Penyanyi, Datuk Jamal Abdillah melahirkan rasa syukur dan gembira kerana akhirnya berpeluang berjumpa dengan anak keduanya iaitu Zaki Yamani.
“Bahagia hari ini jumpa anak keduaku. Ialah masing-masing sibuk. Dia sibuk, saya pun sibuk. Dia baru 16 tahun dan masih sekolah lagi. Saya berkesempatan beli baju untuk dia sebelum ini.
“Saya simpan dah lama untuk dia. Kalau dia nak pakai untuk pertandingan seperti satu program realiti pun tak apa janji dia gembira. Harapan saya agar dia pun gembira dapat jumpa saya dan dia tahu saya sayangkan dia.
“Mungkin dah takdir kami begini. Tak semestinya saya tak sayang anak saya. Harapan saya tinggi untuk dia belajar lebih baik,” katanya dalsm satu perkongsian bersama Harisn Metro.
Jamal, berkata, sebagai ayah dia sangat menyayangi anaknya itu. Malah Jamal turut berharap anaknya itu dapat menjadi pelajar yang terbaik kerana sering mendapat nombor satu dalam peperiksaan.
Cuma saya risau jugalah kerana bimbang dia memberontak dalaman kita tak tahu. Tapi harap dia faham bahawa kasih sayang ayah walau bumi terbelah dua, langit runtuh sekalipun, yang akan ada di belakang esok itulah ayahnya. Sayalah yang akan ada.
“Percayalah… jodoh pertemuan, ajal maut semua di tangan Tuhan. Harapan saya dia dapat terima takdir bahawa kehidupan kami begini.
“Bukan saya nak mengelak untuk bertanggungjawab ke atasnya membela dia. Saya tidak mahu dia jadi mangsa apa-apa juga pergolakan.
“Saya akan menyokong apa juga yang dilakukan. Yang paling penting dia tahu yang saya sangat sayangkan dia,” katanya.
Zaki turut memuatnaik gambar bersama ayahnya menerusi laman instagramnya.
View this post on Instagram
Untuk rekod, Zaki sebelum ini menafikan ibunya punca hubungan di antara dia dan ayah tidak baik. Malah, dia memohon kepada semua pihak termasuk ayahnya untuk tidak bercakap sebarang perkara buruk mengenai ibunya lagi.
Ujar Zaki, ibu merupakan insan yang selalu berada di sisinya di saat susah mahupun senang.
Sumber: Harian Metro
Sumber:
ARTIKEL MENARIK: “Muka Mummy, Perangai & Cara Cakap Baba.” Berlakon Jadi Doktor, Warganet Puji Bahasa Melayu Jebat Jayden
ARTIKEL POPULAR: “Teruja Nak Kongsi Berita Indah. Saya Hamil!.” Alahan Teruk, Dr Amalina Syukur Suami & Ibu Banyak Bantu
BACA INI JUGA : “Heykal Sakit Ke? Nampak Kurus Betul.Hampir Tak Kenal.” Penampilan Suami Faezah Elai Raih Perhatian
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club