
Selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha berkongsi video percutian bersama anak-anak tersayang. Di dalam video tersebut kelihatan keluarga bahagia ini menaiki helikopter untuk bercuti.
Menerusi video pendek dikongsi pelakon Paskal ini, memaparkan mereka sekeluarga menaiki sebuah helikopter dari Kuala Lumpur menuju ke sebuah pulau sebagai destinasi pelancongan.
Namun, pelakon ini sama sekali tidak mendedahkan pulau yang menjadi tempat mereka anak-beranak bercuti.
Bercerita mengenai percutian mereka sekeluarga, Hairul memberitahu perjalanan mereka menuju ke pulau tersebut mengambil masa kira-kira 1 jam 20 minit.
View this post on Instagram
Menurut Hairul Azreen, ini merupakan kali pertama anak keduanya, Alisa Aisyah pergi bercuti berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang membataskan buat mana-mana individu untuk pergi bercuti.
Alisa first time holiday haha baby MCO😂
First time @thealisaaisyah jumpa pantai & laut, 🥰 video ni memory awk masa kecik2 tau..
View this post on Instagram
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai. Ada yang memuji cara pasangan ini membawa anak-anak bercuti dengan menaiki helikopter.
Tak kurang yang terhibur melihat gelagat Alisa yang pertama kali dibawa bercuti.


Sumber: hairulazreen
ARTIKEL MENARIK: Rupanya Ada Tempat Letak Pewangi Dengan Betul, Barulah Satu Kereta Berbau Harum. Ini Caranya!
ARTIKEL POPULAR: “Kemas, Cantik & Kreatif.” Suami Siapkan ‘Kitchen Island’ Guna C Channel, Buat isteri Tersenyum Lebar Impian Dah Tercapai!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club