Hati ibu mana yang tidak pilu bila anak yang tersayang sakit. Jika diberi pilihan, pasti si ibu mahu penyakit itu berpindah milik. Namun ketentuan Tuhan tak siapa yang mampu menghalang.
Bagi pelakon Lana Nordin yang baru melahirkan anak kedua, tiada apa yang diharapkan selain melihat anaknya itu kembali sembuh.
William Daud Mckienzie, tiga bulan bakal menjalani pembedahan jantung, Isnin ini di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur kerana mengalami masalah injap (Aortic Stenosis).
Lana berkata, disebabkan itu juga dia jarang berkongsi gambar atau perkembangan William kepada peminat.
“Saya serba salah apabila ada yang bertanya mengenai William, ini kerana situasi kesihatannya.
Ads
“Begitupun tumbesaran William sangat positif apabila berat badannya naik dari 4 kilogram (kg) kepada 6 kg kini,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.
Katanya, masalah dialami anaknya membabitkan injap aorta yang sempit dan akan memberi bebanan ke atas ventrikal kiri.
“William perlu diberi perhatian lebih terutama di dalam menjalani aktiviti harian, di mana dia perlu mengelakkan aktiviti lasak atau berat.
“Kalau pembedahan tidak dilakukan bimbang jantungnya harus bekerja keras dan apabila usia meningkat dia bakal mengalami masalah jantung bengkak,” katanya.
Ads
Menurutnya, dia berkongsi masalah kesihatan yang dialami William, selain untuk menjelaskan kepada peminat mereka juga tidak menagih bantuan atau derma.
“Kalau ada yang mahu membantu, terima kasih saya ucapkan. Tetapi sebaiknya wang itu disalurkan ke tabung bantuan IJN kerana ada ramai lagi bayi dan kanak-kanak yang memerlukan bantuan anda.
“Pada saya apa yang diperlukan daripada anda semua adalah doa supaya anak selamat menjalani pembedahan Isnin nanti,” katanya.
Ads
Dalam waktu sama, Lana turut memberitahu memandangkan situasi kesihatan William tidak menentu, dia sekeluarga akan menetap lebih lama di sini.
“Saya bersedia untuk kembali bekerja. Kepada mana-mana produksi atau pengarah yang mahu melamar, mereka boleh terus menghubungi saya,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tandas yang harum dan bersih antara yang dititikberatkan kaum wanita terutama ibu-ibu di rumah.
Sebab tu macam-macam petua atau tip dicuba ketika membersikan tandas mahupun bilik mandi. Tetapi ada petua yang sesuai ada juga yang boleh mengundang masalah.
Gambar hiasan
Sepertimana yang dikongsikan oleh puan Syahirah Omar ini berkenaan tip untuk pastikan mangkuk tandas sentiasa wangi dan bersih dengan menggunakan Sabun buku.
Menurut puan Syahirah, tip berkenaan boleh menyebabkan masalah pada ekosistem air dan saliran.
Baru-baru ni viral satu perkongsian di Tiktok, dia ada bagi tip bagaimana nak toilet bowl sentiasa wangi, dan bersih. Caranya dengan dengan memasukkan sabun buku daia dalam tangki flush.
Dan hasilnya memang berbuih la mangkuk tandas.
Hakikatnya ramai tak tahu amatlah tak bagus buat begitu. Sangatlah tak baik untuk ekosistem air dan saliran.
Begini,
Bila terlalu banyak sabun dalam tangki flush tu, kesannya boleh membunuh mikroorganisma yang sepatutnya bertugas dalam proses penguraian dalam loji kumbahan. Maksudnya tak ada bakteria dan kulat baik yang boleh mereputkan najis.
Hasilnya najis kekal bentuk begitu.
Maaf sedikit jijik. Tapi saya nak cerita je apa kesannya.
Kemudian,
Saya terbaca juga kesan buruk lain. Antara sebab lain kenapa tak boleh buat begitu, rubber seal dalam tangki flush tu akan cepat rosak dan tidak dapat menjalankan fungsinya dengan berkesan.
Semuanya disebabkan tindakbalas kimia yg ada pada sabun tersebut menyebabkan air akan terus mengalir ke dalam tandas seterusnya bil air kalian akan tinggi.
Gambar hiasan
Terpaksalah kalian mengeluarkan kos nak repair pula.
Dulu saya cuci tandas seminggu sekali. Tapi sekarang saya biasakan diri cuci tandas setiap kali gunakan. Kalau mandi, terus disiplinkan diri sental tandas. Kalau jamban kalian asing, asal membuang, teruslah berus toilet bowl tu.
Gambar hiasan
Jadi bila kerap mencuci, tak la teruk berlendir berlumut lantai sampai licin bila pijak, kan? Tak payah spend masa yang lama pun sebenarnya. Sekejap je mencuci setiap kali penggunaan tandas.
Bergelar nenek tentu sesiapa pun mempunyai kisah dan jalan cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada anak cucunya. Begitu juga buat Dr. Mahani Razali, Pakar Awal Kanak-kanak yang bergelar nenek di usia muda. Malah apa yang lebih menarik pengalamannya menyambut cucu kembar yang bersalin di rumah. Ikuti perkongsiannya.
