Rata-rata warga net kecoh dan merindui  perkongsian dari Baginda dan Puteri-Puterinya. Sikap Raja Permaisuri Agong yang cukup humble dan bersahaja cukup disenangi rakyat jelata.

Bukan hanya ketika dikhalayak ramai, bahkan baginda juga aktif di media sosial. Tidak hairanlah, baginda rajin melayani dan mengulang kicau selain turut memberikan komen tentang apa yang dimuatnaik oleh warga net.

 

Disebabkan itu, ramai dikalangan warga net teruja dan senang dengan sikap humble keluarga Diraja ini. Namun, semalam heboh di media sosial mengenai akuan twitter Tuanku Permaisuri Agong tidak lagi aktif.

Justeru ramai di kalangan netizen yang berteka-teki tentang perkara ini. Malah pagi ini tanda palang #AmpunTuanku dan #PermaisuriAgong trending di laman twitter.

Rata-rata warga twitter menzahirkan perasaan sedih dan rindu akan caption serta gelagat mencuit hati yang sering baginda tampilkan.

Sedih Tunku Azizah deactive twitter

Kami akan rindukan Tunku Azizah

Mak buat akaun twitter semata-mata nak follow Permaisuri Agong

 tolonglah ‘kembalikan’ Baginda semula


Kami berharap Tuanku akan kembali bersama kami di twitter semula


Baginda bukan hanya permaisuri tetapi ‘ibu’ kepada kita semua


Sungguh ramai di kalangan rakyat yang terkesan dengan sifat mulia Baginda sehingga mereka terasa begitu dekat dengan keluarga Diraja ini.

Sumber: Twiter