Jodoh antara mereka tak panjang, namun hubungan antara Pelakon Shakilla Khoriri dan bekas suami tetap baik demi anak mereka.
Terbaru menerusi laman Instagramnya, pelakon drama Adam & Hawa ini menitipkan ucapan bersempena dengan ulang tahun kelahiran penyampai radio, Fizi Ali.
Malah, pemilik nama sebenar,Nurul Shakilla Mohd Khoriri mengharapkan Fizi sentiasa bahagia, kuat untuk memulakan kehidupan baru serta dikurniakan pengganti yang boleh membahagiakannya hingga akhir hayat.
“Doa Ameena akan sentiasa yang baik-baik untuk daddy dia. I tahu. Semoga segala perancangan Daddy dipermudahkan dan dilancarkan. Diberi kesihatan yang baik untuk terus kuat bekerja cari rezeki.
“Tahun ini mungkin sukar buat Daddy tapi insya-Allah mungkin tahun ni juga tahun yang terbaik buat Daddy berbanding dengan tahun-tahun yang sebelum ini. Mungkin juga tahun yang special untuk Daddy dengan orang-orang yang special.
“Semoga Allah kurniakan kebahagian yang terbaik untuk Daddy tahun ini dan selamanya. Semoga Allah pinjamkan sedikit kekuatan untuk terus bangun dan bina cerita baru untuk hidup Daddy. Semoga Allah kurniakan seseorang yang mampu jaga dan membahagiakan daddy sampai hujung nyawa Daddy.
Dia dalam pada itu menyifatkan Fizi sebagai seorang lelaki dan ayah yang terbaik buat Ameena Sofia.
“Walau bukan lagi jadi orang yang pertama tapi akan sentiasa ada nota kaki dalam IG ini yang akan jadi memori untuk masa tua dan untuk tatapan Ameena kita bila dia dah besar nanti.
“Daddy lelaki dan ayah yang terbaik. Pasti Allah akan jaga dan temukan Daddy yang baik-baik juga.
Perkongsian itu membuatkan rata-rata netizen sebak ketika membaca. Ada juga peminat yang berharap agar pasangan ini kembali bersatu menjadi suami isteri.
Untuk rekod, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 namun hubungan terlerai selepas bercerai pada 15 Disember tahun lalu. Hasil perkongsian itu, mereka dikurniakan Ameena Sofia.
Sumber:
ARTIKEL MENARIK: “Menunggu Kepulangan Yang Tak Akan Pulang.” Baru 3 Hari Habis Pantang, Suami Pula Meninggal Dunia, Kisah Wanita Ni Bikin Sebak!
ARTIKEL POPULAR:
“Ya Allah Adik Gagah Juga, Kakak Tumpang.” Gelagat Comel Aafiyah Ditegur Tokti Menyakat Adiknya Bikin Ramai TerhiburBACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club