
Manusia dijadikan Allah SWT untuk hidup berpasang-pasangan dengan tujuan untuk berkasih sayang dan saling melengkapi antara satu sama lain. Justeru itu perkahwinan adalah langkah sewajarnya untuk pasangan saling membahagiakan.
Begitu juga peranan suami untuk memberikan kegembiraan buat isteri.
Sebagaimana perkongsian ini.
Ada yang pelik kena saya selalu duk bahagiakan isteri.
Saya tak manjakan isteri tetapi nak taknak saya kena cari juga cara macam mana untuk bahagiakan dia.
Ada masa saya akan biarkan isteri saya berehat dan bersantai santai.
Saya akan jaga anak
Saya akan mop lantai
Saya akan cuci tandas
Saya akan buat semuanya
Asalkan isteri saya boleh melepaskan kepenatannya.
Kenapa? Kerana saya nak dia merasa bahagia.
Kenapa saya nak isteri saya merasa bahagia? Kerana isteri adalah jantung dalam rumah saya.
Bila isteri saya tak bahagia
Anak anak akan ikut tak bahagia
‘Emotional state’ seorang isteri dan ibu boleh berjangkit dan mempengaruhi ’emotional state’ anak anaknya sekali
Emak serabut, anak anak pun jadi serabut
Emak pemarah, anak anak pun jadi mudah marah
Emak gelisah, anak anak pun jadi mudah gelisah
Untuk saya jadi bahagia, saya perlukan anak yang bahagia
Untuk saya bahagia, saya perlukan rumah yang bahagia
Untuk ada anak anak dan rumah yang bahagia tak lain tak bukan saya perlukan seorang isteri yang bahagia
Kenapa?
kerana hanya isteri yang bahagia boleh melahirkan dan membentuk anak anak yang tenang dan bahagia
Itulah kenapa di dalam Islam menjaga ketenangan hati isteri adalah sejenis nafkah juga kerana ianya adalah keperluan sebuah keluarga bahagia. Happy Wife, Happy Life
‘Menjadi Isteri Tak Penat, Jika Suami Faham Tanggungjawab.’- Ustazah Noor Laila Aniza Nasihat Agar Rumahtangga Kekal Bahagia

Sudah tentunya hubungan suami isteri ini seperti satu hubungan yang saling melengkapi. Malah akan mendapat manfaat apabila suami isteri bahagia dan gembira dalam rumah.
Pastinya apabila kita berada dalam satu perkahwinan, kita ingin melayarinya dengan penuh ketenangan dan kasih sayang.
Namun, kadang kala, ada segelintir sikap suami membuatkan isteri berasa kecewa dan ‘penat’ dengan sikap tidak membantu mengguruskan rumahtangga.
Sebagaimana perkongsian Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria ini. Namun, jika dilakukan bersama, ia pastinya membahagiakan pasangan.
INI SEBAB ISTERI RASA PENAT
Senyum & simpati saya meneliti luahan rasa seorang wanita. Dia dan suami sama-sama bekerja. Namun kerja rumah dia yg buat dari memasak, memasuh, menyediakan makan pakai, mengurus anak-anak. Suami tolong sikit-sikit sahaja. Akhirnya dia jadi penat dan letih.Sampai tak boleh sentiasa muka manis depan suami. Sampai dia biasa tinggi2kan suara pada suami.Letih, penat, tension atas alasan buat semua sebab wajib taat suami. Pernah saya melihat seorang makcik yg kaya raya,suaminya memang sediakan semua untuknya dan dia tak perlu bekerja.Saya tengok dia iron baju, tiba-tiba dia kata pada saya,
“Makcik ni dah macam hamba dalam rumah ni. Suami balik sekali sekala, sibuk dengan kerja tak habis2…”
JANGAN IKUT RUMAHTANGAGA ORANG LAIN
Kerana itu bila bercakap tentang soal tanggungjawab isteri & tanggungjawab seorang ibu, kita kena faham sebelum bercakap. Kita kena belajar sebelum melalui. Bukan ikut-ikut rumahtangga orang lain. Suami kena faham agama & faham apa yg Nabi ajar. Isteri kena faham agama & faham apa yg Nabi ajar. Bukan ikut budaya Melayu. isteri buat kerja bagai nak rak, suami duduk relax. Atau isteri buat bnyk sgt kerja, suami tolong sikit2…Allah hu Akbar! Lepas tu masam muka pada suami yg hakikatnya Nabi dah cakap org yg masam muka pada suami ini, Allah melaknat dia sampai dia berbaik dgn suaminya kembali…Sebab tu perempuan yg baik ialah perempuan yg bila suaminya memandang dia, suami dia akan rasa senang & bahagia. Tapi bagaimana nak muka manis kalau bahu asyik terbeban kerja rumah & urus anak tak pernah habis.
