“Bukan Ibu Tak Sayang, Tapi Allah Pinjamkan Ibu Sekejap Je.” Sayunya Luahan Hati Lelaki Ni Selepas Pemergian Arwah Isteri

Share

Pemergian orang tersayang lebih-lebih lagi yang dekat dengan kita ibarat separuh jiwa turut pergi. Hancur luluh hati bila mengenangkan yang pergi itu pasti takkan kembali lagi. Pilu di hati hanya Tuhan yang tahu apatah lagi memandang wajah si kecil yang tidak tahu apa-apa. Ditinggalkan ibu tersayang sekelip mata. Hanya yang ada kini ayah tempat berpaut dan berkongsi kasih sayang.

Membaca perkongsian lelaki bernama Azlan Adnan ini cukup meruntun hati. Isteri yang disayangi pergi buat selama-lamanya. Arwah isterinya Nordiana Bidin meninggal dunia pada 20 Januari yang lalu.

Arwah dikatakan meninggal dunia dipercayai berpunca daripada sakit kepala. Lebih menyedihkan adalah keadaan dua anak kecil yang masih memerlukan kasih sayang seorang ibu tidak faham ‘kehilangan’ selama-lamanya ini.

Al-Fatihah buat arwah, semoga keluarga tabah dengan dugaan ini.


Ibu Dah ‘Sleep’ Kat Kubur

Anak-anak mungkin tak tahu
Cara mana nak sampai kan pada babah, yang depa rindu ibu

Yang anak2 tahu , Ibu dah ‘sleep’ kt kubur

——————————–

Dlm Jam 10:25mlm, 20/1/2020
Ibu masih terbaring tidur sama mcm pagi td. Bergerak, bernafas mcm mana pagi td. Tidur mcm biasa. Bergerak berpusing kiri kanan. Tidur nyenyak cuma tak boleh sedar dari jam 3.30 petang sampai la malam

Setiap kali babah jengah ibu,
Air liur, ibu tak boleh kemam. Jadi babah lap perlahan2 bagi ibu nampak bersih

Tp jam ni,
Lepas babah terlambat jengah ibu
Air makin banyak kt mulut ibu.. Babah lap Dan itu kali pertama Dan juga kali terakhir babah cium pipi ibu, peluk ibu sambil bisik;

“anak-anak kita masih kecik lagi syg. Bangun la…”

Air mata sebelah kanan ibu tiba-tiba kluar. Babah terus lapkan Air mata ibu sambil kemas kan tisu2 yg melekat di pipi ibu

Babah duduk bertenang sekejap di kerusi sebelah ibu. Dalam be berapa saat, babah rasa pelik kenapa ibu tak bernafas mcm biasa. Babah panic

Rasa nafas ibu di hidung.. Tak ada
Rasa nadi ibu di pergelangan tgn.. Tak ada

Babah menjerit panggil jururawat. Jururawat terus berlari masuk bilik utk tengok ibu

Babah turun ke bawah
Babah tak boleh terima, Dan babah tahu ibu mmg dah tak ada.

—————————–

Ammar.. Rania
1 day, kalau terbaca ni semula
Babah cuma nk korang berdua tahu

Wpun hanya Abg Ammar saja dpt rasa moment hari ibu pergi..

Harap Ammar & Rania faham kenapa ibu “pergi tinggalkan kita”

Bukan ibu tak syg
Tapi Allah pinjam kan ibu untuk kita
Sekejap je..

Ammar cuma sempat 2 tahun 2 bulan
Rania cuma sempat ibu dukung 4 bulan saja
Babah beruntung sikit dgn kamu berdua. Sempat 4 tahun 2 bulan

Tak lama mcm mana anak2 lain
Tak lama mcm mana babah & nenek

Tapi percayalah
Ibu sedang tunggu kita kt sana

——————————

Ingat pesan babah. Bila abah pun dah tak ada
Rajin2 jengah kubur bila rindu

Kalau teringat, terus tadah tangan “Doa”
Minta Allah tautkan rindu kita dalam mimpi

Minta kita semua semula bersama 1 keluarga

Genap awak pergi sebulan hari ni
Macam mana lagi setahun akan datang?
Harap Allah berikan kekuatan & kesihatan berpanjangan buat kita 3 beranak

——————————–

Perkahwinan bukan cari persamaan
Bukan cari apa yang kita suka
Atau kita boleh lari dengan apa yg kita tak suka

Persamaan belum tentu membahagiakan
Perbezaan itulah tanda “saling melengkapi”
Jika kita saling memahami

Terima kasih sbb sama-sama telan Pahit Manis Maung bersama Abg

Sampai hari ni abg rasa mcm mimpi
Mimpi yang panjang sgt
Mengharap mimpi ni jgnlah jadi kenyataan

Nordiana Bidin (Dee Ana)
Wanita sempurna dalam hidup kami sampai akhir hayat

Ingat pesan abah
JANGAN LUPA IBU