“Bukan Mahu Jadi Menantu Kesayangan. Tapi Hanya Ingatkan Tanggung Jawab.” Isteri Dedah Atu Zero Sahut Cabaran Bawa Ibu Tunai Umrah.

Share

Insiden kehilangan bagasi ketika tiba di Madinah, anggota kumpulan Zero, Atu atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Sharif bagaimana pun menganggap itu adalah ujian buat dirinya.

Di sebalik kejadian tersebut, isterinya Shafeeqa Johari bersyukur apabila suami kesayangannya itu  menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak dengan baik apabila berjaya membawa ibunya menunaikan umrah.

Menurut Shafeeqa, sebagai seorang menantu dia berasa gembira melihat suaminya memberanikan diri membawa dan menjaga ibunya dengan baik sepanjang berada di Tanah Suci.

Shafeeqa berkongsi perkara itu menerusi entri di akaun Instagramnya.

“Aku hanya menumpang kasih anak mu yang kau lahirkan… memang dia tak lahirkan aku, tapi dia lahirkan suamiku.

“Aku bukan orang Sabah jadi kalau berbual memang ayam dan itik lah. Tapi semua tu bukan halangan untuk aku mengingatkan suami tentang tanggungjawab.


 
“Saya bukan mahu jadi menantu yang diagungkan, menantu kesayangan… Tapi saya pon ada anak. Saya juga akan rasakan apa yang dia rasa.


 
“Itulah pesan mak aku dari awal lagi. Pengalaman mengajar ku… Alhamdulillah… dia sahut cabaranku, dia beranikan diri bawa maknya.
 
“Selalu semua aku yang settlekan… 9 days to go. Bersabar lah wahai suami, ada ganjaranmu nanti. Beg baju hilang. Semoga Allah permudahkan urusan mu.


 
“@akueatu biarlah beg hilang… Jangan kau hilang dari hidup ku. Chia chia chia!!! Gambar kucing bila nak dapat?” tulis Shafeeqa lagi.

 

Sumber: IG shafeeqajohari