Bukan Mudah Jadi Ibu Sempurna, Ustazah Kongsi Amalkan Doa Ini Untuk Anak Dengar Cakap.

Share

Tidak dinafikan semua para ibu mengakui mendidik anak ini ada cabarannya. Lebih lagi mempunyai anak yang ramai.

Bukan sahaja kerenah anak-anak, ibu juga perlu memastikan rumah dalam keadaan kemas agar suasana rumah tenang.

Menerusi perkongsian puan Nor Fatihahnoor  juga mengakui bahawa cabaran dalam membesarkan anak-anak.

Pelbagai cara dilakukan termasuk membaca doa sehinggalah beliua mendengar ceramah mengenai perkongsian di facebook bertajuk Kuliah Ibu Mithali apabila Ustazah Nuridah dalam kuliahnya memberikan tipsnya termasuk doa.

Ikuti lanjut perkongsian puan ini.

Saya bukanlah ibu yang sempurna. Sungguh banyak sangat kekurangan. Dalam kesibukan memenuhi hari ini, dari pagi sampai ke malam. Kemudian persiapkan menu untuk anak-anak, solat dan makan bersama.

Cantik elok mereka sama-sama bantu saya. Abduh sapu sampah, kakak kemas rumah, Humairaa siapkan meja makan. Tiba-tiba sausana tenang di meja makan bertukar tegang. Abduh menjerit dan berlaku perselisihan antara Humairaa dan Abduh.
Saya akui kelemahan saya sebagai ibu. Anak-anak tidak berapa takut dengan saya. Berbanding ayah mereka, hanya dengan satu arahan anak – anak semua diam. Pantang membebel di rumah jadi saya banyak diam. Namun ada masa kita secara spontan akan terkeluar bahasa ‘kasih sayang’ seorang ibu. Marah kerana sayang.


Melayani Abduh yang mengamuk dan merajuk. Saya sedia faham memang tidak makan pujuk kecuali saya hanya mampu berdoa dan memeluknya. Saya pujuk Humairaa meminta maaf kepada Abduh. Alhamdulillah, Humairaa hulurkan tangan dan peluk abangnya itu. Namun, Abduh tetap membatu. Saya membiarkan sahaja Abduh merawati hatinya.

BUKAN MUDAH JADI IBU YANG SEMPURNA

Bukan mudah untuk jadi ibu yang baik, hendak anak dengar cakap, bukan saya tidak beramal dengan doa-doa mustajab. Namun, allah belum ijabahkan doa saya. Allah mahu saya meminta-minta dariNya.
Allah ini alalim
Allah Maha Baik

Meruntun hati ini apabila saya membuka Fb paparan pertama ialah Fb Dr Hafizah Musa dengan tajuk Kuliah Ibu Mithali.
Gulp!

DOA ANAK DENGAR CAKAP 

Sedang elok Ustazah Nuridah sedang memberikan tipsnya:

“Kita nak anak dengar cakap kita banyakkan baca doa Surah al-Imran ayat 200, alam nasyrah dan satu doa yang nabi pesan bisikkan ke telinga anak yang tidak dengar cakap.
Surah alimran ayat 83.”

Allah
Allah

Tidak ada kebetulan dua perkara pada hari ini yang kau berikan kecuali adalah aturanmu untuk hambaMu ini ambil pedoman.
Fabi ayyia la irabbikuma tukazziban.

Sumber: Nor Fatihahnoor