JANGAN IKUT BUDAYA MELAYU TAPI IKUT CARA NABI AJAR
Wajib bagi wanita bercantik-cantik untuk suami, menyayanginya sepenuh hati, berlemah lembut padanya,tidak meninggikan suara,setia & taat selagi tidak melanggar perintah Allah,berkata baik padanya dan sentiasa syukur & bermanis muka. Berapa ramai wanita buat kerja rumah macam nak mati, tapi muka amat susah nak manis dgn suami, tengking2 suami,susah nak senyum dgn suami, ada pula mood2 hari ni nak bercakap, esok nak diam. Ada pula bertekak pasal kerja rumah tak habis-habis.
Jangan ikut budaya Melayu. Ikut apa yg Nabi ajar.
Saya berforum dengan penceramah & pakar kaunseling rumahtangga terkenal, orang datang padanya untuk cari jodoh, org datang padanya juga untuk bercerai.Namanya TUAN HJ HUSSIM, sahabat baik Dato Fadzilah Kamsah. Lebih kurang seusia beliau. Dia mengaku sangat bahagia bersama isterinya…
Katanya,” Sy bangga nak bagi tahu semua, dulu waktu anak-anak kecik,sayalah tukang cuci punggung anak2, salin lampin, sampai anak pancut kat muka, saya lah tukang basuh baju lampin semua…tu kerja saya…Isteri sy kata, abg, malam2 abg ambik alih buat kerja tu semua ok…kita sama2 kerja…saya nak bagitahu dalam rumahtangga, suami kena rajin.Tak boleh malas…Lani dah senang, baru saya cari pembantu kat isteri saya. Tapi saya bangga nak bagi tahu itu yg sy buat dalam rumhatangga selama ini.Jemur baju kat luar, jiran sebelah tegur. Semua tu kerja saya dan sy tak malu mengaku..”
SUAMI KENA RAJIN BARU ISTERI TAK PENAT
Berforum pula sy dgn USTAZ NIZAM KADIR, Tanyalah Ustaz TV9 katanya..suami kena rajin, sampai siapkan makan untuk isteri sampai isteri boleh mkn, siapkan pakai sampai suami tolong iron baju isteri, siapkan rumah sampai suami yg jaga kebersihan rumah, mengemas semua suami, Habis isteri? Isteri sediakan diri untuk suami, bercantik2,picit2 suami, bermuka manis. Kalau isteri buat kerja rumah, isteri dapat pahala, Sebab tu kalau sama2 kerja, sama2 buat, tapi suami kena lebih sebab tu memang tanggungjawab suami. Isteri kalau buat lebih, suami jangan lepas tgn pula, kena ada belas kasihan sebab ni bukan tugas isteri.Tapi hari ini perempuan buat kerja sampai tak ada masa rehat langsung, Mana tak tarik muka, mana muka tak nampak penat.Mana tak komplen suami. Macam mana nak bahagia rumahtangga.Kita hari ni org Melayu nampak suami buat lebih sikit, kita kata isteri dia queen control, Padahal itu yg Islam suruh. Org perempuan buatlah kerja macam2, dlm hati dok menyumpah seranah, dalam hati dok kata nak redho tapi tak ikhlas2 juga, sia2 saja.Last2 penat dpt, dosa pun dpt”
MEMETIK ARTIKEL USTAZ ZAHAZAN MOHAMAD:
“Menurut pendapat masyhur kalangan EMPAT MAZHAB, seorang isteri tidak diwajibkan melayani suaminya iaitu menyediakan makan, mencuci pakaian dan seumpamanya. Seandainya isteri melakukannya, ia hanyalah sebagai kesopanan atau akhlak mulia terhadap suami. Bukan kerana kewajipannya.Oleh itu, jika suami menuntut isterinya atas masalah ini ke pengadilan syariah, maka tetap isteri tidak boleh dipaksa (tidak diwajibkan) melayani suaminya. Maka, sangatlah adil kalau suami bekerja, memeras keringat untuk menanggung kehidupan keluarganya. Sedangkan isteri bekerja di rumah melayani kepentingan keluarga.
