Tidak malu berkongsi cerita mengenai pengambilan jamu sejak kecil lagi, akui Tya Ariffin yang merupakan isteri kesayangan Asyraf Khalid ini, ibunya sudah ‘memaksa’ dia mengambil jamu sejak berumur 6 tahun lagi. Sementelah kedua orang tuanya adalah penjual jamu di Palembang. Tetapi jamu untuk kanak-kanak tidak sama seperti untuk orang dewasa.
“Ayah saya adalah penjual jamu manakala ibu pula pengamal tegar jamu. Jadi, kami adik-beradik memang harus makan jamu sejak dari kecil lagi. Dulu, saya selalu lihat ibu buat sendiri rumusan jamu dan paksa saya makan sejak umur enam tahun sampailah sekarang,” ujar Tya lagi yang kini mengeluarkan produk jamu Mutyara Beauty.
Biar baru berusia 24 tahun, namun bagi Tya penampilan dan penjagaan diri harus bermula dari awal lagi. Justeru, pemilihan produk jamu adalah atas minat dan juga melihat potensi produk berkenaan.
“Mungkin orang lihat produk yang saya pilih berbeza dengan kebanyakan selebriti lain yang lebih gemar memilih produk komersial seperti tudung, minyak wangi dan kosmetik. Saya mahu mengubah skeptikal golongan remaja dan wanita moden hari ini yang melihat jamu hanya sesuai untuuk wanita berusia semata-mata.
“Jika dahulu, ibu-ibu yang memakan jamu terpaksa menyediakan sendiri ramuan . Selepas dicampur, ditumbuk, dikisar dan dikupas secara tradisional. Tetapi untuk produk ini, saya modenkan dan tukar dalam bentuk cecair selain dijual dengan harga mampu milik bagi memudahkan wanita hari ini yang terlalu sibuk dengan kerjaya untuk mengamalkan jamu.
Ads
“Sebelum ini orang anggap jamu hanya untuk orang tua dan wanita selepas bersalin sahaja. Tetapi mereka tak faham sebenarnya khasiat semula jadi jamu bagus untuk semua wanita tidak kira peringkat umur.
“Mutyara Beauty boleh diminum seawal usia berusia 16 tahun, anak dara, ibu muda dan semua wanita yang mementingkan penjagaan dalaman dan menghargai diri serta orang tersayang,” kongsinya sambil mengakui belum terfikir untuk hamil lagi memandangkan anaknya, Arif masih memerlukan perhatian dan mahu melihat dia membesar dan matang sebelum menambah anak lain.
Ads
Cukup rapat dengan anaknya, tidak hairanlah ke mana sahaja Tya pergi pasti akan ada Arif Jiwa Asyraf disisinya.
“Arif masih menyusu badan, jadi sukar untuk berenggang dengan saya. Sebab itulah saya akan bawa dia ke mana sahaja saya pergi. Tidak ada masalah dalam merancang masa bersamanya. Malah lebih mudah bisnes sendiri kerana masa itu kita boleh rancang sendiri.
“Soal bahasa pertuturan, kalau diikutkan Arif lebih kepada bahasa Indonesia kerana pembantunya juga dari sana. Manakala Asyraf lebih suka berbahasa Melayu dan Inggeris manakala saya pula bahasa Indonesia.
Ads
“Tapi bagus juga sebab Arif boleh belajar banyak bahasa termasuklah bahasa Jawa dan sebagainya. Tetapi pada saya, kami mahukan yang terbaik untuk keluarga dan bersyukur dengan apa yang kami peroleh. Jadi, jalani kehidupan seadanya.
“Malah saya dan suami tidak pernah memaksa Arif sebaliknya apa yang dikongsi di Instagram itu adalah keletah dia yang dirakam secara semula jadi. Saya tidak paksa dia untuk senyum atau buat perkara yang dia tidak mahu,”jelas Tya lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
“Hasil tangan hingga ke anak cucu dapat di kenang.. dibawa seantero dunia.” Demikian antara komen warga maya tatkala melihat wajah insan di sebalik tulisan khat pada Wang Kertas Malaysia.
Jika anda perasan, di setiap wang kertas itu ada tertulis perkataan ‘Bank Negara Malaysia’ dan ‘Ringgit Malaysia’ dalam tulisan Jawi. Walaupun tulisan khat itu kecil saja, tetapi ia membawa 1,000 makna kepada penulis khat tersebut yang dikenali sebagai Haji Sulaiman Awang.
Ahmad Fedtri Yahya menerusi facebooknya berkongsi gambar pemilik tulisan khat berkenaan.
Memori. Inilah orangnya… tulisan khat pada duit kita tu, Hj Sulaiman Awang yang tulis 🙂 CNN pun cari dia nak interview 😊
Mengimbau kembali detik bersejarah itu, Sulaiman berkata, beliau didatangi seorang lelaki pada 1997 yang memintanya menulis Bank Negara dalam tulisan Jawi di atas sekeping kertas.
