Bukan Kita Je Boleh Amal, Tapi Anak Beranak Yang Ada Masalah Angin Dalam Badan Pun Elok Minum Sama-Sama!

Share

Bab penjagaan kesihatan umumnya adalah lebih baik kita ambil inisiatif untuk pastikan bukan sahaja kita sorang-sorang sahaja amalkan petua ini dan seeloknya turut dikongsi seisi keluarga.

Contohnya, dengan mengamalkan minuman herba ini yang dikatakan  boleh menjadi penawar untuk beberapa masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, buang angin dan kempiskan perut buncit sebagai mana yang dikongsikan oleh puan Noor Azlina Mohamed Zain di akaun fbnya.

Menurutnya, petua tersebut diperolehi daripada seorang makcik berbangsa Cina. Ayuh kita ikuti perkongsiannya dan pelajari cara penyediaan air herba tersebut.


Sebenarnya resepi ni dapat dari sorang auntie cina masa hiking bukit hari tu. Umur dah lebih 60 tak ada penyakit pom sihat cergas jer. Seminggu 3,4 kali dia wajib minum. Sebab tu perut dia tak buncit. Jarang katenya sakit perut sebab angin dan sembelit.

Pastu resepi ni dia bagi sorng mak cik melayu ada darah tinggi. Makcik tu amalkan setiap hari darah tinggi turun , tekanan darah pom cantik jer. Pastu dia cakap lagi biasala bahan tradisional ni memang tak ramai buat sebab kena rajin. Rasa pom tak sesedap air fresh oren. Tapi kalau amal selalu memang berkesan.

Ina balik umah selang seminggu dua baru teringin nak buat..eh betul cakap dia perut tak angin , rasa ringan je perut.. Lawas membuang mungkin sebab ada asam keping tu elok membuang. Buat banyak agak2 boleh minum untuk seminggu. Sedap tau air dia..wangi daun

pandan tu.

bahan-bahan:

4 keping asam

Halia

Daun pandan

Cara penyediaan:

 

sumber : Noor Azlina Mohamed Zain