Bukan Hanya Untuk Kaum Wanita, Teh Halba Ini Baik Untuk lelaki. Nak Berhenti Merokok Boleh Cuba Petua Ini!

Share

Banyak khasiat Halba rupanya, bukan hanya digunakan dalam makanan, Halba yang dijadikan teh boleh bantu menurunkan berat badan serta mengembalikan keanjalan kulit. Itu antara kelebihan Teh Halba.

Bukan hanya untuk wanita, Teh Halba ini juga baik untuk kaum lelaki. Yang nak berhenti merokok itu apa kata cuba amalkan resipi. Mana tahu berkesan! Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Sumaiyah Abdullah

Ini laa teh sedap yang tengah viral tu. Sape dah cuba? Best tak?

TEH HALBA UNTUK CANTIK DALAMAN DAN LUARAN.



Hmmm..rasa tenang betul selepas minum teh halba ni. Wangi dan harum sangat. Ramai yang tak tahu rupanya halba ni boleh dibuat teh. Khasiatnya pun banyak. Lelaki, wanita, kanak-kanak semua boleh minum.

Iinilah resepinya. Senang sangat tau. Cuma perlu kan halba sebagai bahan utama.


Bahan-bahan:

1.Halba satu sudu kecil
2.Air segelas
3.Madu satu sudu besar(boleh ganti gula perang) guna sudu plastik tau. Ceq tak jumpa plak sudu plastik ceq pagi tadi.
4.Limau kasturi(option lemon, limau nipis, pati delima) tak nak masuk pun tak pe.


Cara-caranya:
1. Rebus halba sehingga mendidih.


Biarkan sejuk


Kemudian masukkan madu dan perah jus limau. Kacau rata, dan terus minum. Amalkan setiap pagi, Inshaallah akan rasa perubahannya.

Khasiat teh halba:
1.Mencantikkan struktur kulit dari dalam serta memelihara keanjalan kulit makna kata lain awet muda secara semulajadi.
2.Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dalam badan seterusnya membantu mengurangkan masalah berat badan atau kegemukan.
3.Menambah tenaga seksual samada lelaki atau wanita.
4.Menguatkan fungsi jantung. Inshaallah tak rasa mengah-mengah lagi dah.
5.Merawat masalah sembelit dan buasir.
6. Melancarkan perjalanan darah.
7.Mengatasi masalah senggugut (kesakitan / ketegangan sewaktu haid & pra-haid).
8.Melegakan masalah sakit kepala / migrain
9.Menguatkan fungsi rahim, merangsang & menyuburkan rahim. Bagus sebagai ikhtiar untuk mereka yang ingin hamil.
10.Mengetatkan dan meremajakan rahim.
11.Menghilangkan lendir & sakit tekak.
12.Membantu mengurangkan ketagihan rokok.
13.Membantu kecerdasan kanak-kanak yang meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan & menggalakkan tumbesaran badan.
14.Memperbanyakkan air susu ibu. Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payu dara secara semula jadi. Yang ni seriously berkesan. Tak perlu lagi ambil suplemen pelik-pelik. Kesan selepas 48 jam dah boleh rasa tau.
Khasiat berganda-ganda tak padan dengan saiz halba yang kecik. Harga pun murah. Anytime boleh buat. Selamat mencuba.

Kredit resepi kepada Sumaiyah Abdullah via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)