“Lelaki yang bernama Haji Muhamad itu kemudian menghantar tulisan saya ke Bank Negara Malaysia (BNM). Tidak lama selepas itu saya dimaklumkan mereka menerima tulisan saya untuk diabadikan pada wang kertas negara ini,”
Menurut Sulaiman, ketika itu perasaannya bercampur-baur antara tidak percaya dan gembira apabila melihat tulisannya pada wang kertas dari nilai RM2 hingga RM1,000. “Saya tulis sekali saja dan tulisan saya terus diterima. Sudah tentu saya gembira dan rasa amat dihargai,” katanya.
Sebagai penghargaan, katanya, beliau menerima koleksi istimewa wang bercantum not RM2 dan RM10 daripada BNM.
Di usia emasnya kini, Sulaiman tidak mensia-siakan bakat yang dimiliki dan masih mendapat permintaan menulis khat.
Antaranya, tulisan khat Sulaiman boleh dilihat pada papan tanda dan kepala surat Masjid Muadz bin Jabal di Setiawangsa.
Bakat Sulaiman turut diwarisi anaknya yang juga dramatis terkenal, Intan Azura sehingga memenangi pertandingan khat ketika di sekolah, namun sayangnya ia tidak dikembangkan.
Selebriti yang juga usahawan berjaya, Neelofa mengamalkan 4 perkara ini sebagai rutin sebelum melelapkan mata. Akui nya, rutin tersebut dilakukan kerana bimbang diri tidak bangun semula dari tidur keesokan hari.
Perkara itu pernah dikongsikan Neelofa Menerusi Instagram @kasihneelofa penghujung tahun yang lalu.
“Empat perkara penting ini boleh kita lakukan mulai hari ini. Jadikan habit dan sebagai rutin.
“Andai diberi kesempatan bangun semula pagi esoknya, maka kita bersyukur.
“Andai dah tak bangun, sekurang-kurangnya kita sudah langsaikan segala sebelumnya. Mulai hari ini, okey, 1 Disember. Bismillah.”
Berikut adalah 4 perkara yang akan dibuat oleh Neelofa sebelum tidur:
1-Selesaikan yang wajib (solat isyak).
2-Selesaikan semua konflik dengan manusia lain. Kalau tak boleh selesai, maafkan.
3-Ambil masa bercakap dengan Allah. Duduk seorang diri dan cakap apa yang kita lalui, Apa kita jumpa hari itu dan apa kita harapkan kebaikannya. Hanya bercakap sahaja.
Contoh: “ Ya Allah, hari ini aku berjumpa dengan seorang ini Ya Allah, baiknya dia, banyak dapat belajar daripadanya, lindungi dia Ya Allah.
4-Selesaikan semua urusan besar. Tulislah pesanan atau wasiat bimbang-bimbang kita dah tak bangun esok hari.
Soda Bikarbonat banyak manfaatnya baik dalam pembuatan kek mahupun kecantikan. Kalau nak kulit wajah berseri dan bebas jerawat bolehlah gunakan bahan ini.
Nota Penting
Petua ini hanya sesuai untuk kulit muka jenis normal. Kulit sensitif sila elakkan guna soda bikarbonat.
Masker Scrub 2 In 1 yang dikongsikan oleh Awatif Osman ini bantu buang jauh-jauh kulit kusam. Yang pasti ia juga menjimatkan kerana cuma guna dua bahan dapur anda saja.
Bahan-bahan
2 biji limau nipis@ limau kasturi atau 1 biji yang sederhana.
1 sudu besar soda bikarbonat
Langkah Demi Langkah
Potong limau nipis secara melintang. Ni PETUA mak mak kita, kan? Katanya air limau akan keluar banyak.
2. Picit limau pada soda bikarbonat.
3. Terkejut ya? Normal. Bagi ia dan kita masa untuk bertenang ye.
Gaul sekata hingga boleh rasa tepek di muka.
Cara Pakai
Dah okay? Boleh tonyoh pada muka untuk buat scrub. Tonyoh lembut-lembut je. Baru lah ayu dan kewanitaan. Atau tepek kat muka jadikan sebagai masker sambil tengok drama.
Jangan simpan untuk esok ya. Habiskan je. Kalau tak sengaja terbanyak, hulur kat jiran tetingkap. Barulah hubungan #TillJannah. ❤
Syarat Pakai Masker Alami
Kulit Jenis Kering: Pilih masker madu, minyak zaitun, oatmeal.
Kulit Berminyak: Pilih masker lumpur, pisang, madu, putih telur, tomato, lidah buaya dan strawberi.
Sebaiknya pakai 2-3 kali seminggu sudah memadai. Tak perlu pakai setiap hari.
Masker jenis skrub pula sebaiknya pakai seminggu sekali saja.
Tunggu sampai masker kering dalam 30 minit, jangan tersenyum atau ketawa mahupun menggerakkan otot wajah.
Semasa mencuci wajah, gerakkan jari dalam gerakan memutar.
Hati-hati semasa memakai masker, jangan sampai kena bahagian mata.
Sumber/Foto: Awatif Osman
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...