Jika isteri bekerja di luar rumah (sama2 mencari nafkah), maka sudah seharusnya suaminya turut membantu menyelesaikan pekerjaan di rumah. Apalagi jika mereka mempunyai anak yang masih kecil”
Rumahtangga masing-masing, masing-masing uruskan, Jangan kita menjadi orang yang memecah belahkan rumahtangga orang lain kerana orang yang memutuskan silaturahim tidak akan cium bau syurga kata Nabi. Jangan kita memandai-mandai menilai mengikut mata kasar kita sedangkan kita tidak belajar dan tidak ada ilmu. Ikutlah acuan yang Nabi ajarkan. Saidatina Fatimah sampai kasar tgnnya mengisar gandum, kerana Saidina Ali bekerja di luar rumah. Maka Fatimah menjaga di dalam rumah.Namun Saidina Ali yg bekerja luar rumah juga turut mengadu sakit dadanya yg amat sgt, kerana dialah tukang angkut air untuk keperluan keluarganya dan dialah juga yg turut sama membuat kerja2 rumah kerana dia tahu itu kerjanya, Saidatina Aisyah melaporkan Nabi ketika di rumahnya, bagindalah yang paling bnyk senyum pada isterinya, yg paling bnyk khidmat dan buat kerja rumah untuk isterinya….
Menjadi wanita tidak penat. Jika suami faham tanggungjawab. Menjadi suami tidak penat, bilamana semua beban kerja hilang dgn melihat senyuman, kecantikan dan kasih syg seorang isteri, Adilnya Islam Sama-sama bantu membantu. Sama-sama memuliakan antara satu sama lain.
Semoga Allah Ampunkan kita semua.
Kredit: Noor Laila Aniza Binti Zakaria
Masak Bubur Nasi 10 Minit Sahaja, Rugi Ibu-ibu Tak Cuba Petua Ni!

Di hujung minggu, sesekali kita sediakan bubur nasi buat anak-anak kita. Saja bertukar selera. Memang ‘layan’ juga dan makan bertambah dengan deretan lauk pauk ringkas. Pun begitu nak sediakan bubur nasi pada anak-anak ambil masa yang agak lama. Maklumlah
nak tunggu hingga nasik benar-benar lembik dan jadi bubur bukan ambil masa yang singkat.
Sementara bubur nak masak, perut berkeroncong minta diisi. Anak-anak pun mulalah masuk ke dapur tanda kelaparan melanda. Sebenarnya ada banyak teknik dan langkah untuk memasak bubur dengan lebih cepat dan pantas.
Ada sesetengah daripada kita yang membekukan terlebih dahulu beras di waktu malam hari dan keesokkan harinya barulah dimasak seperti biasa. Lebih cepat dan pantas.
Antara cara lain yang anda boleh cuba adalah dengan mengikut perkongsian yang dikongsikan di blog hatibungasakura.blogspot.my ini. Menarik juga cara yang dikongsikan olehnya ini. Jom cuba.