Dipanggil nenek mahu pun opah pada usia muda bukanlah satu mimpi ngeri bagi saya. Ia sebenarnya adalah satu anugerah Allah yang sukar diceritakan tentang kebahagian yang dirasai.
Ia juga merupakan pengalaman indah yang perlu dikongsikan kepada orang lain agar merasa bahagia dan menganggap betapa bertuahnya di beri anugerah panggilan ini dalam keadaan diri masih sihat dan bertenaga untuk mendukung cucu kesayangan ke sana sini.
Segalanya bermula 3 tahun dulu bila anak sulung saya, Siti Athirah menyuarakan hasrat untuk berumahtangga pada usia 23 tahun. Pada masa tersebut beliau masih berada pada tahun akhir di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim Perak. Pasangannya juga adalah pelajar tahun akhir di universiti yang sama. Memandangkan saya hanya mempunyai dua orang sahaja anak, maka keputusan ini saya terima dengan penuh redha dan gembira kerana sememangnya saya mengharap kehadiran ahli keluarga yang baru bagi menambahkan lagi bilangan ahli keluarga kami yang kecil.
Sebagai ibu yang berkerjaya, saya sangat positif dengan perkahwinan di usia muda dan saya tidak menghalang atau menasihatkan Athirah supaya merancang dahulu kelahiran anak pertama. Bagi saya, setiap anak yang di lahirkan akan ada rezekinya sendiri yang telah ditentukan oleh Allah subhanahuwataala. Athirah di sahkan mengandung sebulan selepas majlis perkahwinannya dan ini bermakna saya akan menjadi nenek pada tahun yang sama kerana Athirah berkahwin pada awal tahun.
Saya agak bertuah kerana Athirah merupakan anak yang sangat obses dalam melengkapkan dirinya dengan ilmu kehamilan dan ilmu-ilmu persediaan menjadi seorang ibu. Jujur saya katakan, bahawa saya sangat kagum dengan keterujaan Athirah dan mendalami ilmu-ilmu tersebut melalui kelas-kelas berbayar dan juga melalui pembacaan buku-buku serta melalui media sosial.
Sebagai ibu, saya memberi sepenuh kepercayaan kepada beliau dalam usaha mencari ilmu ini memandangkan saya juga bertugas sebagai pensyarah dalam bidang awal kanak kanak. Saya tahu banyak hal-hal yang berkaitan dengan kanak-kanak yang perlu di ketahuinya.
Bersalin di rumah
Adakalanya Athirah sering menceritakan kepada saya hasil penemuaannya dari bahan- bahan bacaan dan saya juga sebenarnya banyak mempelajari pelbagai ilmu baru dari beliau. Cuma hati saya mula berkocak bimbang apabila Athirah menyuarakan hasratnya untuk bersalin anak pertama secara normal di rumah kami sendiri. Saya agak terkedu dan tidak segera memberi persetujuan pada cadangan tersebut.
Sejak dari itu, hati saya mula berdebar-debar dengan kemampuan untuk menghadapi situasi ini. Apa pun saya terus memberi sokongan pada Athirah dengan meminta dia membuat pemeriksaan bayi dalam kandungan secara teratur bagi memastikan bayi tersebut tidak mempunyai apa apa komplikasi untuk bersalin secara normal di rumah. Sebagai ibu saya hanya mampu berdoa dan terus berdoa tanpa henti moga Allah permudahkan urusan ini. Sebagai persiapan untuk bersalin secara normal ini juga, kedua-dua anak menantu saya telah hadir ke kelas melahirkan anak secara normal di rumah.
Alhamdulillah, tepat pada waktunya, Athirah melahirkan bayinya di rumah dengan di temani oleh suaminya dan seorang teman tanpa saya di sisi kerana waktu tersebut saya berada di Johor Baharu kerana bertugas. Saya masih ingat dalam pukul 7.00 pagi lebih kurang, saya menerima panggilan dari menantu saya mengatakan bahawa Athirah telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Syukur.
Debaran saya tidak berakhir begitu sahaja, tidak sampai setahun kelahiran Maryam, saya di kejutkan dengan berita gembira iaitu Athirah hamil lagi dan kali ini disahkan kembar dua. Seperti biasa sekali lagi Athirah membuat keputusan untuk bersalin di rumah juga. Walapun telah ada pengalaman bersalin yang pertama, tapi memandangkan kali ni melahirkan anak kembar, saya sekali lagi diusik rasa bimbang dan ragu.Namum saya buang jauh jauh rasa tersebut dan terus memberi sokongan pada Athirah untuk meneruskan hasratnya bersalin di rumah.
