Biasalah isteri yang suka membebel, suami kena tadah aje dengar luahan isteri. Kadang ia hanya sekadar luahan hati, suami yang memahami akan tenang dengan situasi itu.

Malah, ia juga menjadi penanda aras bahawa isteri mulai penat dengan situasi rumahtangga yang menguruskan pelbagai hal.

Suami harus ambil perhatian untuk ini. Agar emosi isteri stabil. Bukan bermakna isteri itu queen control, tapi suami yang prihatin akan sentiasa mendengar apa sahaja masalah isteri.

Begitu juga dengan perkongsian ini.

Isteri Kuat Membebel Di Rumah, Suami Kena Tenang Bukan Sama Beremosi

Terkedu bila ramai suami yang mengadu penat dan rimas dengar isteri membebel di rumah.

Ada juga yang sanggup curang kerana kononnya dah tak tahan dengar isteri membebel.

Tapi apa PUNCA isteri kerap membebel?

Pada awalnya ingat orang perempuan ni kuat membebel sebab memang suka suka, atau sebab fitrah wanita mesti mulut banyak cakap.

Ads

Tapi salah !

Mereka tak membebel tanpa sebab. Mereka hanya membebel bila mereka mahu suami ‘dengar’ bahawa mereka sedang rasa penat, rimas, sibuk dan stres menguruskan rumah seorang diri.

Perasan tak, makin kita buat dunno makin kuat dan panjang bebelan isteri..

Selalunya, isteri seorang sahaja yang sentiasa rimas dan tak keruan bila lihat anak-anak tak mandi, rumah bersepah macam rumah terbiar, timbunan baju belum basuh & lipat, barang sekolah anak belum pack, nak menyapu, nak masak.

Kita yang dengar deretan tugas ni pun dah rasa penat, apatah lagi isteri yang membuatnya rasa 2x ganda penat.

Ditambah pula dengan tekanan tempat kerja, tekanan peribadi dan tekanan dari anak-anak membuatkan emosi si isteri koyak dan memancut-mancut keluar suara merungut dan mengungkit hal lepas.

Ads

Lagi bahaya jika mereka pendam perasaan kacau tu dalam hati senyap-senyap. Masa ni benda kecil pun dah boleh trigger si dia untuk menjadi marah dan beremosi. Akhirnya anak-anak jadi tempat si isteri melampiaskan jiwa kacau tu.

Sebab itu, saya ingin berpesan pada semua suami di luar sana jangan lah cepat melenting dan buruk sangka bila isteri membebel dan mengomel, sebaliknya bertenang dan jadi pendengar yang setia kerana setiap bebelan yang keluar dari mulut dia itu ibarat detoksifikasi racun yang merosakkan jiwa.

Bahkan ada kebaikan dengar isteri membebel ni. Menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti Michigan lebih kerap isteri membebel pada suami semakin kurang risiko suami menghidap penyakit kencing manis.

DENGAR LUAHAN ISTERI

‘Bukan Queen Control Pun Jika Suami Tadah Telinga Dengar Cakap Isteri’. Itulah Penambah Bahagia Rumahtangga. 

Ads

Lebih baik tadah telinga dengar bebelan tak rugi apa pun daripada dapat penyakit kencing manis rugi tak dapat makan manis-manis.

Nampak isteri membebel tak henti-henti jangan lari lesap ntah ke mana, cuba peluk isteri panggil duduk sebelah. Buat slow talk hati ke hati.

Pastikan keperluan fisiologi seperti makan, tidur dan rehat isteri kita cukup barulah perkataan yang keluar dari mulut mereka menyenangkan hati kita.

Suami patut jadi ‘ubat’ penenang bila isteri tak dapat kawal emosi, bukan jadi ‘api’ yang menambah derita emosi si isteri.

Tak akan jadi queen control pun jika suami tadah telinga dengar cakap isteri, malah lebih bahagia.

Sumber: Mohd Fhais

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI