
Bukan mudah untuk berjaya. Begitu juga dengan dunia perniagaan. Bukan sahaja soal modal tetapi tanggapan orang mengenai individu yang melakukan perniagaan.
Ada tanggapan yang membina dan ada juga tanggapan sebaliknya. Sebagaimana perkongsiannya ini begitu menyentuh hati.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Persepsi umum terhadap orang berbisnes.
1. Adik beradik – “Along tu banyak duit buat bisnes. Tapi minta pinjam duit pun tak boleh nak bagi. Kedekut. Berkira betul dengan adik beradik”.
2. Jiran Tetangga – “ Amboi sakan sungguh diorang berniaga. Keluar subuh balik malam. Mesti banyak duit. Duk kejar dunia sangat ni”.
3. Pelanggan – “ Adoi harga bukan main mahal. Dah kaya nak kaya macam mana lagi. Takkan x boleh nak bagi harga diskaun kut?”
4. Kawan-kawan – “Hang dah banyak duit dah, takkan lah dengan kawan2 pun nak berkira sangat. Bagi harga lebih kurang sudah la”.
5. Pekerja – “Kita kerja teruk2, untung semua dapat kat Boss. Boss duk joli sakan. Tak masuk ofis hari2 pun. Masuk lambat balik awal jer”.
Orang yang berbisnes – telan ayag lioq – speechless. Jalan tunduk sambil menahan air mata.
Bertabahlah ya kawan2 semua. Hanya orang berbisnes yang faham apa yang kita kena hadap setiap hari.
Sumber: FB Sahar Sahad
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
“Tidur Atas Lantai Tanpa Alas, Tak Mampu Bayar Sewa & Air Teh Ganti Susu.” Sebaknya Baca Kisah Kisah Keluarga Ni!

Allahu, membaca kisah keluarga ini cukup meruntun hati. Manakan tidak, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, keluarga ini terpaksa melalui ujian demi ujian. Sementelah anak-anak pasangan ini masih kecil namun sudah terpaksa melalui kesusahan.
Keluarga ini dikatakan memerlukan bantuan RM 7,000 untuk menampung kos rumah sewa selama sebulan dan sebuah gerai untuk mereka berniaga di situ.
Kisah pasangan mendapat perhatian Puan Natipah Abu yang merupakan seorang sukarelawan yang aktif membantu golongan yang memerlukan.
Mimpi indah jatuh berkecai
Kisah keluarga ini sungguh meruntun kalbu. Ibaratnya sudah jatuh ditimpa tangga. Segala mimpi indah jatuh berkecai berserakan di kaki waktu dalam sekelip mata.
Pasangan suami isteri beranak dua ini berdagang nasib dengan berhijrah dari Kelantan ke Kedah dengan berbekalkan harapan yang menggunung tinggi untuk membina keluarga bahagia di tempat orang.
Buta huruf
Encik Mohd Khairullah Bin Abdul Rahim ( 35 tahun ), merupakan seorang tukang masak di Negeri Cik Siti Wan Kembang. Seorang yang buta huruf … kepandaiannya hanya lah memasak semata.
Terbaca iklan tentang sebuah restoran di Kedah memerlukan tukang masak, isterinya Nur Akmar Bin Mohd Yusof ( 33 tahun ) mengajak Encik Khairullah berpindah ke Kedah setelah pemilik restoran menjanjikan gaji yang memuaskan dan segala kemudahan termasuk rumah sewa disediakan.
Dengan membawa beg pakaian … mereka pun bertolak ke Kedah dengan sebuah bas ekspres. Tiba di Kedah .. mereka disambut oleh pemilik restoran tersebut dan dibawa ke sebuah rumah kosong.
Tidur atas lantai tanpa alas
Di rumah itu, mereka hanya dibekalkan dengan sebuah rice cooker sahaja. Dengan rice cooker itulah mereka masak nasi, masak lauk- pauk atau pun air. Tidurlah mereka anak beranak di atas lantai tanpa sebarang alas pun. Sementara menunggu gaji pertama, mereka hanya diberi sepuluh-dua saja untuk wang belanja atas alasan restoran belum ada pelanggan.
Diusir tak bayar sewa
Keadaan mereka saat ini, sangatlah perit namun kekuatan mereka ialah menghitung hari menunggu saat akhir bulan untuk mendapatkan gaji yang dijanjikan majikan.
Majikan membelikan Encik Khairullah sebuah motosikal dengan janji bayaran bulanannya dipotong gaji. Setelah menerima gaji pertama, ditolak sewa rumah dan bayaran bulanan motosikal, jumlah yang diterima ternyata jauh beza dari yang dijanjikan namun mereka tetap bersyukur.
Bagaimana pun selepas tiga bulan .. majikan tiba-tiba memaklumkan dia tidak ingin lagi meneruskan perniagaan di restoran itu dan berhajat hendak berpindah ke KL. Mereka ditinggalkan begitu sahaja terkontang-kanting.
Lebih malang .. tidak lama kemudian, pemilik rumah sewa juga datang dan mengusir mereka keluar dari rumah kerana tidak membayar sewa rumah .
Tuan rumah enggan beri tempoh
Mereka diusir keluar dari rumah itu tengah malam setelah tuan rumah membuat laporan polis. Keadaan malam itu riuh rendah bila tuan rumah enggan lagi memberi tempoh kepada mereka. Kekecohan itu sampai kepada pihak masjid qariah.
Pihak masjidlah yang menguruskan mereka berpindah ke sebuah rumah baru atas ehsan pemiliknya pada malam itu juga.
Encik Khairullah akhirnya berjaya mendapat pekerjaan sebagai tukang masak di sebuah restoran lain. Hidup mereka yang suram sebelum ini kembali bersinar. Terasa mereka seakan kembali bernafas semula setelah tercungap hampir kelemasan sebelum ini.
Tetapi ternyata .. keindahan itu tidak berpanjangan. Mereka anak beranak diuji lagi. Baru beberapa bulan bekerja .. Encik Khairullah telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya pada 18 Jun tahun lalu.
Kaki nyaris dipotong
Sejak itulah keperitan hidup mereka bermula lagi. Encik Khairullah terpaksa bertarung nyawa selama tiga bulan di wad dan kakinya nyaris dipotong .
Beliau menjalani dua siri pemedahan untuk membuang isi yang sudah rosak dan terkena jangkitan kuman sehingga ke paras paha.
Saat itu .. Puan Akma pula baru saja hamil anak ke tiga. Dalam keadaan anak-anak yang masih kecil, Puan Akma mengharapkan belas ehsan orang sekeliling untuk menjaga dua orang anaknya yang masih kecil bila dia terpaksa menjaga suami di wad.
Sejak kemalangan itu … mereka hilang sumber pendapatan kerana suami bergaji hari. Puan Akma memutuskan untuk keluar bekerja sebagai tukang masak di sebuah kedai makan.
Suami terbaring kemalangan
Encik Khairullah pula … setelah keluar wad, sudah tidak mampu bekerja lagi. Tinggallah dia di rumah menguruskan anak-anak. Tugas menyara kehidupan sepenuhnya di bahu Puan Akma sehinggalah diarahkan berhenti oleh majikan kerana telah sarat.
12 Januari lalu .. Puan Akma telah selamat melahirkan anak ke tiganya. Alhamdulillah .. bil hospitalnya dijelaskan oleh seorang doktor yang bersimpati dengan nasibnya.
Pulang ke rumah .. tidak dapat dibayangkan kesedihannya. Dia terbaring kerana di dalam pantang .. suami pula terbaring kerana kemalangan.
Encik Khairullah tidak dapat menuntut apa-apa pampasan kerana kenderaan yang melanggarnya tidak mempunyai cukai jalan. Motosikalnya yang tersadai di tempat kejadian ketika kemalangan juga telah hilang. Encik Khairullah juga tidak dilindungi apa-apa sekim PERKESO.
Berniaga hadapan rumah
Prihatin dengan nasib mereka anak beranak .. Sedekah Jumaat kita bertujuan untuk mengembalikan punca pendapatan kepada mereka suami isteri yang pandai memasak ini dengan menyediakan sebuah gerai buat mereka berniaga di hadapan rumah.
Rumah sewa mereka terletak berhampiran jalan besar di sebuah taman perumahan, berpotensi untuk menarik pelanggan apatah lagi keduanya mempunyai kepakaran memasak. Mereka boleh berniaga sambil menguruskan anak-anak.
Kita andaikan keadaan Encik Khairullah akan bertambah baik selepas tiga bulan lagi dan semuanya akan kembali stabil selepas enam bulan.
Rumah sewa tertunggak
Buat masa ini, sewa rumah mereka ( sebulan RM400 ) sudah tertunggak dua bulan. Kita berhasrat untuk membayar selama 6 bulan agar mereka tidak terbeban dalam tempoh itu.