Korang tak rasa ke lamanya bubur nasi nak kembang bila masak. Berkeroncong perut nak tunggu bubur siap.. huh. Ni ada petua supaya senang je bubur korang masak. Jom cuba!
Caranya:
1. Tanak nasi macam biasa dulu.
2. Lepas masak, masukkan ke dalam dalam pengisar. Tuang air sampai tenggelam nasi tu..dan kisar halus.
3. Kemudian masuk semula ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain seperti ayam. Saya letak sup bunjut, ayam dan kentang. Halia jangan dilupa, nanti baunya wangi dan sedap.
4. Bila kentang dah empuk terus angkat. Yummy..Tak sampai 10 minit korang dah boleh hidang.. nyum nyum.
Selamat mencuba!
Sumber: hatibungasakura.blogspot.my
“Tak Mudah Sampai Tahap Ni, Harap Saling Menghargai.” Kamal Adli & Uqasha Senrose Sah Bergelar Suami Isteri Sebulan Lalu. Tahniah!

Tiada angin tiada ribut, peminat seni tanah air dikejutkan dengan berita pernikahan Selamat Kamal Adli & Uqasha Senrose. Pasangan sama cantik sama padan ini sah bergelar suami isteri pada 5 November yang lalu.
Memetik laporan menerusi portal Astro Gempak, Kamal sah bergelar suami kepada Uqasha dengan dua kali lafaz. Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin disaksikan jurunikah Tuan Izzuddin Hj Abdul Mutalib tepat jam 9.39 pagi.
Kamal menyerahkan wang tunai sebanyak RM22.50 sebagai mas kahwin. Pengantin perempuan juga turut menerima tujuh dulang hantaran dibalas tujuh dari pihak pengantin lelaki pula.

Dalam majlis yang diadakan seawal 7.30 pagi itu, beberapa wajah popular turut menjadi saksi upacara pernikahan mereka antaranya adik-beradik Uqasha, Idayu, Datin Nina Juren dan Michael Ang.Pasangan pengantin kelihatan cukup cantik dan segak bergaya mengenakan persalinan daripada pereka Shanell Harun.
“Alhamdulillah, kami sudah bernikah akhirnya. Selepas beberapa kali perancangan tertunda kerana situasi semasa pandemik COVID-19, ia akhirnya dipermudahkan.
“Hanya 100 orang saja tetamu yang hadir. Terima kasih juga kepada ahli keluarga kami yang menghormati permintaan kami kerana terikat dengan hak eksklusif Astro untuk perkahwinan ini. Tarikh asyik bertukar, tapi lega lepas satu beban.
“Saya doakan semoga sayang jadi isteri solehah, tahan dengan perangai saya. Sama-sama bina hubungan, jaga bahtera yang kita ini. Bukan mudah untuk sampai tahap ini. Harap kita boleh saling menghargai . I love you.” Ucap Kamal buat isteri kesayangannya.
Sementara itu, Uqasha mendedahkan tiada niat langsung mahu berahsia.
“Dengan prosedur operasi standard (SOP) dan tarikh bertukar tukar, memang stres jadinya. Nak ajak semua (tetamu) pun terbatas. Memang jemputan terhad.
“Terima kasih ambil saya sebagai isteri, saya janji akan dengar cakap, tak melawan dan cuba sedaya upaya untuk tak kurang ajar.” Tulus ucapan Uqasha buat suami tercinta.
Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada April lalu dalam majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara.
Kamal turut membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung Disember tahun lalu.
Hubungan cinta mereka mula menjadi perhatian peminat selepas digandingkan dalam drama arahan Michael Ang berjudul, Setelah Terlafaznya Akad.
ARTIKEL MENARIK: “Jiran Sepakat Membawa Berkat.” 8 Keluarga Ni Ubah Lorong Terbiar Jadi Kebun Taman. Bukan Je Cantik Dapat Rasa Hasilnya!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club