“Bukan Nilai Mama Kisahkan, Tapi Keikhlasan & Kasih Sayang Cik B.” DSV Terharu Anak Buat Kejutan Serah RM100k Hasil Jualan Produk Snek Langsai Hutang Aishah

Share

Di sebalik kemelut yang melanda penyanyi Aishah dan  Dato’ Seri Vida berkenaan pemberian hadiah dalam satu program realiti tv, Gegar Vaganza musim keempat, terselit satu kisah yang cukup  menyentuh hati.

Dato Seri Vida yang perlu membayar wang tunai berjumlah RM80,000 seperti yang tertera pada tag harga barang kemas tersebut, serta membuat permohonan maaf kepada Aishah akhirnya berbuat demikian.

Dalam satu sidang media di kediamannya,  usahawan kosmetik itu memohon maaf dan akan berjanji melunaskan bayaran tersebut kepada penyanyi tersebut.

Namun, apa yang menyentuh hati adalah pengakuan anak sulungnya yang dikenali sebagai Cik B.  Dia yang muncul dalam sidang akhbar tersebut memberikan bungkusan wang tunai berjumlah RM100,000 kepada ibunya.

“Mama, Cik B tak nak mama guna duit sendiri bayar ganti rugi kepada dia. Guna duit Cik B ni… Tak apa, hari ni Cik B bagi duit kat mama, esok masih ada rezeki lain lagi,” ujar Cik B  yang rupa-rupanya menyerahkan hasil  daripada jualan produk sneknya iaitu Salmon Skin Salted Egg Cik B.

Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin menyerahkan wang dalam mata wang Ringgit Malaysia dan Dolar Singapura ketika sidang media diadakan. Tindakan spontan Cik B itu, nyata telah mengejutkan ibunya. Namun Dato Vida menerima wang tersebut dengan hati terbuka.

Kata Cik B, dia berasa bertanggung jawab membantu ibunya menyelesaikan kemelut dengan juara Gegar Vaganza itu.

“Mama pernah mengadu mengenai masalah ini namun Cik B buat tidak kisah sebab tidak mahu mama sedih. 

“Tetapi Cik B sebenarnya kisah dengan masalah yang dihadapi mama dan ia terlalu berat bagi mama. Dia nampak kuat tetapi bila dia nangis, kita pun turut sama menangis,” katanya lagi. 

Inilah contoh anak yang baik, rezekinya akan berlipat kali ganda lagi kerana ikhlas membantu ibunya.