Apa yang paling manis dan pengalaman paling berharga pada saya kali ini ialah, saya bersama sama dengan menantu Hakim sama-sama berganding bahu menjadi bidan bagi menyambut kelahiran kembar Soffiya dan Safiyya. Jarak kelahiran Antara Safiyya dan Soffiya hanya lebih kurang 15 minit sahaja. Tidak berlaku sebarang komplikasi pendaharan pada Athirah dan segala galanya berjalan lancar.Bayi kembar juga sihat dan sempurna
Perlu ingat
Jika ingin bersalin secara normal di rumah, lengkapkan diri sepenuhnya dengan ilmu.
Jalanilah pemeriksaan kandungan bagi mengetahui posisi dan kedudukan kesihatan bayi dengan sepenuhnya dari awal kehamilan hinggalah ke saat saat akhir kehamilan.
Jangan memperjudikan nyawa bayi tanpa ilmu.
Rasa bertuah
Saya rasa sangat bertuah dan bahagia melalui semua proses dan pengalaman ini. Walapun adakalanya berlaku juga pertentangan pendapat antara kami, tapi saya selalu mengambil jalan membuka minda menerima dan sebagai ibu saya akan tetap memberi teguran yang sewajarnya. Pada saya, banyak yang saya pelajari dari Athirah sebagai ibu muda yang berada dalam zaman IT yang serba moden. Adakalanya ilmu ilmu baru yang diperolehinya dan hasil dari perbincangan antara kami telah banyak mengubah persepsi saya tentang banyak perkara juga terutamanya tentang proses kelahiran.
Dalam proses mendidik juga, saya tidak banyak campur tangan urusan mendidik cucu cucu saya. Saya memberi sepenuh kepercayaan pada Athirah dan suami dalam mengurus dan mendidik anak anak mereka.
Bagi memastikan wujud keakraban antara saya dan cucu-cucu, saya memastikan saya mempunyai masa yang berkualiti bersama mereka. Alhamdulillah setakat ini, hubungan kami sangat rapat. Dan sebagai nenek yang berkerjaya dan sebagai persediaan menghadapi usia tua, saya membahagikan masa saya dengan terutur.
Misalnya saya peruntukkan waktu untuk ke surau atau masjid tanpa gangguan cucu-cucu.Di mana ada kesempatan saya akan membawa Maryam terutama mengikuti saya ke mana mana saya pergi terutamanya sewaktu membeli belah. Pada saya, inilah masanya juga untuk saya melayani kerenah cucu.
Nasihat saya pada nenek-nenek dan opah-opah di luar sana, kita boleh membantu dan memantau, tapi biarlah anak-anak yang menguruskan sendiri urusan keluarga mereka. Mereka akan menjadi lebih bertanggungjawab dan lebih banyak pengalaman yang di perolehi. Pengalaman yang dilalui ini akan mematangkan mereka dalam menerima ahli keluarga baru yang seterusnya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Semua pasangan inginkan rumahtangga bahagia walaupun sudah lama mendirikan rumahtangga. Malah pakar telah membuktikan kunci kebahagian sesebuah perkahwinan terletak pada tangan seorang suami yang bijak mengendali emosi isteri. Oleh itu, jika isteri mahu meluahkan isi hati, dengarlah kata-katanya. Sebagaimana yang dikongsi oleh Firdaus Shakirin di laman facebooknya yang sungguh bermanfaat.
Kenapa, sini x ok? tak selesa? apa lagi yg xcukup? Awk dduk je la sini…jgn ikut sgt perasaan awk, jgn ikut sgt kwn2…
“Baiklah abg…saya minta maaf”
Byk isteri yg takut nk meluahkan perasaan mereka…mereka bimbang takut2 ada hati yg terluka atau terasa dgn luahan itu…mereka juga bimbang, apa yg diceritakan itu akan disalahertikan…
Mereka xnak jadi derhaka…xnak dianggap jahat dan tak bersyukur…
Pilihan terakhir, turutkan saja kemahuan dan kehendak suami, apa yg suami suruh, apa yg suami nak…suami, sedarkah apa yg tersirat disebalik pertanyaan tersebut? tahukah kita apa yg seorang isteri ingin memberitahu kita ttg isihatinya? apa yg dia mahu….apa yg dia lalui…apa yg dia rasa…
Kita selalu anggap yg itu hanyalah sebuah “pertanyaan biasa” sedangkan sebenarnya emosi isteri dah sarat, dah byk yg dipendamnya…terlalu byk yg disimpan dan tak diceritakan dan keberanian dia utk buka mulut, bertanya, merupakan caranya utk memberitahu bahawa dia sudah melepasi tahap2 yg dia mampu terima…
Klu kita xfaham, siapa lg yg faham…klu kita xambik apa2 tindakan, siapa lagi akan ambik tindakan?
Setiap luahan isteri itu penting, setiap cerita isteri itu penting dan setiap pertanyaan isteri itu penting…org pompuan akan pendam dan simpan selagi dia boleh but if dia dh xbleh, dia akan suarakan…dia akan ckp…
Peka, prihatin dan ambik tahu…itu isteri kita….
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam dunia moden yang pantas, internet bukan lagi satu kemewahan ia adalah keperluan setiap keluarga moden! Dari si kecil yang sibuk menonton video YouTube,...