healing from it. We are trying hard to break the cycle for the sake of our son.

Cuba sedaya upaya untuk elak anak heal trauma dari kami berdua apabila dia dewasa kelak.

2. Ada Banyak Masa
Masa untuk saya dan wife belajar mengenai karakter anak & parenting skill lebih banyak.

Nak jaga emosi baby, jaga emosi anak sulung, jaga emosi wife dan pada masa yang sama nak jaga emosi diri sendiri lagi?

Tipulah semua smooth kan? Ada masa badai melanda juga. Belum termasuk tsunami. Huhu.. even baru sorang anak.

Ada masa saya juga terbabas bila marah anak. Rasa teruknya sebagai seorang ayah.

3. Hormati Hak Dan Badan Isteri
Actually sebelum berkahwin, wife saya ada bagitau yang dia tak nak ramai anak sebab dia anak sulung dari 9 beradik. Emosinya banyak terabai kerana menjaga adik-adiknya yang semuanya jarak rapat-rapat. Setiap orang hanya jarak 2 tahun saja.

Dia pula ada mindset yang lelaki akan berubah bila dah ada anak. Itu yang dia nampak dan lalui masa kecil dan remajanya. Jadi dia fikir, kalau anak tak ramai, senang dia nak berdikari.

Haha..nak angkut anak lari ke apa senang kalau tak ramai.

Bunyi macam kelakar juga. Tapi kasut orang tak sama kan? Hanya yang pernah pakai kasut seperti tu saja yang faham betapa peritnya nak jaga 9 adik dan imbangkan pelajaran.

Tapi saya okay saja sebab saya sendiri pun taknak anak ramai. Paling-paling pun 2 orang saja.

Namun, wife saya memang mengalami trauma yang teruk selepas bersalin sampai ke harini.

Isteri perlukan masa untuk recover dari sakit bersalin dan nak kembalikan bentuk badan macam sebelum bersalin.

Lagi satu, yang mengandungnya isteri. Yang hadap morning sicknessnya isteri, yang hadap sakit dan azab sakit bersalinnya isteri. Saya tengok sendiri wife masih muntah-muntah beberapa jam sebelum ditolak ke labour room. Kesian sangat.

Belum lagi tambah keserabutan isteri bila menyusukan anak. Serius keadaan ketika tu macam kelam kabut dan tak terurus diri isteri dan anak.

Jadi, tak salah pakai perancang kalau kita nak isteri cantik selalu. Suami kenalah support dan bagi kerjasama.

4. Financial
Haha.. sebenarnya ini isu pokok dari semua di atas.

Mungkin ada yang kata, anak itu rezeki. Rezeki tu sentiasa ada. Tak dinafikan.
Esok masih hidup pun dikira rezeki. Dapat makan hari ini pun dikira rezeki, kan?

Anak saya perbelanjaan seorang pun RM1,000 sebulan.
Pengasuh RM500
Insurans RM200
ASB RM200
Pampers RM120

Masa ni 100% anak minum susu ibu. Bukan susu formula. Boleh bayang kalau susu formula punya harga dikira sekali? Tu belum termasuk makan minum, pakaiannya lagi.

Dah menelan belanja RM1k lebih.

Paling kurang, bagilah kita sebagai parents dapat bernafas dan selesa dengan kedudukan kewangan sebelum menambah anak.

Duit simpanan atau lebih RM1,000 tu boleh guna untuk hantar ke tadika yang berkualiti sikit.

Tambah pula sekarang anak dah masuk tadika. Annual fees segala bagai dah beribu-ribu.

Saya pun sedia maklum early childhood education memang mahal. Nak yang terbaik, memang kena usahakan juga.

Tak pelik kalau Chinese memang tak memiliki ramai anak. Anak mostly 2 orang saja. Paling ramai pun 3 orang. 4 orang tu kira ramailah bagi keluarga cina. Haha
Tanggungjawab perlu seiring dengan rezeki.

Family Planning Indeed Is Very Crucial.

Setelah mengambil kira semua faktor di atas, kami decide sorang saja anak buat masa ini cukup. Huhu..

Jangan pedulikan orang kata mental koyak ke apa sebab mereka tak berada di tempat kita.

Sumber : Adam Kelvin

Hakikat itu pahit and it’s way too expensive to have another baby. Reality check.

Tip / Petua

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club