“Bukan Maggi Dua Minit.” Resipi Masak Maggi Kari Tumis Sedap. Simple, Mudah Tapi Membangkit Selera!

Share

Ini antara menu yang paling digemari dan disukai terutama bagi mereka yang lapar dan nak cepat makan. Tetapi kalau asyik masak cara yang sama bosan juga kan.
Apa kata cuba cara yang dikongsikan oleh puan Norliana Manap.

Dengan meletakkan telur serta sayur-sayuran, melengkapkan variasi dalam menu maggi kari tumis ibu-ibu. Tengok gambar pun dah membangkitkan selera. Jom cuba!

 

Bukan maggi 2 minit..
Terliur tengok kawan makan megi tengah malam.. Makanya kite buatla untuk menu minum lewat petang.
Bahan-bahan
3 biji telur
sedikit rempah kari ayam/daging
cili padi
bawang merah
sayur sawi
daun kari
3 bungkus maggi kari
Cara membuat:
1. Tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari
2. Dah naik bau, letak serbuk kari.. Tumis sampai garing
3. Pastu letak air sikit, campakkan rempah maggi pulak
4. Pastu letak air.. Xyah byk2 sgt.. Sekadar cukup utk melemaskan telor tu.. Api sedang2 je.. Sblm dia mendidih (suam2 panas gitu), letak telor dengan penuh kasih sayang.. Jangan kacau2 tau.. Biar je..
5. Pastu tutupla kejab.. Sampai dapat level gedik telor yang korg suka.. Api slow je tau..
6. Ok dahla ni.. Dah bole angkat telor tu.
7. Angkat dgn penuh kasih sayang.. Pastu ketepikan
8. Pastu tambah air lagi.. Dah mendidih, campakkan megi, sawi, dan cili padi..
9. Kacau2 sikit, siapppp..
10. Pasti hidangla.. Letak telor gedik tdi.. Shiappppp