Perkongsian Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha sering meraih perhatian.
Menerusi hantaran terbaru di Instagram Dr Muszaphar berkata seawal jam 5.30 pagi anak-anaknya akan bangun untuk persiapan ke sekolah.
Artikel trending: Pada Usia 50 Tahun Azah Aziz ‘Maintain’ Cantik, Tak Buat Pembedahan, Makan Dua Sudu Nasi Je
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Meskipun sibuk, anak-anaknya tidak ketinggalan untuk mengikuti kelas agama, kelas tambahan dan aktiviti riadah seperti kelas Taekwando dan kelas renang pada waktu petang.
Artikel popular: Remaja Ini Raih Perhatian Mahasiswa di Univesiti Malaya,Tak Sangka Rupanya Ini Sebabnya.
Atikel popular: Pernah Curi Motorsikal, Pelajar Juvana Ni Tak Sangka Dapat
Rutin kami biasanya pada pukul 530 pagi. Eusoff & Emelia, kami yang jadi ‘jam’
Mula-mula perempuan….
Kemudian kembar lelaki, akhir sekali kembar yang kecil.
Tarik nafas kami
Kemudian pergi kerja
Kami menjadualkan kehidupan kami di sekeliling anak-anak kami.
Semua aktiviti mesti berdekatan dalam masa 20 minit.
Sama ada Sekolah, Renang, Taekwando,
Seni, dsb
Sanggup pindah rumah semata-mata nak dekat semua tempat ni.
Dan salah seorang daripada kita mesti berada di sana apabila mereka kembali..
Menyediakan mereka untuk kelas seterusnya. Biasanya semasa rehat tengah hari.
Begitulah keadaannya.
Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina telah mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan telah dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah, serta sepasang kembar, Eusoff dan Emilia.
Nyata bukan calang-calang untuk uruskan 6 orang anak apabila masing-masing mempunyai kerjaya. Apa yang pasti pengurusan masa itu perlu diuruskan dengan sempurna.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club