Semoga Sedekah Jumaat yang kita niatkan untuk membantu Encik Mohd Khairullah Bin Abdul Rahim ini mampu membantu mereka untuk bangun semula.
Jumaat yang barakah … semoga Allah permudahkan urusan kita sebagaimana kita mempermudahkan urusan orang lain , InsyaAllah ..
Bagi yang bermurah hati ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian:
Asmaul Husna, Kekuatan Zikir Hebat Kesannya Luar Biasa Untuk Anak Hadapi Peperiksaan!

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang tidak lama lagi akan menduduki peperiksaan besar, amalkan zikir ini kekuatannya dari Asmaul Husna….
*(Rentetan perkongsian Ustazah Nurhafizah Musa, kekuatan Asmaul Husna.)*
Bacalah zikir ini sepanjang anak sedang exam ya..
Allahumma 1x
Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid. 40x
Bicara hati
Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik. 1x
Allahumma 1x
Ya zohir 40x
Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda ankku kerana Kau Maha Menampakkan 1x
Allahumma 1x
Ya Fatah 40x
Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul. 1x
Allahumma 1x
Ya Baari’. 40x
Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu utk Kau uruskan sebaik2nya sepanjang dia exam ini Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya utk menjawab dgn pimpinanmu Ya Hadi.
Aku yakin hanya kuasaMu sahaja Ya Allah.. aku tiada daya.. 1x.
Ulang dan ulang. Kalau anak exam 1 jam .. zikirlah. Bayangkan anak² sedang menjawab dengan betul dan senyum. Pastikan anak² ada dalam keadaan berwuduk masa nak pergi sekolah. Kalau batal takpe.. mak ayah kena istighfar sepanjang exam ini juga ya..
Mudah2an perkongisan ini dirahmati Allah.
Dalam Al-Quran surah Al A’ Raf.. ayat 180. Buka dan carilah apa Allah kata tentang Asmaul Husna…
Salam dari Kasturi Syifa’.
*Buat semua calon SRAI, UPKK, UPSR, PT3 dan SPM 2019, Semoga beroleh kejayaan cemerlang*
Sumber : Kasturi Syifa’ HQ
Darjah 4 Dah Boleh Hafal Semua Sifir, Cikgu Ini Kongsikan Tip. Cara Ni Berkesan.

Setiap ibu bapa mahu anak cemerlang dalam akademik.
Salah satu yang diutamakan adalah mendidik anak-anak untuk menghafal sifir.
Memang ada cabarannya. Nak tahu caranya, ikuti tip daripada guru matematik ni.
Boleh kata 75% daripada murid kelas Tahun 4 yang saya ajar dan hafal sampai sifir 7. InsyaAllah bulan 6 nanti mereka dah siap cover semua sifir.
Oh ya, saya mula mengajar mereka pada tahun ni. Dan tahun ni jugalah saya tekankan aktiviti penghafalan sifir bersama mereka.
Jadi saya kongsikan 6 tip yang mungkin berkesan untuk anak kalian.
1. Separuh-separuh.
Sifir 7 misalnya. Hafal dari 1 hingga 5 darab 7 terlebih dahulu. Dah handal, sambung pula dari 6 hingga 10 darab 7.
2. Satu minggu satu sifir.
Jangan terlalu memaksa dan gopoh nak hafal semua sifir dalam masa sebulan.
Gunakan prinsip biar lambat asalkan steady.
Sifir ni murid nak pakai lama. Jadi kena berfokus dengan harapan boleh ingat sampai bila-bila.
3. Baca setiap hari.
Pernah tak ada hari yang kita lupa cara nak makan nasi? Tak. Sebab apa?
Sebab kita buat hari-hari.
Begitulah juga dengan sifir.
4. Latih tubi.
Lepas hafal satu-satu sifir, mesti buat latih tubi sebagai pengukuhan.
Yang terbaik adalah latih tubi secara bertulis. Lisan pun boleh.
5. Terbalikkan.
Untuk sifir 7 misalnya, biasanya kita akan soal 4 darab 7. Dalam masa yang sama, kita perlu terbalikkan penyoalan sifir tersebut.
4 x 7 = 28
7 x 4 = 28
6. Manipulasi penyoalan.
Saya suka soal murid, berapa darab 7 sama dengan 56?
Saya manipulasi soalan tersebut untuk ransang minda murid.
Dalam masa yang sama, aktiviti manipulasi soalan ini akan sangat membantu untuk operasi bahagi.
Jadi ini 6 tip yang kalian boleh follow untuk bantu anak menghafal sifir.
Moga membantu.
Sunber: Mohamad Hakim